>macam day 1……….breakfast kami di hotel saja…..pagi tu…ada mee hoon goreng, nasi lemak….tahu goreng apa ntah, ayam and kuih cam cekodok tapi dia ada daun bawang, ada jagung…..

We’ll turun awal…………pukul 7 dah turun breakfast….janji ngan Angga pukul 8.00………..so, sambil tunggu Angga sampai…..sempat ler posing-posing sambil breakfast.

Sharp pukul 8.30 Angga sampai………..terus berdessup ke Tangkuban Parahu. Har ke-2 Angga datang ngan kereta yang lagi besarrr……he he he…..we’ll naik Suzuki MPV….ala-ala naik alphard dah…….padahal bertiga jer pun..

Akhirnya………..jejak kaki juga aku ke Gunung Tangkuban Parahu nie. Selau tu tengok gambar-gambar korang yang pergi Bandung berposing kat sini…now…my turn plak………Subhanaallah……cantik sungguh ciptaan ALLAH……..tempat yang kita tak dapat jumpa di Malaysia…..so..sambil-sambil shopping datang Bandung…apa salahnya jejak kaki ke Tangkuban Parahu kan…….

Gunung Tangkuban Perahu terletak sekitar 30 km di utara Kota Bandung. Tempat indah ini terletak di daerah Lembang, kurang lebih 30 minit dari Bandung.  Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter.  Tangkuban Perahu sebenarnya adalah gunung berapi. Dinamakan tangkuban perahu karena bentuknya yang menyerupai kapal yang terbalik.

Nama Tangkuban Perahu sendiri sangat lekat dengan sebuah legenda tanah Sunda yang sangat terkenal, yaitu Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan tampak seperti perahu terbalik, konon diakibatkan oleh kesaktian Sangkuriang yang gagal meyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri. Karena begitu kesalnya tidak dapat menyelesaikan pembuatan perahu tersebut, akhirnya Sangkuriang menendang perahu yang belum jadi tersebut. Legenda diataslah yang menjadi kaitan erat dalam penamaan gunung Tangkuban Perahu.

Ini adalah Kawah Ratu….kawah nie adalah tinggalan bekas letusan gunung berapi yang meletup pada lebih kuran 100 tahun dulu. Kawah Ratu nie kita boleh tengok dari atas jer…..tp if nak turun tengok sendiri dan rasa kepanasan air kat kawah tu…boleh turun kat satu kawah tu…aku lupa kawah apa…..tp kena jalan sikit ler…boleh turun sampai bawah…..boleh masak telur….and dari penerangan yang aku dapat…..telur yang di masak dalam air kawah nie….boleh  menghilangkan sumer toksin dalam badan kita…….lumpur nya pun boleh di jadikan scrub utk kulit…boleh hilangkan penyakit kulit…We’ll tak pergi pun kat kawah tu…..coz’ niat memang nak tengok2 jer Tangkuban Parahu nie kan…..Supir kami pun ingatkan kami suruh sekejapan saja kat sini….takpe…next time kalau pergi…..teringin gark aku nak turun ke kawah tu….nak tengok keadaan sebenar kawah tu….nak try makan telur yang di masak kat air panas kawah tu…..nak sapu lumpur kawah tu kat kulit……..

Dan satu lagi…………bau kat sini adalah busuk yerk…..bau cam belerang gitew….aku tak sure apa nama gas tu……lupa dah….patut tulis apa yang pegawai tu terangkan..tp dok tekun dengar…terlupa nak tulis…….

cantikkan….subhanaallah……keindahan ciptaan Yang Maha Esa.

Dan di sini pun…………ada jugak gerai-gerai yang menjual pelbagai barang sam ada dari jenis souvenier….pakaian, makanan….dan macam-macam lah…

So…boleh ler shopping apa yang patut kat sini………..aku tak shopping apa2 pun kat sini…….

3 orang bapak2 nie…dok mengekor kami……tp bagus…sambil mengekor kami…sambil dia bercerita pasal Tangkuban Parahu nie…..sambil tu…dia tolong ambil gambar-gambar kami…memula takut gark kot nanti dia minta bayaran kan bila kita suruh dia ambil gambar…….pastu aku teringat yang Nurul pernah cerita …..yang dia diaorang nie tak kan ambil bayaran if dia tolong kita ambil gambar……terus aku serah camera kat dia ko….ha ha ha…..

Memang betul pun….diaorang tak minta upah pun ambil gambar kami-kami. Kitaorang siap nak bagi duit kat dia…tp dia tak mahu…dia kata dia tolong ikhlas…..dia tak boleh ambil duit kalau kita tak beli barang dari dia….itu aturan kat tempat tu……if dia ambil duit dari kita tanpa kita beli apa-apa dari dia…nanti dia tak di benarkan berniaga lagi di situ……bagus kan….mereka bukan pengemis…mereka cari rezeki dengan cara yang halal…berusaha…….itu yang penting……harga tu kekadang mahal gark ler dari orang lain kan….tp pepandai kita ler nak tawar menawar dengan diaorg nie…….. if terlebih tu….kira kita sedekah secara tak langsung dengn diaorang tu……

Yong di kerumun dek bapak2 itu…he he he he…

Gambar yang bapak tu ambil kan…….udah ler takde tripod…kalau diaorang tak tolong…takde ler gambar kami bertiga nie……supir kami relaks kat dalam kereta……

And kat situ ada centre untuk korang dapatkan maklumat mengenai Tangkuban Parahu…….and….if korang nak ke kawah yang boleh turun tu…korang perlu guide dari pegawai2 kat situ…tak boleh main terjah sendiri2 macam tu…….demi keselamatan….bayaran aku tak sure lah..coz’ terlupa nak tanya…….

korang layan jer tengok gambar-gambar yang ada yerk… Btw…sangat ler bersyukur coz’ dapat jejak kaki Tangkuban Parahu nie……..salah satu tempat WAJIB pergi bila ke Bandung………keindahan alam ciptaan yang Maha Esa…dan kesan letusan gunung berapi yang sangat menakjubkan………

Selain Tangkuban Parahu…ada lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi …nanti entry terakhir pasal Bandung aku senaraikan yerk tempat-tempat lain yang korang boleh pergi selain tempat-tempat untuk shopping.

Kami tak lama kat sini…….coz’ memang niat nak jejak kan kaki ke Tangkuban Parahu jer….so, pukul 9 lebih kami sampai…pukul 11 lebih kami dah tiba ke bandar Bandung balik……janji dapat berposing di sini…dapat tengok tinggalan letusan gunung berapi tu….dan dapat menikmati keindahan ciptaan ALLAH.