Category: kawan mama


>Raya ke-5……we’ll dah terpacak balik kat rumah sendiri di Kluang…home sweet home.  And kebetulan…hari nie ada yang nak menyinggah berkunjung……..

So, pepagi…..takde ler pagi sangat pun…dlm kul 10 gark ler baru keluar pergi bahan2 basah kengkonon nak masak memasak utk tetamu.  Niat nak buat mee hoon tomyam…….tp apakan daya…..balik rumah, baru sempat nak siang sayur, tetamu pertama dah sampai……..mmg takde rezeki ler…

Our 1st tetamu that day….kak rin and family. Sedara jauh tak jauh kami.  Memandang kan menu tak sempat di masak…….makanyer aku sempat goreng nugget jer utk hidang kat tetamu……jadi ler kan….

*** Dina, Ammar & Batrice ***

*** with umi a.k.a Kak Rin ***
Tak sampai 5 minit kak Rin and family balik………….my ex-officemate merangkap kawan baik aku datang…..sangat2 terharu coz’ mmg tak jangka dia datang..yelah, orang busy….balik kluang pun kadang2….and nampaknye rezeki aku nak jumpa kak Hawa raya tahun nie.  Tp tulah…….ingatkan kak Hawa tak jadi datang….berbelas missed called dari dia…aku boleh tak perasan…..dia dah sampai, baru ler aku perasan missed called and mesej masuk.  So….goreng nugget lagi utk kak hawa and co.  Si comel Dini syok betul tido tak menyedarkan diri.  Dah nak balik baru dia bangun…bangun jugak adik yerk….acik Zana rindu ngan Puteri and Dini……..
*** Batrice, Dini and Puteri ***
Lepas tu………..turn kak Mimi and Co plak sampai….mmg tak sempat ler nak masak…coz’ ikut schedule kak mimi nak datang lewat petang…at least, tak dpt jamu kak rin and kak hawa ngan mee hoon tom yam aku….jadi ler kalau kak mimi rasa air tangan aku….tp sama senasib……kak mimi called cakap nak singgah rumah kami dulu……..b4 gerak ke rumah sedara mara yang lain………..hu hu hu hu…nasib ler beli nugget lebih2…….kalau tak…apa ler nak jamu tetamu yang hadir kan.  
*** kak mimi and anak2 nyer yg hensem and cute ****
 Mlmnyer……….melayan Batrice main bunga api plak. Malam raya ke-5 baru teringat bunga api yang belikan utk dia…..balik kampung bukan tak bawa…tp terlupa nak main…boleh giteww…he he he….maka jadi ler 3 beranak nie melayan budak kecik tu main bunga api sorang2.  This year…stock bunga api tak meriah cam tahun lepas….laling hubby aku pun tak menghabiskan duit beli bunga api yang meriah2 tu…….
Begitu ler….citer hari ke-5 syawal kami pada tahun 2010.  Lepas dari tu……….terperap kami anak beranak kat rumah coz’ laling hubby aku makin teruk plak demamnyer….malam menggigil2 sejuk tp badan kemain panas.  Sampaikan dia tido bilik lain ler coz’ aku nie tak boleh kalau tak on aircond tak on kipas…rasa lemas kemain……makanyer, laling hubby dgn rela tido bilik Batrice.  Aku tido berdua ngan Batrice.  

Esoknyer……pergi Hospital.  Check darah sumer clear…yelah..time2 camnie…denggi tengah berleluasa..bimbang gark…..tp Doc pesan if dalam masa 3 hari demam tak kebah juga…..mmg sure Denggi.  Mulut aku dia kecoh suruh dia berurut kot2 ler demam urat ke apa…sampai ke sudah tak pergi…..tak tahu tempat urut kat mana……and nasib baik ler….3 hari lepas pergi Hospital…demam dia beransur ok. Cuma malam jer lah ada pening2 sikit…cuma yg aku confuse tu……naper Doc bagi Acid Folic plak utk laling hubby aku..apa kaitan nyer erk?

>Menu Berbuka

>

ahaks…..since ramadhan nie, rasanye  1st time aku tayang menu buka puasa aku kan……so, jeng jeng jeng…..b4 that, sorry bebanyak kot2 ler aku buat korang telan air liur kan….nak2 tinggal baper jam jer lagi nak buka nie……………..

my tom yam ayam…………….from my kitchen………………sonang jer pun masak tom yam nie.  Main campak2 jer bahan2nya..wah, campak2 ko yerk…sat lagi ada plak tercampak periuk kan…….bila masak tom yam nie, aku suka campur paste tom yam biasa tu ngan tom yam putih……tu idea mak mertua aku.  Aku tinggal copy paste jer…….and hasilnya…..fuh……mengancam di tekak kami.  Tp yang nie aku tak letak serai and daun limau purut….tak menyempat beli coz’ sampai rumah pun dah pukul 6…………kletang kletung dlm 30 minit siap sumer menu yang aku masak

tom yam ayam tu makan bersama mee hoon….so, jadi ler juadah berbuka aku mee hoon tom yam…..simple but, time puasa2 nie….kalau dpt berbuka ngan sup2 mmg BEST arr…………….

dan lauk sampingan coz’ laling hubby aku tu time buka WAJIB makan nasi……………aku sempat tapaw ikan bakar kat PARAAM….sekor nie RM12……………………besar boleh tahan gark ler…takat makan 2 orang mmg tak habis……last2 separuh simpan buat sahur….bangun pagi tinggal panaskan ikan bakar nie and sup tom yam………..makan ngan nasi…………..Budak tak puasa tu plak….aku rebuskan spageti, makan ngan sup tom yam tu…….nasib ler sup tom yam tu aku buat tak pedas2 sangat…walaupun cili nyer almost 7 – 9 biji aku masukkan…tp jenis cili yang tak pedas…….so, rezeki budak tu ler kan lunch spageti tom yam…..

btw…………ini sumer bukan menu berbuka aku semalam yerk……….ini menu berbuka aku hari sabtu minggu lepas…………………….hope minggu nie dpt balik Tenggaroh…nak sahur and buka ngan my family plak…itu pun kalau laling hubby aku takde kerja nak buat ler….coz’ now dia tengah busy nak siapkan projek perumahan PPRT kampung orang asli.

*** kejap lagi nak balik coz’ minggu nie dlm jadual aku balik pukul 4 pm..next week pukul 4.30 pm plak….and yg bestnya..masuk office still pukul 8 am.  Thanks boss

>PERNAH KOMA 9 HARI

>Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
2010/06/02

“DOKTOR meramalkan saya boleh hidup kurang daripada tiga minggu jika tidak menjalani rawatan kerana kanser yang saya hadapi berada di tahap empat.

 BAHAGIA…Norliyana bersama suami, Azrin yang selama ini tidak pernah jemu memberikan sokongan kepadanya.
“Kos untuk menjalani rawatan kemoterapi pula bukan murah, mencecah RM300,000 dan jumlah itu sememangnya bebanan kerana keluarga bukan orang berada.

“Lebih menyedihkan, tidak lama selepas itu, saya turut dibuang kerja atas alasan yang tidak munasabah,” demikian luah bekas pesakit kanser, Norliyana Abu Bakar, 28.

Norliyana yang lebih mesra disapa dengan panggilan Liyana berkata, dua khabar duka yang diterimanya itu sedikit sebanyak meruntuhkan kekuatan dirinya.

Dia sama sekali tidak menyangka batuk berterusan yang sering dialami – salah satu petanda penyakit yang digeruni ramai itu sudah bersarang di dalam badannya.

Katanya, sebelum doktor mengesahkan mengenai penyakit berkenaan, dia mengalami batuk yang berterusan, tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana ketika itu (awal 2005) negara mengalami jerebu yang teruk.

“Saya mengalami batuk yang sekejap baik, sekejap batuk semula selama berbulan-bulan, tetapi menganggap ia hanya batuk biasa kerana beberapa klinik yang saya pergi mengatakan demikian.

“Apabila keadaan menjadi semakin teruk, barulah saya dirujuk ke hospital. Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk proses mengambil sedikit di bahagian yang disyaki, akhirnya doktor mengesahkan batuk yang saya alami itu sebenarnya ialah petanda kepada sejenis penyakit barah, Defuse Large B-Cell Lymphoma di paru-paru,” katanya.

Menurut anak sulung daripada enam beradik ini, dia terpaksa berpindah ke sebuah hospital kerajaan pada awal 2006 dari sebuah hospital tempat kerja lamanya kerana tidak mampu membayar kos rawatan.

Ketika di hospital berkenaan, dia koma selama sembilan hari dan selama itulah keluarga terutama ibu, Hazizah Yon, 54, setia menemaninya.

Katanya, barah di dalam badannya terlalu agresif dan menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi lapan kali berbanding hanya enam untuk pesakit biasa.

“Saya terpaksa menjalani 25 kali rawatan radioterapi dalam tempoh sebulan lebih dan semua itu menyebabkan saya botak serta berat badan susut lebih 20 kilogram sehingga menampakkan tulang.

“Lebih menyedihkan, saya juga lumpuh dari paras pinggang hingga hujung kaki dan hanya mampu terbaring di katil saja selama hampir setahun.

“Alhamdulillah, dengan semangat yang tidak pernah mengaku kalah dan ihsan daripada Tuhan, saya akhirnya dapat kembali berjalan seperti biasa pada April 2007,” katanya.

Liyana berkata, sepanjang menerima rawatan di hospital, keluarga serta teman lelaki (kini suaminya), Azrin Shah Sabeh, 28, tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Apa yang membuatkan dia berasa terharu ialah kesanggupannya datang melawat setiap hari selepas kerja.

“Saya akui pernah berputus asa kerana menganggap tidak akan mempunyai peluang untuk hidup lebih lama. Lantas, saya pernah meminta suami mencari pengganti kerana berasakan hayat tidak lama.

“Keluarga juga hampir putus asa kerana saya pernah koma dengan keadaan badan kurus kering. Memang sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata.

“Namun, takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Selepas hampir setahun menjalani rawatan, alhamdulillah kesihatan saya semakin baik.

“Apa yang berlaku itu satu keajaiban yang hingga kini saya tidak menemui jawapannya,” katanya yang masih perlu menjalani pemeriksaan setiap empat bulan sekali termasuk mengambil pelbagai vitamin tambahan sebagai langkah menguatkan ketahanan badannya.

Sementara itu, untuk membayar balik segala jasa Majlis Kanser Nasional (Makna) yang pernah membantunya, Liyana turut menyertai organisasi bukan kerajaan (NGO) berkenaan sebagai sukarelawan bagi membantu pesakit kanser di negara ini.

Dia sudah bangkit kembali daripada waktu sukar dalam hidupnya dan kini ingin memberi kembali apa yang pernah diperoleh secara sukarela bagi membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

“Kini, sudah hampir tiga tahun saya menyertai Makna sebagai sukarelawan. Selain dapat menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan, saya juga dapat berkongsi pengalaman bersama pesakit kanser mengenai penyakit berkenaan.

“Saya mahu masyarakat tahu pesakit kanser sebenarnya amat memerlukan sokongan daripada mereka tidak kira sama ada daripada segi moral mahupun berbentuk kewangan.

“Sebagai bekas pesakit, saya amat mengetahui kesusahan yang mereka alami dan harapan saya dengan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan penderitaan mereka,” katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah penghargaan daripada Makna atas sumbangan cemerlangnya selama ini.

CEMERLANG…Liyana, bekas pesakit kanser yang kini aktif sebagai sukarelawan Makna. 

She is my exroomate masa part 2 di Kolej K2 masa study @ UiTM Shah Alam. We also take same course……banyak sangat2 kenagangan ngan Norli….yes….dulu dia glamer ngan nama Norli…he he he….Norli yang periang, Norli yang sangat ceria and Norli yang banyak mulut. Rasanyer sumer student OMT 114 dulu kenal dia..esp our batch….

SHE SOO STRONG and BRAVE
I’m PROUD of YOU, DEAR.

>THANKS Cik Sue

>thanks cik Sue a.k.a mama maryam……..

btw…hairband nie dah selamat di terima on Thursday….tp tak sempat nak transfer gambar dari mr. nikon to pc……so, jadi tertangguh2 ler plak nak up citer nie….

comel kan……siap ada nama BATRICE lagi…

Act….dah berapa kali dah si Sue nie pos barang utk Batrice…tp tak sampai2…sian dia…tak tahu ler apa masalahnyerr………nasib yang nie sampai…thanks a lots sue……Batrice suka banget time aku tunjuk kat dia…siap tanya sapa yang bagi. Aku cakap arr cik sue mama maryam bagi…..maryam mana mama? maryam yang dulu kita pergi KL…pergi besday to you dia….oooooo….he he he…..ingat lagi dia ngan besday bash maryam yang simple tapi happening tu….

>Sebuah Perpisahan

>

Esok cuti ……..mmm…nak buat apa yerk..? @ Danga Bay ada Jom Heboh…tp cam tak larat jer aku nak mengangkut si Batrice tu berpanas-panas kat tempat ramai2 tu….FUHHH…….

Takpe…ada masa lagi nak plan nak buat apa cuti nie.

Hu huhu…aku nak citer nie….this month jerrr 4 orang staff kakitangan awam PSR di tukarkan….1) PTD and another 3 tu..PTPO……..and ke-tiga2nyer di tukarkan ke Balai Polis Daerah. Sedih sangat coz’ kat PSR nie bukan ler ramai sangan kakitangan awam….khususnyer kakitangan PEREMPUAN…so, bila 4 sekali keluar…..sunyi sepi lah office nie…tinggal ler beberapa ketul jer duduk buat kerja.  Tak meriah cam dulu.

Khamis minggu terakhir mereka di pejabat PSR….ada ler sessi foto gedik sebagai kenangan.

Me and Kak Im…..

Yang baju hijau tu my CC……sporting abis….sehari kalau dia takde kat office…sure sunyi sepi office nie…tp dia x kena tukar yerk…yang tukar tu tudung coklat and tudung merah.

Gedik2 santai mereka….lepas nie xde dah nak gedik2 santai cam nie…..

Partner in Crime aku si Saleha.  (tudung merah)…..sedih aku dia kena pindah. Aku ngan kak iena nie menunggu dua bulan dia naik kerja dari cuti bersalin…..belum sempat nak naik office…surat tukar dah sampai……padahal…..menghitung hari kami kat office tunggu dia naik kerja……u’ll nengok ler peel mak budak tak cukup umur tu….sengal kan…tu yang buat aku rindu kat dia…..sebab kesengalan dia…..

kan aku dah cakap…budak nie sengal….tp itulah yang aku rindu….we’ll kalau duduk borak…mmg macam2 citer boleh keluar….dari cerita agama…sampai cerita 18sx ok…..we’ll layan.  Inilah dia Geng Porno aku..hehehe…me + kak ina + Saleha.  So, bila Saleha takde……tinggal ler kami berdua yang selalu buat lawak bodoh dari orang pandai…

amacam……..cam LESBO tak…….kan aku dah kata budak nie mmg SENGAL. 

kak chik….kitaorg rindu ko tau… Bebaik yerk duduk kat IPD Air Hitam tu…..kalau ada yang ngorat…ko ngorat balik tau..ngorat jer takpe…jangan main kayu tiga….udah ler…..

and inilah dia princess si Saleha : PUTERI ERIKA AWATIF…comel kan…..


>

lama x menghavockan diri keluar berjimba2 ngan kak nor. Semalam, lunch time mak datin sorang tu….gigih jemput kitaorg semata2 nak kuar berjimba2…….rindu ler tu…ha ha ha ha……..sempat gi kedai baju, usha apa2 yg patut………….pastu buat kedai tu cam kedai sendiri…..

Lepas abiskan duit @ kedai baju………gi isi perut plak kat Bistro…………makan x ingat dunia……..ha ha ha……..nama pun ada org yg nak belanja kan…………..


*** sengal arr pompuan nie….ha ha ha…ampun kak norrr !!! ***


*** tipu tu……konon terkejut ler…xde makna ler kak iena ***


*** nak berlakon tp x jadi……apa ler nasib….x di kurniakan bakat berlakon ***


*** merenung nasib yg bakal menambah kalori & lemak dlm badan….hu hu hu ***


*** saje jer kan ko nak kantoikan kami yg dok cilok mee POLO ko tu….tp mmg sedap ler kak nor ***


*** ha ha ha…kak nor geram….***


*** us……..gini ler kalau dah jumpa ***


*** mana jari gue…..?***


*** thanks kak iena……velanja makan…..lenkali velanja lagi erkkk***

Dah kenyang…..baru ler boleh balik opiss……….ha ha ha…………

>Kad Raya Pertama

>My 1st kad raya for this coming Hari Raya…….thanks kak MIMI a.k.a Mama Farhan & Emily.

citer pasal kad raya ……..dah jarang yang nak hantar kad raya kan….since kita dah ada mcm2 teknologi…….boleh send guna sms, facebook, email and others. Tp bg Zana, the original kad raya mcm nie……lagi meninggalkan kesan dalam hati……..betul2 rasa di hargai dalam sesebuah persahabatan. Tp……..xde ler bermakna sesapa yg send thru sms, email or others tu tak menunjukkan keikhlasan………cara memasing kan………….apa yang penting NAWAITU kita kan.

Ceh……ingat dulu2 time sekolah……….siap berlumba2 ngan kengkawan tu……..koleksi kad raya sapa yang paling banyak………siap main tipu2 lagi……..beli kad raya pastu kirim utk diri sendiri…..he he he he………pastu time raya, cam bangga jer tayang kad raya memasing kan…….deco kat dinding rumah……….lepas raya………pergh……giler malas nak cabut balik…..silap2 recycle utk raya next year………………

Thanks kak mimi………..love u lerrr…….

>citer basi………since Wanie pun dah up citer dia ke Kluang last 2 week………so ………i pun gedik2 nak update gark lerr………..yelah, Wanie nyer version xde gambar……….I nyer version ada gambar…………..ha ha ha

Tengok arr……..ramai2 tak ramai nak tunggu turn dpt seat……….meh nak share…..kot2 sapa2 yg teringin nak b/fast kat railway kluang nie………masa yg paling lenggang adalah dlm pukul 11 pg……kalu pagi tu…….mmg jawabnyer beratur nak tunggu ler……….sibuk……….railway nie tutup pukul 12………..

Memula ……….sure ler gambar anak dara sorang tu kan……….time nie tengah menunggu turn nak dpt seat………..opppsss……lupa plak…..we’ll b/fast kat railway time nie….ngan harapan kot2 ler terserempak ngan Wanie & co kan………tp xde harapan……….wanie pepagi dah sampai………kami ?……….pukul 10 baru nak jejak kaki…………biasalah hari cutikan………bangunnyer pun udah pukul berapa buk !

After b/fast tu………laling hubby gi kebun……….I terus sms Wanie ajak keluar………memula ingat Wanie kat Hotel Anika……….rupa2 nyer kat Anika Inn…………pening gark ler nak mengingat Anika Inn nie kat mana……..yelah, jarang sampai ke sana……….nasib ler pusing ikut kata hati……..jumpa gark Anika Inn nie………..mmg ada jodoh kita nak jumpa Wanie……..

Tu pun, x tahu nak bwk Wanie & Irfan ke mana……….last2 ajak ke Kluang Mall jer lah…….kebetulan I pun nak cari present utk si Alya ……..sian Wanie………sorry Wanie…..Zana x tahu nak bwk gi mana……….Kluang nie x byk tempat yg menarik……..gi mall jer lah yerk…….cuci2 mata…………..

Ajak Wanie & Irfan makan kat KFC……….kelakar arrr Irfan nie………sorry sayang……..auntie tak tahu irfan boikot KFC………next time kita jumpa, auntie bw makan kat tempat lain yerk……..

Lepas makan, bwk budak berdua tu ke Playland kejap……..layan ler apa yg diaorg nak main…..Irfan nie bagus ler………….mengikut kata……….

Dapat ler sejam kat dalam Play land tu…………..anak dara I dah kebocoran………sorry Wanie, x dpt lama2 kita berdating……………….thanks sudi jumpa Zana yerk…………

>Skip sana skip sini………korang jangan pening tau

nie actually xtvt pagi Ahad b4 balik johor……..sempat bermesra2 ngan Cik Puan Linda & Ghazi d Hensem boy……….di Taman Tasik Shah Alam

Yg nie plak……..muka mama yg excited tapi control…………..muahmuahmuahmuah……..

he he he…………anak dara nie mmg biasa buat muka blur camnie………cam xde perasaan………

Tergamam jumpa pakwe ensem…………wah gitew…………..

Kitaorg ada photoshoot ngan Linda……..he he he…..dah alang2 naik KL tu yg info Linda kot2 ler dia free utk sessi photoshoot tu kan…….he he he….thanks a lot Linda sabar melayan kerenah anak dara Zana tu……….mood dia kejap ok kejap x ok…….he he he………tp yg pasti…..Linda punya kerja mmg superb ler………skill dia amik gambar…….umakai….x terbayang uols ……….jgn kata baring…………mcm2 skill dia buat…….I nengok pun terpegun………..and Ghazi d Hensem boy pun sgt sporting ngan ummeh dia………thanks a lot budak ensem……….

Jom layan piccas Pn Linda tengah snappo…………..and sessi photoshoot berjalan……..nie dari camera cabuk I yerk………..so, harap abaikan hasilnyer yg x seberapa nie………

he he he…….curik2 amik gambar Batrice while linda shooot

Around pukul 12 …..sessi photoshoot pun selesai……sian Linda……berpeluh2…….w/pun byk kali tukar tempat……akhirnya menjadi jugak projek kita yerk Linda…….and sorry yerk Yang…….Zana & Co terlewat……….hu hu hu…………..

~ credit to my Laling hubby……dia yg snap gambar nie…..comel kan Linda ~

Hasilnya………nanti bila Linda dah siap……..I publish yerk……..apa2 pun……..high recommended pada sesiapa yg nak mengabadikan kenangan si comel anda………serius……..hasilnya sangat superb………..betul tak As……..di samping harga yg sangat berpatutan. Promosi promosi…….

>Adlina Umairah

>Ingat tak budak tembam baru lahir NIE………..adlina umairah..anak kak long a.k.a LIZA…

now….after 3 months….ketemu kembali sama mama zana dia……….
so…….tembam……..so semangat……..hu hu hu…bukan takat nak cubit2 dah…cam nak geget2 jer pipi peha and tangan umairah nie…………….

Abg Wan pun sama naik ngan adik umairah…….dua2 tembam yang amat……….pakwe makin tembam…….makwe dia makin slim……….go batrice go….kasi bulat sama cam abg wan yerk…….

Baru 3 bulan……….berat dah 7++kg………….semangat tul ler…….maunyer x, dlm hari pun mama dia tu dah suap nestum kat umairah….tu agaknyer badan si umairah tu bertambah2 kg nyer…..korang tengok arr lengan dia tu….dah mcm baby michelin …….keh keh keh

Nengok dia minum susu pun………cam geram jer……..laju jer susu sebotol tu habis………..tu pun dah 6 aun rasanyer mama dia buatkan……….minum susu NAN……..sama cam abg dia gark………

rindunyer nak ada baby balik………..huuwaaaaaaaa………..