Archive for March, 2011


>

Aku tertarik dengan entry Ayu a.k.a IbuDamia berkenaan issue pemakaian legging nie. Yelah…..aku pun kadang2 kat rumah or perg pantai tu pakai gark legging……..tp dengan tshirt labuh paras peha lah…menutup miss von kan……..
So, aku search berkenaan tajuk tersebut thru google…..ilmu di dada nie bukan ler setinggi langit…..malah….kalau nak di banding kan dengan bintang di langit pun belum tentu dapat menandinginya…..tp, rasanya tak salah if kita berusaha untuk belajar berkenaan agama ini selagi nyawa di kandung badan kan.
Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.
Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.
Lalu bertanya seorang lelaki :
“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.
Baginda menjawab :
“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.
Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.
Menurut Tafsir Jalalain’, “Libaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.
Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :
“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang
Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.
Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”
Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)
Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :
“Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari)
Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah katanya :
“Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa
Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.
Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.
Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :
“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.
Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.
Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
 Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai 
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
*** pada fahaman zana, asalnya pemakaian legging di pakai bersama-sama dengan kain sarung (kain baju kurung/kain skirt). Sesetengah kita kan ada yang naik motor kan…so, untuk mengelakkan aurat/betis mereka ternampak….so, mereka pakai legging nie……maka, if terselak kain time naik motor tu, takde ler ternampak aurat kita kan.

Advertisements

>

untuk tahun 2011………inilah 1st time kami masuk panggung….ha ha ha…..kelakar erkk…kalau tak tu….sebeluan ada 2-3 kali gark ler tengok wayang……mcm last year…..tak terkira dah berapa kali kami tengok wayang…………kira dah jadi antara aktiviti hujung minggu…….

So, this time tengok citer MARS NEED MUMS…….
3D ticket…….

Serius…………BEST giler citer tu…………bagus untuk anak-anak. Jangan tak caya k…..Batrice nangis tengok citer tu…………..tetiba dalam gelap  dia pandang aku…then panggil aku…..pastu suruh rasa pipi dia….ha ha ha……air mata mengalir…….pandai sedih gark anak dara sorang nie.

Bila tanya naper nangis? dia cakap…bukan nangis…air keluar dari mata! lagi mau cover ker….keh keh keh keh…yang nie memang sejibik peel aku……feeling terlebih kalau tengok movie sedih….kadang2 citer takde ler sedih mana…tp ada part2 yang boleh menyentuh jiwa aku….mula ler bergenang air mata aku……turun plak ke anak dara aku………..

About Mars Need Mums :

Supervisor Mars mencari ibu-ibu yang boleh mendidik/mengajar anak dengan baik. So, one day…bila kajian di buat oleh mereka….mereka jumpa seorang ibu yang pandai mengajar/mendidik anak dia…iaitu mak Milo. Apa lagi….mak Milo kena kidnap ler ngan alien tu……kelakar ooookkk alien tu…….muka buruk2 tp cutting pinggang cam kerengga sekor2…opsss lupa plak. Kat planet tu…..mana2 budak alien lelaki di buang ke tempat yang kotor/tempat pembuangan sampah..while yang girl plak…di rekrut untuk jadi askar dia…di jaga baik2…tp masalahnya…selama ini, girl2 alien tu di jaga oleh robot2…..that why, itu supervisor cari human (mum) yang boleh jaga girl2 alien tu…bukan apa pun…dia ambil …hurrmmm…nak cakap camner erk…memori kot………..then set kat robot2 tu …so, bila memori mak baik tu di masukkan dlm robot…so, robot tu tahu ler cam ner nak ajar/didik girl2 alien yg baru lahir tu untuk patuh and ikut cakap supervisor ler…..ala, beh kurang cam anak2 kita dengan cakap kita gitewww

So…apa lagi………….time alien dari Mars tu culik mak si Milo nie……..ntah camne tak logik nyer…Milo tu boleh plak terikut sama……coz’ dia sedar time mak dia kena culik tu…..kejar punya kejar…leh plak dia pun terikut sekali kat UFO alien tu….adeh! bab nie tak logik….So, start dari situ ler pengembaraan Milo nak selamatkan mak dia.

Seterusnya…………sila ler pergi panggung wayang tengok sendiri citer nie yerkkkk

Serius…BEST giler……

Keluar dari panggung jer……..Batrice cakap
“Echa sayang mama!”

fuh……….terharu beb!…..agaknya terkesan gark ler citer tu kat hati dia……..tu pasal sampai dia nangis2 tengok citer tu…………padahal bukan faham mana pun….dlm BI kan……

Papa dia apa lagi…….ambil kesempatan ler brain wash dia

“Echa degil2 nanti alien ambil mama plak!”

Terus anak dara tu peluk aku tak nak lepassssss

ha ha ha………..so, sila bawa anak-anak korang tengok citer nie yerk……..

>Samak akan dilakukan Ketua Bahagian Penyelidikan Jaij, Ustaz Yosree Ihsan dan ia akan bermula jam 9 pagi Khamis ini di premis Kluang Railway di Jalan Tasik, Kluang disusuli Jalan Station dan premis pertamanya di Stesen Keretapi Kluang.

Jumaat pula, sebuah lagi premisnya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru akan turut disamak.

Terdapat persoalan kini, premis mereka disamak, apa pula status kopi yang didapati mengandungi gelatin babi serta madu yang mempunyai kandungan alkohol?

Apapun, usaha segera pengusaha bukan Islam ini harus dipuji kerana ia menghormati tuntutan agama kita dalam penyediaan makanan dan minuman.

Kita nak lihat apa tindakan selanjutnya pengusaha dalam menyakinkan pelanggan beragama Islam.

*** for me, dah terlambat kot untuk di samak. Even dia samak semua kedai pun….ada ker lagi umat ISLAM yang nak makan kat situ? Sedangkan dah terbukti serbuk kopi yang mereka gunakan terBUKTI mengandungi GELATIN haiwan yang di haramkan dalam ISLAM tu. Lagipun…if dia samak sumer barang-barang dalam kedai, samak kedai dia……if dia still guna serbuk kopi yang sama….NO POINT lah kan….melainkan dia guna serbuk kopi dari supplier baru dan diSAHKAN HALAL serbuk kopi tu.

For me….hurm, rasanya tak kot nak makan-makan /ngeteh2 kat situ even kopi dia dah HALAL and kedai tu dah samak.

>

citer dah berzaman……..tp takde ler dari zaman batu kan……nie citer last week kot rasanya…..masa aku pergi Lawatan Muhibbah 5’s ke TNB Kulai Jaya…balik tu terus tak masuk office coz’ petang tu Batrice ada appointment ngan Doc pakar kanak-kanak. ala biasa ler kan……..budak asthma tu….this time appointment ke-2 after keluar dari hospital since bulan 7 2010 yang lepas.

Appointment pukul 2.30 tp we’ll sampai pukul 3.30 pm. Lewat sejam………nasib nurse tu kata takpe….he he he..minah nie pun memula berdrama gark………..papa dia pujuk balik rumah dia punya melalak kemain mcm kena dera…………siap main terjun2 dari kereta lagi tu………..sabar jer lah……..papa dia tu, bab pujuk memujuk memang failed sikit…..so, end up………..aku gark kena pujuk dia kat rumah nenek dia…then baru gerak pergi hospital…………..adeh! kat situ jer dah buang masa almost 30 minit ok….

Before jumpa pakar….ada session ngan pakar farmasi hospital kluang tu…so, dok borak itu ini, dok tanya itu ini ler about lil princess tu………….so far, alhamdulillah………dia tak pernah kena asthma lagi since keluar dari ward dulu tu. and dia sangat ler aktif…………every second bergerak jer kerja nya….terlompat-lompat. Time tido jer ko boleh tengok dia aman tenteram………….

Celik mata nak mandi pergi school tu……..terus tersengih2….pastu lepas mandi nak pakai baju, terlompat-lompat….kadang2 hilang gark sabar dengan Batrice bila over aktif mcm tu…….pagi tu memacam kerja nak buat…..time orang nak cepat siapkan dia…….time tu ler dia nak lompat sana lompat sini, ajak main sembunyi2 balik selimut…………sakit dada di buat dia tau.

Tp alhamdulillah……..based on perbincangan dengan pakar farmasi tu………keadaan Batrice bertambah-tambah baik….dia pun cakap yang Batrice nampak sangat aktif…….so……dia just nasihat untuk elakkan Batrice dengan aktiviti-aktiviti macam berlari, melompat. Aktiviti macam berenang, aerobik sangat baik untuk Batrice.  Bab berenang tu boleh ler terima akal kan……..tp bab aerobik tu….adeh….lain ler dia suruh mama Batrice nie yang gi aerobik……nie budak kecik tu buat aerobik……pengsan!……

Bab berlari, melompat tu………..aku tak tahu ler nak explain camne ngan Batrice…..ckp jangan lari-lari…makin laju dia lari-lari. Jangan lompat nanti sakit lagi……….makin galak dia melompat lebih tinggi…camno? Bebudak memang suka aktiviti berlari dan melompat kan…….hu hu hu……

Lepas jumpa pakar farmasi tu, baru ler turn jumpa ngan Doc pakar kanak-kanak. Again…….berita gembira lagi…….Batrice dah tak perlu ambil gas (neb) lagi. Just remain ngan gas botol biru ………..tu pun if dia perlukan jer.  Tp since bulan 7 dia keluar ward tu…….sampai ler ke hari nie…………gas botol biru tu ada ler sekali dua guna……yang botol coklat tu pun tak habis2 lagi……….he he he he……abis camno…budak tu takde pun tanda-tanda sesak nafas ke apa……..aku bagi yang biru tu bila time hujan and dia asyik dok batuk2…tu jer……tu pun jarang-jarang arrrr………..

So….thanks YA ALLAH….KAU pelihara kesihatan anak ku itu.

Next appointment on September 2011

>

” SETIAP ORANG PUNYE KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING-MASING. dan SEKIRANYA KITA REDHA DENGAN KEKURANGAN dan KELEBIHAN YANG KITA ADA, INSY ALLAH…ORANG DI SEKELILING KITA BOLEH TERIMA KEKURANGAN dan KELEBIHAN YANG KITA PUNYA “

>

Salam…sorry dear
a bit busy sikit lately..
ngan computer aku yg still sakit tak di baiki2 lagi nie…
menumpang kasih kat laptop jabatan…hu hu hu
So..again
CALLING FOR PEMENANG-PEMENANG SAGUHATI ANAKKU COMEL GIVEAWAY
1) SIS NOR – 
2) EB
AND

PLEASE….email alamat korang kat aku yerk.  zana.nordin82@yahoo.com ASAP. 
TAKNAK HADIAH KER? he he he he
BUAT PEMENANG YANG DAH BAGI ALAMAT MASING-MASING.  BY ESOK ZANA POST K DEAR…SORRY LAMBAT COZ’ AMAT LER BUSY LATELY NIE.

SO…BY THIS WEEK DAH BOLEH DAPAT DAH CENDERAHATI DARI ZANA TU K DEAR.

>So…tepuk dada tanya IMAN. JANGAN tepuk dada tanya SELERA. Lain jawab nya…

*** apa perkembangan terbaru agaknya selepas owner Kluang RailCoffe berjumpa dengan Pegawai Pejabat Agama Islam Kluang yerk?
*** tadi ronda-ronda bandar Kluang, masih ada lagi MELAYU yang menjamu selera di situ.  Tak baca surat khabar ker?

>Hari Sabtu pergi…………pukul 10.30 tu pun lepas aku hantar Batrice pergi kelas music dia………..punya ler ramai orang beratur ….sampai ke pintu lagi………..lagi 3 orang sampai turn aku….adeh! time out ler plak utk set breakfast tu………kesudahananya…dah alang2 beratur tu……aku take away jer nugget 1 set.

Ahad……..pepagi dah bangun……aku dah bising2 nak breakfast kat McD ngan my Darling…….pukul 10 gark ler keluar rumah……………beratur 30 minit………………..akhirnyaaaa…………….dpt gark guna kupon di bawah nie.

FREE 2 Big Breakfast oooo ngan guna kupon nie.  Aku ordeer 1 set Big Breakfast and 2 air + 2 set FREE nie…….makan sampai kenyang…………..serius, memang kenyang pun………….

Ada lagi sekeping kupon tu aku print yang tak guna……..if korang pun nak FREE 2 Big Breakfast tu…print jer lah kupon kat atas nun………..time order, tunjuk kupon tu………..nescaya korang akan dapat free 2 big breakfast dengan syarat korang order yang lain tu min RM 5 ler kan………………..

ala……tak nak order set lain pun takpe………order air jer pun coz’ set FREE tu takde air yerk sayang-sayangku. 

Jom……ada masa lagi nie……sampai 31 march jer tu…….

>MARS need MOMs

>

Synopsis

Take out the trash, eat your broccoli—who needs moms, anyway? Nine-year-old Milo (Seth Green) finds out just how much he needs his mom (Joan Cusack) when she’s nabbed by Martians who plan to steal her mom-ness for their own young. Produced by the team behind “Disney’s A Christmas Carol” and “The Polar Express,” “Mars Needs Moms” showcases Milo’s quest to save his mom—a wild adventure in Disney Digital 3D™ and IMAX® 3D that involves stowing away on a spaceship, navigating an elaborate, multi-level planet and taking on the alien nation and their leader (Mindy Sterling). With the help of a tech-savvy, underground earthman named Gribble (Dan Fogler) and a rebel Martian girl called Ki (Elisabeth Harnois), Milo just might find his way back to his mom—in more ways than one.

***  @ Big Cinema Kluang Mall. Harap-harap BEST ler citer nie.

>7 Tahun yang lalu…………….

dan kini……..setelah 7 tahun mengharungi hidup bersama-sama. Penuh suka dan duka……kesabaran, persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang adalah kunci pada sebuah perhubungan yang berterusan. Marah, gaduh, merajuk….adalah asam garam dalam sebuah perkahwinan. Alhamdulillah, ikatan kami masih terpelihara, kasih sayang antara kami kian mendalam.  Terima kasih ALLAH keran pelihara hati kami berdua untuk tetap teguh antara satu sama lain walaupun berjuta halangan yang tiba.