Category: Resepi


>Donut Gebu Gebas.

>Petang nie aku tak tahu nak buat apa….tp mulut nak mengonyel something…makanya….2nd trial buat donut gebus gebas……….this time aku rehatkan adunan 45 minit. Masa 1st time dulu….aku belasah lepas gaul2….terus bentuk2 and goreng…keh keh keh…rupa2nya bila adunan tu di rehatkan barang seketika…..lagi gebus gebas jadinya donut aku.

So, since sepupu aku dok tanya resepi donut nie….hah! amik nie……..aku copy paste terus dari myresepi.com

 

Bahan-bahan ( 20 – 25 biji )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice…

*** serius, sangat gebu dan lembut donut nie.

>Resepi : Ayam Goreng Kunyit

>uish….sure korang2 lagi hebat masak menu nie kan….tp aku tetap nak tepek gark……mana tahu esok2 lupa plak resepi nie kan…or…mana tahu ada gark yg google nak cari resepi nie…so, boleh ler sharing resepi hentam keromo aku nie……

*** memenuhi requested mak yong LIEYA yang minta resepi versi aku :

1) potong ayam kecik2.  Kuantity ayam tu…ikut suka lah yerk…aku beli 2 ketul kepak and seketul peha jer pun..makan bertiga…..so, tak yah ler bebanyak..membazir nanti……but if nak makan ramai2, beli ler sekor terus……perap ngan serbuk kunyit. And aku tabur serbuk perasa PASTI SEDAP knorr.

2. Goreng ayam tu….jgn garing2 sangat.

3. Bila ayam dah siap di goreng.  Boleh ler start menumis bawang besar, bawang putih, halia and lada besar sampai naik bau. Minyak tak yah banyak2. Masukkan sos tiram, air, stok pati ayam sikit.

4.  Bila agak2 bahan tumis dah naik bau…boleh ler masukkan sayur2 plak yerk.  Aku letak kacang panjang and carrot jer…….masak tp jangan sampai sayur tu layu sangat…..nanti kurang kick coz’ dah tak ranggup kan.

5.  Last sekali baru ler masukkan ayam yang dah di goreng tadi.  Gaul2 sebati.

and hasilnya….
.
.
.
.
.
.
.
.

siap untuk di makan dengan nasi panas-panas.  2 in 1…ada ayam ada sayur…..so, complete ler tu kan..

masak menu nie pun tak ambil masa yang lama…..dlm 10 – 15 minit dah siap.

>Candy Kelapa

>

Bahan-bahan ( 15-20 kiub )

  • 1 biji kelapa parut ( yg putih shj )
  • 1 cawan susu cair ( sekadar menenggelamkan kelapa )
  • 1/2 cawan gula (ikut rasa masing2 )
  • 1 sudu besar mentega
  • pewarna / cooking chocolate

Cara-cara

  1. Masukkan kelapa parut, susucair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.
  2. Sebelum ia kering betul, bahagi pada 2 bahagian.
  3. Satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu bahagian masukkan cooking chocolate.
  4. Kacau berasingan hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
  6. Bila sejuk, boleh lah potong dan hidangkan.
  7. *Boleh buat berbagai2 warna tapi yang bewarna chocolate tu yg paling sedap :p

Balik dari Labis, sempat menyinggah ke Ayer Hitam. Memborong buah pelam and durian belanda.
Batrice ikut turun sama…so, apa lagi…kena pow ler ngan dia…nasib baik dia minta Candy Kelapa nie jer pun…sedap.  Dah lama tak makan.

>Nasi Ayam Hainan MamaBatrice.

>

petang jumaat tu….aku mengiau kat FB kata berangan2 nak buat nasi ayam hainan utk hari sabtu……sebenarnya…on cuti Thaipusam tu…..aku puas duduk rumah google resepi nasi ayam hainan. Menarik ler plak…tu yg mengiau petang jumaat nak buat untuk menu hari Sabtu.
and alhamdulillah…….jadi gark plan aku nak buat nasi ayam hainan tu on Sabtu. Cuma agak kelam kabut sikit ler hari Sabtu tu…..around pukul 10 aku kena hantar Batrice gi school music dia….then pergi bandar isi minyak, pergi bank draw duit ……patah balik school music dia…ambil dia…yelah, class music dia pun 1 jam jer…tak dan nak menyinggah pasar beli bahan2 utk buat nasi ayam.  So, after ambil dia…..singgah ke Econsave yang baru buka kat Kluang nie……….shopping bahan2 nak buat nasi ayam.  Murah gark kat Econsave nie………
Sampai rumah around pukul 12.45 gark ler…..1 jam dok melilau dalam Econsave tu bershopping ngan Batrice….umat manusia kemain ramai……tempat baru buka……….biasaler tu…memasing teruja……beratur nak menimbang bahan2 basah pun dah jadi satu hal menunggu.
Ketang ketung ketang ketung….pukul 1 lebih my mum sampai………nasi ayam tak jadi lagi nie……aku baru rebus ayam.  Key utama dia ialah rebusan ayam coz’ air dari rebusan ayam tu guna utk tanak nasi, buat sos so….kena ler tunggu air rebusan ayam tu didih dulu baru ler boleh sambung buat benda2 lain.

Ayam Rebus – kata nak buat Nasi Ayam Hainan…
so, ayam kena rebus lah kan.  Bahan2 rebusan ayam tu….halia + bawang putih + ayam + air + garam and stok ayam. Rebus ler dalam 30 – 40 minit tp jangan lama sangat coz’ ayam tak sedap kalau rebus lelama. Aku guna 2 ketul peha ayam and 2 ketul kepak ayam. Pastikan ayam tu tenggelam sepenuhnya dalam air rebusan tu k.

 Then yang nie plak sambal dia. Senang jer pun buat dia.
Bahan2nya : bawang putih + lada merah + gula + air limau. Blend bawang and lada. Then masukkan dalam periuk. Masak sekejap…..campurkan ngan gula + air limau. Agak2 ler kalau nak manis lebihkan gula…kalau tak…balance kan antara rasa gula and rasa limau tu. Opsss lupa plak…letak air rebusan ayam sikit k
Aku punya sambal nie terpekat sini…supposed dia cair sikit. Tp ok…not bad.!

bahan penting yg ke-3 ialah sos kicap. 
Bahan2 – sos tiram + kicap manis + sos tomato + sos cili. Campur sumer and masak. Masukkan air rebusan ayam sikit.
and yang paling penting. Nasi ayam. 
Bahan2 nya : Bawang putih di ketuk hancur + halia di ketuk hancur + marjerin + minyak masak sikit.
Cara2nya : Tumis bawang putih & halia dgn minyak + marjerin. Then masukkan beras. Goreng sekejap beras. Agak2 dah naik bau wangi…jgn plak sampai hangit beras tu kan….masukkan air rebusan ayam cukup2 utk tanak nasi. Then biarkan k.
Aku guna periuk letrik jer pun.
and hasilnya :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaaaaa

Amacam………menggiurkan tak? ha ha ha…….ok ler for 1st timer punya trial kan……serius. 1st time aku masak nasi ayam k. Before2 nie cam tak confident jer nak buat…rupa2nya sonang baitu!

Kat situ ada 2 jenis ayam kan……1 pinggan = ayam goreng yang aku peram ngan kicap manis + kicap soya + stok ayam. Pastu goreng cam biasa.

yang 1 lagi pinggan nie…baru ler di katakan ayam rebus yang sesuai dgn nama Nasi Ayam Hainan. Time nak makan tu………..sila letak sos kicap tu kat atas ayam tu yerk……..fuh!…..terbaiikkkk arr cam nasi ayam kat Chicken Rice Shop ler…….

So, kesimpulannya adalah = MISSION ACCOMPLISH.
wallah…next time boleh buat lagi…..improve rasa nasi tu sikit lagi…yg lelain ok dah tu….

>resepi yang aku dapat dari MyResepi.
and nak cuba nanti…so, tepek kat situ untuk senang di rujuk time nak buat…he he he……senang kan sekarang.
nak masak apapun……….cari jer lah dlm internet………..insya allah sumer jumpa.

so…here the reciepe…but…aku tak cuba lagi k…just tepek kat sini utk rujukan. And insya allah akan buat jugak dlm minggu nie coz’ on 27th tu my laling hubby birthday….konon2 nak buat homemade cake untuk my laling hubby ler……phewwwiiit.

Bahan-bahan ( loyang 10×7 )

  • 5 biji telur – grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (size duit syiling 50 sen)

Cara-cara

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
5.***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka…
6.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

>Kek Coklat Lembap

>

ada yang menanya resepi kek coklat ku hari tu…alahai dik…akak pun ambil thru internet gark…tp takpe….coz’ dah ada yang bertanya..makanya akak tepek ler yerk resepi kek coklat tu kat sini….

KEK COKLAT LEMBAB
Bahan-bahan :
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko (aku guna koko vanhouten)
1 cwn susu cair (aku guna susu segar coklat HL)
1 cwn minyak masak/butter cair (aku guna butter)
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 tsb baking powder
1 tsb soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :
1) campurkan serbuk koko, susu coklat cair, susu manis dan butter/minyak dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil hingga sumer bahan2 tu larut. Tutup api and biarkan adunan suap.
2) Ayak tepung gandum, baking powder & soda bicarbonate. 
3) Pukul telur hingga kembang then campurkan dlm adunan no. 1 tadi. Gaul rata. Masukkan campuran no. 2 tu and kacau sebati. 
4) sapukan loyang ngan marjerin. Tuang adunan dalam loyang.  Tp jangan sampai penuh. Zana tuang 1/2 jer coz’ nanti adunan tu naik. Tutup loyang ngan aluminium foil supaya wap tak masuk.
5) Kukus selama 45 minit – 1 jam baru angkat dan sejukkan.

TOPPING COKLAT
Bahan- bahan :
250 gm coklat masakan. Patah2 kan
1 sudu besar butter yang dah di cairkan (x carikan pun tak pe)
gula/susu pekat supaya topping tu tak pahit sangat
Cara-cara:
1) Cairkan coklat secara double-boiler. Masukkan butter and susu pekat. Kacau sebati.
2) Curah atas kek and ratakan
3) untuk hiasan…tabur ler coklat rice or what so ever yang berkenan di hati yerk.

>Puding Roti Caremel Ibu RATU

>

1st of all, nak say thanks a lot kat AYU coz’ sudi share resepi puding roti nie……..mmg dah lama nak buat…tp asyik jumpa version bakar2 jer….udah ler rumahku takde oven…..so, xtvt membaking mmg tak pernah di buat ler…walaupun berkeinginan.  Nak beli oven…..nanti2 lah..tunggu masuk rumah baru nanti…….so, di sebabkan puding ayu nie versi kukus………maka, gigih gark ler aku membuatnya….kata kukuskan……

step by step aku tiru cara ayu…..ha ha ha….minta halal yerk tuan rumah.

1st sekali – aku panaskan gula atas kuali.  Nak buat caramel dia tu kan….aku guna 4-5 sudu gula. campur sikit air.

2nd – kulit2 roti (sanggup beli roti baru…pergi potong kulit tepi nyer semata nak buat resepi nie) tu rendam ngan 1 tin susu cair dlm 10 – 15 minit.  Lepas tu campur ngan 1 tin air, 2 sudu gula and sedikit gula merah.  Sukatan gula tu aku main agak2 jer coz’ Ayu tak mention plak nak masuk berapa sudu kan…gula merah tu pun sama…main agak2 nyer….

3rd – panaskan kukusan.

4th – 3/4 dari roti tu….blend hingga hancur k…

5th – manakali 1/4 lagi tu……..ikut tok guru ckp…..titiskan 2 titik pewarna hijau.  So…aku pun ikut kata tok guru….jangan bantah..nanti resepi tak menjadi..he he he…..just kidding ayu.  Btw…rasanya kot2 korang nak letak pewarna lain pun ok kot…takde masalah punya.

6th – then…..bila gula hangus tu dah sejuk…masukkan dlm tempat pengukus….tuangkan adunan yg di blend tadi then…sedikit by sedikit…masukkan adunan yg tak di blend….tok guru pesan masukkan sikit2 jangan tuang sekali..nanti kaler hijau tu bercampur sumer ngan adunan yg di blend tu

kukus selama 45 minit………….

and taraaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hasilnya.

not bad. tekstur yg lembut …and yg penting…..bau hanyir telur tu mmg takde and tak manis sangat.  Cayalah tok guru…..thanks yerk.

budak yang tak sabar nak makan “kek” made by her mum…….setiap 10 minit tanya kek dah masak ke belum….tu yang tak sempat sejuk …kasi potong 1 slide bagi kat dia…while papa dia makan b/fast nasi lemak and roti canai, dia melantak puding roti pepagi ngan tak mandi laginya

hurm…..rasa not bad cuma maybe caramel tu aku terlebih hangitkan…maka ada rasa pahit2 skit….takpe….1st trial kan…next time boleh improve lagi…. btw…thanks again IBU RATU.

>Kek Batik

>Percubaan pertama kali membuat KEK BATIK…….hu hu hu..cam tak berapa nak menjadi lerrrrr….naper erk?

rasa dah ok ler…di tekak aku. Di tekak orang lain tu tak tahu ler…tapi coklat nyer tu tak keras ler…..lembik sikit…..pastu cepat nak cair….hu hu hu…apa yg kurang?

Resepi aku :

Sebungkus biskut marie
2 biji telur
1 cwn serbuk coklat
1/2 cwn milo
3/4 cwn gula
1 cwn air
1/2 buku butter

Cara2nya :
1) Biskut marie di patah2kan. Aku tak guna sebungkus pun….setengah bungkus jer.
2) Masukkan air, coklat, milo dan gula dlm periuk.  Gaul sampai sebati semuanya.  Api sederhana.
3) Masukkan butter plak.  Kacau hingga butter cair.
4) Kecilkan api.  Masukkan telur.  Kacau sehingga pekat.  Matikan api
5) Masukkan kepingan biskut marie.  Kacau sampai sebati.
6) Masukkan dlm loyang @ acuan kek.  Padat and tekan2 sikit.
7) Simpan dlm peti sejuk.
8) Esok nyer baru boleh ngap….

>Resepi : Udang Sos Tiram

>wah…memasing teruja erk ngan entry KEMPUNAN aku tu……..ada yang minta RESEPI UDANG SOS TIRAM tu….wokeh2…i tunaikan…walaupun udang tu belum lagi menjadi UDANG SOS TIRAM utk juadah buka puasa hari nie.

Sorry erk….bab2 resepi nie aku failed sikit nak bagi tahu jumlah bahan2nya tu…..main masuk and agak2 jer pun…

Bahan2 :

Udang
Lada Besar – di hiris
Bawang Besar – di mayang
Bawang putih – di mayang
Tomata – potong 4 or 6
Sos Tiram
Garam + Perasa (Ajinomoto)
Air

Cara2 :
1) Goreng udang dulu.
2) Tumis lada, bawang merah & bawang putih.  Masukkan sos tiram. Tambah sikit air utk jadikan kuah.
3) Pastu masukkan udang yang dah di goreng tu.  biarkan beh kurang 3-4 minit….baru masukkan tomata yang dah potong2 tu……tambah ler garam & ajinomoto utk rasa.

and taraaaa………..

maka terhasil lah UDANG masak SOS TIRAM….senang jer kan….

>Puding Caramel tanpa Telur

>

Dulu aku pernah try sekali buat puding caramel nie….tp time tu guna telur berbiji2 arr……..jadi mmg jadi…sedap pun….coz’ anak dara aku tu makan tak berhenti2………tp, sebab byk sangat guna telur….aku tak suka…bau telur..hanyir sikit kan…..tekak aku pun lite2 jer boleh terima……so, ingat nak buat lagi puding caramel nie…tp tak nak yang guna telur or guna sikit jer….so, jelajah punya jelajah….jumpa ler resepi nie…….

 *** puding caramel yang aku pernah buat………tp time tu guna byk telur….tak berapa nak masyuk ngan tekak aku ***

Puding Caramel tanpa telur

Bahan A
2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
1.hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak…biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..

2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.

3.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

yang nie plak resepi guna telur…tp tak byk ler…5 biji jer……….

Bahan-bahan:

1 tin evaporated milk
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula utk puding
1 cawan gula (utk karamel) + 1/4 cawan air panas (boleh kurangkan gula kalau nk kurangkan manis)

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam mangkuk, kacau gula + 5 biji telur sampai gula hancur. Then masukkan susu + esen vanila.
Ketepikan.
3. Sediakan karamel….hanguskan 1 cwn gula tadi dan bila warnanya dh jadi golden, masukkan air
panas, Kacau sampai rata..then tutup api.
4. Tuangkan karamel ke dalam bekas/mangkuk kukusan.
5. Tapiskan adunan puding ke dalam bekas yg ada karamel tadi.
6. Kukus selama 1/2 jam atau kurang.
7. Bila dh masak, sejukkan dulu puding tu sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan utk dihidang.

*** sorry lah yerk…awal2 puasa aku dah sajikan korang ngan entry makanan plak…takpe..kot2 ler korang rajin nak buat utk berbuka nanti kan……