Archive for April, 2011


>Mak Cik kayooo…..530K Dollar tu!

>Wallawei………pagi nie buka email, ada orang offer aku 40% dari 1.3 juta dollar weiiiiiiiiii

tak jelas…? meh aku copy paste apa yang dia tulis.

Assalamualaikum
Nama saya Puan Nur Marina Binti Muhammad, saya seorang warga Malaysia yang bekerja sebagai (General Manager Internal Audit) HSBC Bank United Kingdom. Dengan segala hormatnya saya meminta anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.
Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan yakin anda terdorong untuk membantu. Saya tahu anda pasti akan tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris yang berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.
Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan keluarga saya dan kami akan menggunakannya untuk pelaburan, dan 10% untuk sebarang kos yang telah dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Walaupun jumlahnya agak kecil dan tidak seberapa, anda harus faham dan menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun adalah seorang usahawan berbangsa Iraq dan tidak mempunyai waris. Saya mendapat tahu mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana dia tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara.
Saya akan memberikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlukan untuk urusan ini setelah saya melihat anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini akan terjaga rapi. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (nurmarinamuhammad@yahoo.com) Sangat penting dan saya akan berikan maklumat lanjut untuk urusan ini.
Yang Ikhlas,
PUAN NUR MARINA BINTI MUHAMMAD

fuh!
1.3 juta dolar.
if di bahagi 40/50 – means yang 40 tu bersamaan dgn 520,000.00 kan…….tu dalam dolar….kalau dalam RM…kali berapa erkk? lu kira ler sendiri………makcik kayo makcik kayoooooooo

tapi…..memang mangkuk arr kalau leh terpedaya ngan email spam cam nie….banyak dalam inbox aku tu….tu belum lagi email aku menang loteri lagi tu….lagi ler berlambak-lambak…larat tak larat ler nak delete sumer spam tu………….

So, kot sapa2 yang berminat nak dptkan 520K dolar tu…sila ler email kat alamat email yang tertera di atas yerk……….apa-apa risiko korang tanggung ler sendiri…….cik tipah tak nak terjebak…ha ha ha ha ha ha……

>Busuk……

>Morninggggggggg

uish…..dah masuk minggu terakhir bulan 4 yerk rupanya…..next week dah bulan 5…..dah almost 1/2 dari tahun 2011 kita jalani…..pejam celik pejam celik……bulan 6…adeh!…cepat sungguh masa berlalu kan….

Haiyaaaa…..pagi nie aku drive pergi office dengan perasaan sakit hati………tak suka ok…dah ler busuk…..pastu mencemarkan alam lagi ……korang tahu aku meroyan pasal apa nie?

meh tengok…

lori angkat sampah….adeh..gini ler lebih kurang rupabentuknya…

Sepanjang2 aku mengekor belakang vontot lori tu…sepanjang-panjang tu jugak ler sampah berterbangan dari lori tu….plastiknya..kertas nya…mcm2 arrrrrr………..

sesuai ker lori camnie buat angkut sampah erk……..bukan makin bersih alam sekitar….makin kotor coz’ sampah2 berterbangan dari lori sampah nie……..fuh! baunya jangan citer lerr…

kalau korang tak caya..mana2 yang selalu ulang alik jalan simpang renggam – kluang….tu, jalan renggam tu….bertaburan sampah-sampah kat jalan……bukan kerana sikap pengguna jalan raya yang buang sampah merata-rata tp kerana sampah-sampah yang di angkut dengan lori sampah nie….adeh!

bukan sepatutnya sampah-sampah tu di angkat dengan lori yang bertutup tu ker….untuk mengelakkan sampah berterbangan.  Tak faham betul aku tau!

>Kesan Minum Ais

>Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ….

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malahakan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.  Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada padaserangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup…

>

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.
Tirulah sifat Al A’ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT… yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu… pengampunan Allah tidak bertepi dan “bertapi” lagi.
Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa… Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.
Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!
Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati… Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.
Bila datang perasaan semacam itu di hati mu… sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA..
Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri… Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.
Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.
Kemarahan seumpama ‘bom jangka’ yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah “benci tapi rindu”.
Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup… berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita ‘bebas’ dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.
Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita.Kemarahan itu adalah “api” dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.
Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau “life style” orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?
Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun… Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!
Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati.
Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang “tidak selesai” antara hati-hati kita berdua?
Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.
Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!
Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil… Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.
Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin… tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.
Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,”kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.
Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan “orang lain” yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah… siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.
Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam “fail” di hati sanubari kita. “Delete” segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan “sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini…” Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.
Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.
“Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. “
“Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku.”
Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!
Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah… aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, “tiada maaf bagi mu” selagi ada rasa cinta.
Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit “benci tapi rindu” ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.
Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.
Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?
Kata ahli psikologi, “Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak.” Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

>Assalamualaikum……….

>ewaaahhh…..Morning dear.  Nampaknya blog aku nie makin jarang berupdate lately kan. Sorry geng!….serius, memang a bit busy lately…..even boss takde sepanjang 2 minggu nie until minggu depan……tp aku nyer kerja kemain banyak lagi..nak2 tak lama lagi ada audit 5’s….so, as secretary Zon….banyak kerja aku kena buat, kena pantau…adeh!.  Semalam……boss kecik suruh tolong buatkan blog 5’s untuk Jabatan aku…….wah…..upgrade nampak…..he he he …takpe…at least lepas nie, sapa2 yang nak cari rujukan about 5’s boleh ler masuk blog 5’s PSR yerk….tp aku belum create lagi nie….tengah cari idea….aku tolong create kan jer …nanti akan ada urusetia yang update apa-apa aktiviti yang berjalan untuk 5’s PSR..so, tunggu yerk…

ok…tu jer dulu untuk pagi nie yerk…

aku tengah cari idea camne nak karang kisah aku as anak FELDA plak lepas nie…bagi aku tarik nafass panjang sikit k

>Rindunya ngan budak domok dua orang nie…huwaaaa…rindu nak gomol2 Aiman & Aleesya…….

he he he….giler checky errkkk muka aiman…muka nakal..keh keh keh keh…..Batrice kemain berlengas lagi ngan peluh dia..main tak hengat dunia…

Bila ler nak balik Tenggaroh lagi nie…tak dapat gomol dedua…dapat gomol Aiman jer pun tak pe lerrrrrrr

Budak nie, memang hari-hari kena gomol.

Akal makin panjang…la nie, pantang kena marah sikit ngan mama or papa dia…tahu apa yang keluar dari mulut dia…?

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Asyik echa jer yang kena marah, Asyik echa jer yang salah”

Wah……kecik-kecik ko dah pandai protes erkkkkk!

>

(This message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.)

There was a time early on in Blogger’s life where we had our own, custom account system for handling login authentication. Starting in 2006 all new Blogger accounts were created using the official Google accounts system, and then in 2007 we started the process of moving all of our legacy users over to the Google accounts system. Now, four years later, we’re finally at the home stretch of the transition. For a number of technical and operational reasons, we’ve decided to finally end our support for migrating legacy accounts and blogs after June 25th, 2011. So if you have a Blogger account and haven’t logged in since 2007, you will lose access to the account and associated content permanently unless you update to the Google Account system before June 25th.

Updating to the new account system is easy and should take just a few minutes. We really do value all of the content that has been created on Blogger and we hope that as many people as possible will reclaim their blogs. If you’ve been avoiding this task for a while, we encourage you to head over to the Legacy migration page and update your account.

We’ll be sending a similar notice later this week via email to all of the email addresses associated with the legacy accounts we have in our database. In a few weeks we’ll also make another announcement here on Buzz, with more specific updates on the transition.

Thanks to Whiteymommy , Kujie and Amanz.

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut. Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger.

Memula ingat spam….so, bila tengok sana sini dah start keluarkan statement nie….aku terpengaruh gark ler…cuma tak check email jer lagi nie……..

So, for those yang login blog guna account selain dari GMAIL…sila ler tukar ke account GMail yerk if korang tak nak blog korang kena deleta.  For me, memang aku buat blog guna account GMAIL…so takde masalah.

Ingat tak, before nie aku pernah buat Tutorial Invite untuk jadi Admin. So, basic tu lebih kurang mcm tu ler…..

1) Create Account Gmail.  – If memang korang dah ada account cuma tak guna untuk login blogger boleh terus tukar. Nie citer if korang mmg takde account Gmail. Korang login blospot guna yahoo ke whatsoever. So, sila create account Gmail memasing yerk.  Tak reti nak create? ceh…..banyak ler korang punya tak reti…

2) Bila dah create account Gmail memasing. Langkah seterusnya. Login ke account Yahoo or any account yang korang guna untuk login ker blogger. (Login cam biasa ler kan). Then pergi ke Setting > Permission > klik Add Author > masukkan email address gmail yang korang dah create tadi > click Invite.

3) Settle semua.  Login ke account Gmail yang korang create tadi. Check INBOX.  So, akan ada email jemputan untuk jadi Author blog korang. Click ke link yang di berikan (contoh cam yang aku gariskan ngan colour merah kat bawah nie) .

Bila dah Click….korang akan terus Dashboard Blog korang yerk. Pastikan Blog korang, Bukan blog orang lain.

4) Then, sila Logout dari Account Gmail tadi. Then, login ke blogspot korang guna account yang 1st korang guna (yahoo or etc).

5) Pergi ke Setting > Permission > korang akan nampak nickname and email yang korang baru daftar tadi (Gmail Account) as Author > click grant Admin Privileges. Then, sila remove account Yahoo or mana2 account yang selain dari Gmail di list admin blog korang untuk mengelakkan blogger detect blog korang berdaftar under account yahoo.

So, tu jerr….after this boleh ler Login Blogspot guna account Gmail yang korang dah create tadi.  If korang ada lebih dari 1 blog yang menggunakan account selain dari Gmail, sila ulang semua step2 di atas untuk setiap blog korang.  Lucky…aku ada 2 jer blog…..tu pun yang 1 lagi suam-suam kuku kekdahnya…..

*** So, FYI…….bila korang login guna account Gmail baru korang…….semua blog yang korang Follow akan hilang. Sila ler follow balik yerk….takpelah..kerja lebih sikit dari blog korang terus lenyap kan…tu lagi ler nangisssssss……..

*** Btw…..
Maklumat di buzz blogger menyatakan : Sekiranya anda pernah login akaun blogger walaupun sekali sejak tahun 2007, notis ini boleh diabaikan.
 
So, aku mengandaikan mana2 blogger yang mendaftar bermula tahun 2008 rasanya takde masalah. Sumer mendaftar dengan menggunakan account Gmail. So, perkara ini berkuatkuasa untuk blogger senior yang buat blog sebelum tahun 2008.
Sekian, terima kasih.

>

Isnin dah yerk…..kejap jer kan masa berlalu.

Gambar takde kaitan dengan citer aku pagi nie….tu gambar matahari nak terbenam pandangan dari rumah aku…….he he he…amacam, cun tak? mau tak cun……keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa…tak perlu di pertikaikan lagi dan tak kan dapat di bandingkan dengan mana-mana keindahan.

Btw….aku nak tanya korang ler….since 2-3 hari nie…….bila aku buang air besar…sure ada darah… kenapa yerk? darah segar ok…….nak kata sembelit…tak plak……cam biasa jer…..rasa sakit pun takde…cuma time buang air besar tu ada rasa pedih2 sikit ler……..

ke aku nak kena buasir erkk? Tolong please.

>Cikgu Shida

>Kamu mmg kelakar ler cikgu shidah oooittttttttttt

Video Kalau Berpacaran by Cikgu Shida

>Macam biasalah kan……hari cuti jer…untuk para isteri yang bekerja bukan bermakna hari cuti sedunia…huwaaaaaaa……..sabtu dan ahad adalah hari bekerja jugak buat kami…bekerja di rumah.  So, bila ler hari cuti untuk para isteri-isteri yang bekerja erkk?

Sabtu tak dapat mendobi coz’ pergi ke Melaka ikut rombongan merisik untuk sepupu belah hubby aku. Makanya……ahad adalah hari mendobi……………yang atas nun baru 1st row…baju2 mama and papa dia………….

masuk 2nd row…….baju2 batrice…….adeh……….

Tu baru yang bergantungan kat ampai camtu…tu belum lagi bergantungan baju2 kecik kat ampai bulat………huwaaaaa……lepas nie nak melipat plak…tak pun, postpone lipat untuk next week…boleh?