Category: Ceritera Batrice


>

Something special walaupun tak mahal mana
Sebagai tanda penghargaan buatnya
Sebagai tanda terima kasih buatnya
dan
Sebagai tanda dia di hargai dan di sayangi.

Tapi untuk siapa yerk?

>Alolololo……….anak sapa ler nie ngantuk sangat sambil tido ngan baju sekolah yerk….?

ha ha ha……..pepagi buta dah lentok tak menyedarkan diri.
Siap mandi
siap pakai baju
sambil tunggu mama dia siap pakai tudung sementara nak siapkan ikat rambut dia..
elok jer dia landing camtu…diam tak berbunyi…
sekali check…
alahai………..tido balik anak dara aku nie…
ha ha ha ha ha…
sampai tak sempat nak setting keadaan lagi tu…

Alhamdulillah……..cik mek molek sorang nie……dah semakin bertelur pipinya…
ha ha ha…tak larat dah nak dukung..dah almost 17kg kot…..
mati ler kalau dukung dia…mau patah pinggang aku
takpe….mak sukaaaaaaaaaa
janji anak mak gebu gebas macam mak…chewaaaaahhhhhhh
cuma tak larat ler memalam hari bangun 2 – 3 kali buat susu untuk dia…..hu hu hu

>Rindunya ngan budak domok dua orang nie…huwaaaa…rindu nak gomol2 Aiman & Aleesya…….

he he he….giler checky errkkk muka aiman…muka nakal..keh keh keh keh…..Batrice kemain berlengas lagi ngan peluh dia..main tak hengat dunia…

Bila ler nak balik Tenggaroh lagi nie…tak dapat gomol dedua…dapat gomol Aiman jer pun tak pe lerrrrrrr

Budak nie, memang hari-hari kena gomol.

Akal makin panjang…la nie, pantang kena marah sikit ngan mama or papa dia…tahu apa yang keluar dari mulut dia…?

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Asyik echa jer yang kena marah, Asyik echa jer yang salah”

Wah……kecik-kecik ko dah pandai protes erkkkkk!

>Mengetip

>

Makan dah ker?…..aku awal2 dah kenyang dah……pukul 10 dah turun breakfast merangkap lunch terus…….makan apa? cam biasa…kalau dah katanya breakfast merangkap lunch…harus ler makan nasi berlauk. Hari nie lauk kupang goreng + ikan patin masak lemak. Tu jer pun…….pastu mencubit2 ikan kari special kak Ina…….sodapppp….uppp!..ikan patin sini murah jer yerk…..takde ler sampai seketul harga ratus2 tu…mati ler mak kalau harga camtu…jangan kata puasa sebulan……..puasa setahun pun belum tentu boleh makan ikan patin……..apaddaaaa ko merepek nie labuuuuu…
Bukan apa …………aku nak citer pasal anak dara aku lagi….hah!…biasa arr kan..blog nie pun mmg boleh kata 80% tu memang citer khas untuk dia jer…nak citer pasal mama dia…..tak yah ler…bukan best pun…baik ler korang2 menatap wajah comel dia dari menatap wajah comel lagi gebus mama dia tu kan…..

Ntah bila start peel dia camnie….dulu2 ok jer aku tengok dia makan karipap sebijil licin tak bersisa……la nie…dia main ketip2 jer kelip karipap yang ranggup tu……..badannya dia tinggal bagi mama dia perabih….camne mama ko tak membesar….bila tak habis jer…mama jadi tukang habis…..bila mama jer….jadi tukang habis….adeh!…..

2-2 ketul habis licin klim karipap tu kena ketip dek anak dara tu……pandai koooo erkkkk

fuh….awat tengok pipi dia nie makin bulat dah erkk?

>Lebam.

>Ini adalah betis anak dara aku yerk….hu hu hu hu…nampak tak lebam tu…….alkisahnya…ini adalah lebam yang pertama bagi bulan April.  Kalau nak di kira since dia masuk tadika nie adalah….3-4 kali kaki dia lebam camnie………sedih ok !

Tahu pasal apa jadi lebam nie………gara2 kawan dia tolak dia time diaorg buat aktiviti gosok gigi. Biasalah kan….bebudak tadika kemas mmg akan ada xtvt gosok gigi beramai tepi longkang lepas sessi makan. So, this time budak nama R*z*k yang buat.  And setiap kali jadi camnie……Batrice akan ckp nama budak yang tolak dia……..sian anak aku.

Aku nie bukan jenis yang suka nak complaint2 sangat pun……aku anggap benda nie asam garam bebudak kat tadika tu…..dah ramai2 kan……biasalah tu….lagipun bebudak nie……bukan boleh nak di katakan pun…..ikut hati depa jer……tp yang aku jadi tak puas hati bila kejadian nie berulang-ulang dan boleh di katakan setiap bulan sure ada kejadian mcm nie……..hati mak mana yang tak sakit!…hu hu hu …..kadang2 pujuk gark hati nie….tp bila dah selalu sangat benda nie jadi kat anak aku……rasa terkilan gark…..balik2 dia jer yang kena….Batrice nampak jer aktif…garang…tp dia tak reti nak balas balik…….paling kuat pun dia ngadu or ckp kat budak yang buat dia tu “tak baik tau!”. Tu jer….kata nak balas balik ker….nak marah jer…jgn ler harap….memang we’ll ajar dia macam tu………takut dia buat benda tak baik kat kawan-kawan dia….tp bila dah macam nie……..aku rasa, perlu gark ajar dia untuk bertindak bila kawan dia buat dia macam tu…..at least, kawan dia takut nak buli dia lagi……..

So, agak2 perlu ke aku jumpa cikgu tadika dia complaint pasal perkara nie?

>Mee Coklat!

>nie ler rupa mee coklat versi Batrice….ha ha ha..naik poning dok mikir apa ler dia Mee Coklat nie……

“mee goreng ke?”
“bukan”
“mee sup?”
“bukan ler mama”
“abis tu mee coklat tu mee apa?”
“mee coklat arrr….tu pun tak tahu!”

pergh…ayat dia….mana ler mama ko nak tahu…kat dalam menu tu mana ada mee coklat…….
rupa-rupanya…mee goreng nie hah!…..mee goreng kicap exactly.!

” hah! nie ler mee coklat!”

ko memang poyo kan…..

“air oren 1”

he he he…dah pandai order sendiri dah….nak makan apa , nak minum apa…..
kadang tu…..pelayan tak sempat tanya dia dah cakap dulu.

>

After tengok showhouse Taman Kluang Indah tu…..tengok plak showhouse Taman Sri Impian…taman aku…rumah banglo dua tingkat plak…harga…adeh…..patah kakitangan nie…RM4++K. Tp aku tak snap2 arr……coz’ tak menarik…rumah banglo, tapi interior design nie cam rumah biasa2 ajer……..so….sila skip entry tersebut errkkk…….
Sebelah rumah contoh tu ada playground….kalau beli rumah contoh tu…mmg syok ler coz’ playground tu sebelah rumah jer pun…nak buat pagar sendiri ke playground tu pun takde hal punya…….
Bila dah nampak playground yang kemain tersergam macam melambai2 memanggil Batrice…..wah! dia dah lupa diri dah……kejap2 ajak aku ngan papa dia balik…..keluar..coz’ dia nak singgah playground tu dulu…..korang bayangkan ler time tu matahari tengah tegak terpacak atas kepala…………tapi bebudak…ada dia kesah!….janji dpt main………………….
Aku malas nak menaip….tp nak gark up entry nie………so, pepandai letak caption sendiri yerk……he he he he

dah dah dah….tu jer ………tu pun berjaman tunggu gambar2 nie di uploadkan….

>

citer dah berzaman……..tp takde ler dari zaman batu kan……nie citer last week kot rasanya…..masa aku pergi Lawatan Muhibbah 5’s ke TNB Kulai Jaya…balik tu terus tak masuk office coz’ petang tu Batrice ada appointment ngan Doc pakar kanak-kanak. ala biasa ler kan……..budak asthma tu….this time appointment ke-2 after keluar dari hospital since bulan 7 2010 yang lepas.

Appointment pukul 2.30 tp we’ll sampai pukul 3.30 pm. Lewat sejam………nasib nurse tu kata takpe….he he he..minah nie pun memula berdrama gark………..papa dia pujuk balik rumah dia punya melalak kemain mcm kena dera…………siap main terjun2 dari kereta lagi tu………..sabar jer lah……..papa dia tu, bab pujuk memujuk memang failed sikit…..so, end up………..aku gark kena pujuk dia kat rumah nenek dia…then baru gerak pergi hospital…………..adeh! kat situ jer dah buang masa almost 30 minit ok….

Before jumpa pakar….ada session ngan pakar farmasi hospital kluang tu…so, dok borak itu ini, dok tanya itu ini ler about lil princess tu………….so far, alhamdulillah………dia tak pernah kena asthma lagi since keluar dari ward dulu tu. and dia sangat ler aktif…………every second bergerak jer kerja nya….terlompat-lompat. Time tido jer ko boleh tengok dia aman tenteram………….

Celik mata nak mandi pergi school tu……..terus tersengih2….pastu lepas mandi nak pakai baju, terlompat-lompat….kadang2 hilang gark sabar dengan Batrice bila over aktif mcm tu…….pagi tu memacam kerja nak buat…..time orang nak cepat siapkan dia…….time tu ler dia nak lompat sana lompat sini, ajak main sembunyi2 balik selimut…………sakit dada di buat dia tau.

Tp alhamdulillah……..based on perbincangan dengan pakar farmasi tu………keadaan Batrice bertambah-tambah baik….dia pun cakap yang Batrice nampak sangat aktif…….so……dia just nasihat untuk elakkan Batrice dengan aktiviti-aktiviti macam berlari, melompat. Aktiviti macam berenang, aerobik sangat baik untuk Batrice.  Bab berenang tu boleh ler terima akal kan……..tp bab aerobik tu….adeh….lain ler dia suruh mama Batrice nie yang gi aerobik……nie budak kecik tu buat aerobik……pengsan!……

Bab berlari, melompat tu………..aku tak tahu ler nak explain camne ngan Batrice…..ckp jangan lari-lari…makin laju dia lari-lari. Jangan lompat nanti sakit lagi……….makin galak dia melompat lebih tinggi…camno? Bebudak memang suka aktiviti berlari dan melompat kan…….hu hu hu……

Lepas jumpa pakar farmasi tu, baru ler turn jumpa ngan Doc pakar kanak-kanak. Again…….berita gembira lagi…….Batrice dah tak perlu ambil gas (neb) lagi. Just remain ngan gas botol biru ………..tu pun if dia perlukan jer.  Tp since bulan 7 dia keluar ward tu…….sampai ler ke hari nie…………gas botol biru tu ada ler sekali dua guna……yang botol coklat tu pun tak habis2 lagi……….he he he he……abis camno…budak tu takde pun tanda-tanda sesak nafas ke apa……..aku bagi yang biru tu bila time hujan and dia asyik dok batuk2…tu jer……tu pun jarang-jarang arrrr………..

So….thanks YA ALLAH….KAU pelihara kesihatan anak ku itu.

Next appointment on September 2011

>Batrice with her friends.

>

Tu baru separuh yang dia keluarkan dok susun2 atas sofa………..ada lagi separuh yg dok bertenggek atas katil dia kat bilik………he he he….aku rasa mcm nak let go jer lah benda nie satu2….rimas…….tp kuatkan semangat lagi……….

Pooh tu adalah yang paling tua antara kawan2 Batrice nie………..beli since umur dia baru 4 @ 5 bulan. Sampai sekarang elok lagi terjaga.  Tu yang sayang tu………

>A,B,C, D & E

>

Alhamdulillah…progress menulis Batrice dah semakin baik…if dulu setakat boleh sambung-sambung titik jer…and now….tanpa titik tu pun dia dah boleh buat huruf A, B, C, D, E & F. Alhamdullah….

D….even rupa bentuk tu tak cantik ler sangat kan…tp dah nampak ler itu huruf D….gitu ler kerja dia tiap2 cuti sekolah…..melayan buku latih tubi yang mmg ada 3-4 aku belikan since dia mula sekolah nie.  Kadang-kadang hari biasa pun if mood dia rajin….dia buat jugak.

E, pun dah memang nampak rupa E tu kan…bangga kejap aku di situ. Yup my dear….aku tahu, ada anak-anak korang yang seawal 3 tahun dah boleh tulis A, B, C – Z dengan jayanya…..anak aku umur 4 tahun baru ler reti nak menulis….tp as MAMA….aku tetap berbangga dengan pencapaian anak aku. 

Moga anak mama terus rajin-rajin belajar k.