>
summary perbelanjaan kami ke Bandung. (sebagai rujukan buat mereka yang mahu bercuti ke Bandung dengan Budget yang rendah).
TIKET : Kami pergi naik AA. Beli tiket time promo. So, memang murah lerkan. If korang nak pergi cuti-cuti nie…sila ler beli tiket time AA buat promo. Sangat berbaloi. If nak naik MAS, boleh tu boleh…tp mahal sikit lah kan harga tiketnya tu….terpulang pada keselesaan memasing. Pada aku, if nak pergi…better beli tiket time AA buat promosi. Dapat jimat banyak dari harga sebenar tiket tu. Berapa harga tiket time kami pergi tu? RM131 pergi balik + luggage + misc sumer RM160. Then, masa pergi tu tambah lagi RM30 coz’ beli extra luggage takut kot-kot terlebih shopping kat sana kan…………..Total sumer = RM200 (plus/minus) yerk….
HOTEL : Don’t worry…….kat sana memang banyak hotel. Pilih jer nak hotel macam mana…..5 star, 4 star, 3 star or hotel budget sekali pun. Ikut budge memasing. We’ll stay kat Hotel Serena. Ambil Deluxe Room and plus Xtra bed coz’ kami bertiga. Nak duduk sebilik. So, if apa-apa senang kan…..hotel pun hotel biasa-biasa aje…rate dalam 3 star kot…….berapa pernite rate hotel kami? Rp348,000.00 + Rp98,000.00 untuk xtra bed. So, total = Rp 446,000.00/nite. Duit kita dalam RM157.
Kemudahan : Breakfast, Wifi, TV dgn more than 5 siaran. Water Heater (tp kadang panas kadang tak panas. he he he…….).
Untuk 3 hari di sana, duit hotel cuma keluar RM157/person.
TRANSPORT/SUPIR : Rp1,100,000.00 for 4 day. Sepanjang 4 hari di sana, kami merasa naik Avanza, Suzuki Arena and balik tu tak sure sangat…tp MPV jugak ler. Selesa. Duit parking sumer supir kami yang byr. Harga bergantung pada jenis kereta juga rasanya. lagipun even 4 hari di sana….2 hari jer kami guna servis Angga full dari pagi sampai ke malam….2 hari lagi…kira half day ler kan..coz’ sampai pun dah petang and balik awal2 pagi…..So, total untuk transport and supir nie lebih kurang RM130/head untuk 4 hari di sana.
So, budget untuk Tiket Flight (pergi/balik) + hotel + transport/supir = RM500.
DUIT BELANJA : Ikut kemampuan korang lah kan………if rasa-rasa nak shopping banyak, bawa ler more than RM2K…if nak shopping biasa-biasa or lite-lite jer….bak kata laling hubby ku RM500 pun. Tp beli tu 1 beli nie 1 ler kan……pastu terkebil-kebil tengok kawan shopping menggila….mana leh tahan kan…..tp me suggest bawa dalam RM2K pun dah ok. Banyak dah dapat shopping tu….balik pun beg boleh cecah lebih dari 20kg dah tu.
DUIT MAKAN : susah sikit nak kira bab nie…coz’ lain tempat makan lain harganya kan…tp if nak murah, makan area Food Court Pasar Baru. Makanan pun sedap-sedap and banyak pilihan. Tp if nak cuba masuk restoran-restoran kat luar pun ok gark…harga dlm purata Rp150,000.00 sekali makan ler untuk 4 orang punya makan (we’ll + Angga (supir). Nak kata murah sangat makan kat sana, tak jugak ler..beh kurang jer ngan kita if tukar dari Rp ke RM kan. Yang murahnya kalau makan kat gerai-gerai biasa tepi jalan tu ler….so, kita letak ler RM150 untuk budget makan selama 4 hari di sana. Complete makan dari pagi sampai ke malam.
AIRPORT TAX : Please remember tu asingkan awal-awal duit airport tax yerk. Kalau boleh, sampai-sampai ke bilik hotel on 1st day tu…..terus ler asingkan yerk. Kadang-kadang bila syok shopping nie kita lupa daratan. Berapa kena bayar airport tax nie ? Rp 75,000.00. Duit kita dalam lebih kurang RM30 camtu ler.
LAIN-LAIN : Tangkuban Parahu, sila sediakan Rp50,000.00/head untuk bayaran masuk yerk. Tp di suggestkan untuk pergi coz’ sangat cantik tempat nie…and if korang ada masa banyak, boleh ikut trip turun ke kawah (lupa nama kawah tu) Kat situ boleh rendam kaki, buat massage (free), rebus telur (telur beli sendiri) and scrub kulit guna lumpur dari kawah gunung berapi tu. Bayaran untuk tour trip tu tak sure. Kat sana ada information centre yang korang boleh rujuk k.
So…..tu jer lah kot aku termampu nak sharing ngan korang. Ini kira percutian shopping budget murah ler yerk…..jangan plak korang samakan ngan percutian shopping yang budget besar. Apa-apa pun ikut kemampuan masing-masing. If rasa selesa dengan hotel bertaraf 4 or 5 bintang…boleh ajer nak stay. But if rasa, tak kisah duduk hotel biasa-biasa janji duit shopping lebih…boleh ajer stay hotel yang bertaraf 3 bintang dan ke bawah. Lagipun, bila dah sampai sini…….time tido jer korang duduk kat bilik tu…..pepagi dah keluar nak menabur duit…..nanti lewat malam baru ler balik bilik siap dah dinner sumer. Masuk bilik, campak hasil shoppingan tu, mandi….terus tido…cayalah….he he he..tu we’ll ler……ada gark ler sebelum tido tu pot pet pot pet mengumpat bercerita mana yang patut. But don’t worry….kitaorang tak ngumpat sapa-sapa pun…kitaorang mengumpat diri sendiri…ha ha ha ha ha…..ngumpat sapa tido mengorok memalam hari……adeh! pecah perut kalau di ingatkan……
and pada sesama yang berminat nak guna khidmat our supir boleh email zana k. zana.nordin82@yahoo.com