Category: cerita artis


>Jimmy Shanley

>saja gatal2 tangan pi check analatical kat nuff tu untuk semalam…..tu dia…….14 hit untuk carian isteri jimmy shanley…..byk yg masuk thru google mencari cerita pasal abang jimmy kita yang tabah dan wife nya norsuhaila………

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

 Sumber : GambargambarPelik

KEBIASAANNYA, isteri sering digantung tidak bertali, tetapi gelora yang berlaku dalam mahligai impian pengacara popular, Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Shuhaimy, berlainan benar ragamnya.
Mereka yang bernikah pada 1 Oktober lalu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari. Akibat berselisih pendapat dalam soal hidup berkelamin, Suhaila meninggalkan Jimmy.
Walaupun dipujuk dan dirayu oleh Jimmy, Suhaila sebaliknya masih enggan tinggal bersama Jimmy malah dia berkeras mahu menetap di rumah ibu bapanya.
Biarpun berjaya dihidu media, perkara itu hanya dibenamkan Jimmy di dasar hati.
Tiga bulan tempoh diberikan, Suhaila tidak juga lembut hati sedangkan dalam rahimnya sudah tumbuh segar benih daripada hubungan suci bersama Jimmy. Akhirnya Jimmy bersuara.
Jimmy yang selama ini cukup dikenali sebagai pengacara yang gila-gila dan bersifat remaja bertukar menjadi lelaki matang.
Dia tidak putus asa menagih kasih Suhaila yang kini hamil enam bulan.
Jimmy nekad memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Suhaila sebelum ini meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga mertuanya pada 28 November lalu.
Dia tidak mahu memperjudikan nasib anak yang bakal lahir serta enggan melepaskan talak secara sia-sia terhadap wanita yang diangkat menjadi isteri.
Keluh resah Jimmy tidak terhingga. Jimmy, anak yatim piatu, hanya mahukan kasih sayang biarpun terpaksa berdepan spekulasi dan fitnah.
Sensasi Bintang: Suhaila kini mencabar anda?
JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka.
Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu.
Siapa yang bersalah dalam soal ini?
Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya.
Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami.
Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya?
Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya.
Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia.
Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat.
Maksudnya?
Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian.
Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila.
Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi?
Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan.
Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri?
Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa.
Sikap mertua dalam soal ini?
Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya ‘berubat,’ jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya.
Adakah Suhaila ada lelaki lain?
Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman ‘sehidup semati.’ Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya.

ENAM bulan berehat panjang, hujung bulan April nanti, Jimmy akan memulakan penggambaran sebuah program baru untuk Astro.

*** apa-apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat abg jimmy and norsuhaila….. tabah & kuatlah jimmy….insya allah…ganjaran nya besar dari NYA.

Advertisements

>

KUALA LUMPUR: “Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah.
“Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,” kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.
Katanya, kenyataan Nora dalam akhbar ini semalam menguji kesabarannya untuk memberi kenyataan balas dengan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara dia dan Jejai. Ketika dihubungi, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandh Hassan berkata, segala kenyataan yang dinyatakan Nora itu tidak benar sama sekali. Tegasnya, memang mereka sudah berpisah tetapi bukannya dua bulan lalu.
Katanya, ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. “Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.
“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.
Tambah Fasha, kenyataannya dalam artikelnya sebelum ini dia memang berada di pihak yang benar.
“Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.

“Pengurus saya dan pembantu peribadi saya juga masih menyimpan semua SMS Jejai pada mereka. Saya harap ini jelas dan tiada lagi spekulasi selepas ini mengenai perpisahan saya dengan jejai. “Cukuplah pengakuan kami sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya kami berdua tahu puncanya. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Ingin juga saya jelaskan di sini saya tidak akan melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang.

 “Sebelum ini diri saya sering difinah dan ditindas oleh sesetengah pihak tanpa bukti. Jadi kali ini adalah masa untuk saya menegakkan kebenaran diri saya fakta Nora adalah salah,” katanya.
sumber : myMetro dan ohBulan.Com

>

Semalam semasa Gelanggang Raja Lawak minggu kedua, Zizan telah terlepas membuat lawak yang mempersendakan nama ayah Paknil. Instead of menyebut “Aznil Haji Nawawi”, Zizan telah melawak dengan menyebut “Aznil Haji Nawawa”. Akibatnya, Paknil mengamuk kebengangan di Twitter.

Walaupun cuba dipujuk oleh peminat-peminatnya, Paknil masih terasa hati dengan lawak Zizan yang dianggap tidak sensitif. Kalau kami pun mungkin agak bengang orang mempersendakan nama ayah kami. Lagi-lagi bila ayah Paknil sudah pun meninggal dunia.

Tapi kami tabik spring dan respek kepada Zizan kerana mengakui kesilapannya. Zizan dah pun memintak maaf melalui Twitter kepada Paknil.

Untuk keberkesanan yang lebih mendalam, kami cadangkan Zizan pergi berjumpa face to face dengan Paknil untuk memohon maaf.

alhamduillah…..akhirnya Pak Nil memaafkan keterlanjuran Zizan. Kita manusia tak lari dari berbuat kesilapan…

 sayanggggg pak nil…muaaaahhhh! ini contoh terbaik buat kita semua. And buat Zizan….lepas nie….hati2 sikit bila buat lawak tu…….chlll!

>Keputusan AJL 25

>

Tamat sudah AJL 25 malam tadi.
Keputusan penuh kemenangan AJL 25.

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black

Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz

Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir

Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

***
congrate to semua pemenang.
hu hu hu….naper Yuna tak menang!
and
ramai gark yang tak puas hati rupanya dgn kemenangan Ana Rafali
for me ok jerrr……lagu dia simple and ada mesej yang hendak di sampaikan…enjoy gark…
maybe juri ada sebab menobatkan lagu ana rafali tu sebagai pemenang AJL 25 nie.

>Lite2 entry di pagi sabtu.

Fasha Sandha

“I’m thinking to adopt this babygirl name Khairunisa. She’s cute, 11months. Her father left her. Her mother (19years old), has got 9siblings n struggling with her life. what do u think? Pls advice.”

Kalau sebelum ini kita ada Misha Omar dan beberapa orang artis lain yang mengambil anak angkat, kini Fasha Sandha nampaknya sudah mula berjinak-jinak ke arah itu. Sebenarnya ini satu langkah yang baik sebab dapat berlatih sebelum menjadi seorang ibu. Senang sikit nak faham hati kanak-kanak.

*** shomel kan budak nie…mata dia bulat…bulu mata lebat plak tu..tu kot yg buat Fasha jatuh chenta ngan baby comel nie….

tp agak2 korang lah kan…sesuai ker si Fasha Sandha nie nak ambil anak angkat kalau tengok gambar2 kat bawah nie plak…

gamaknyer nanti…rosak ler akidah budak comel tu..alahai…..
tp kalau betul niat dia ikhlas…harap2 Fasha didik khairunisa jadi lebih baik dari dia.

Sumber dari Beautifulnara.Com

>

nampaknya tahun baru nie…..di mulakan lagi dengan cerita sensasi artis kita…..
nak cakap lelebih pun aku tak berani……

apa jawapan memey?

“Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setelah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia..”

memang tak salah…..mungkin masanyer jer yang tak sesuai kot………

btw…aku tak memihak pada mana2 pihak….tak semestinya memey angkat phone norman bermakna dia duduk serumah ngan norman ke apa kan…maybe dia pepagi sampai rumah norman ke….ntah ler…..tp mmg tak manis ler anak dara berada kat rumah lelaki bujang waima rumah tunang sendiri.

>

*** cantiknya Elyana.  Dah bertambah kurus.  Turun 7kg  dari berat asal.  Makanya, makin cantik berseri lah dia ***

Tahniah buat Elyana dan Khairul Anuar atas perkahwinan mereka. Difahamkan perkahwianan mereka berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang. Khairul Anwar dinikahkan sendiri oleh ayah Elyana, Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.

Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.

Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan.

Sumber :  Melayu Kini , Budiey.Com

>Amber Chia dpt anak lelaki

>

PETALING JAYA: Model antarabangsa, Amber Chia selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 5 petang Selasa.
Menurut rakan Amber, Stella Lim Bee Choo yang berada di hospital itu, Amber dan bayinya berada dalam keadaan sihat.  Katanya, bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram.   

“Amber dan suaminnya yang tersayang, Adrian Wong begitu teruja di saat menimang cahaya mata yang dilahirkan secara normal,” katanya kepada mStar Online di sini.

Stella yang juga Pengarah S2Slimming memberitahu, bayi itu mirip ayahnya dan fizikal badannya seperti akan mengikuti Amber yang tinggi lampai itu,” katanya.
Menurut Stella lagi bayi comel itu tidak banyak meragam.
Tambahnya, Amber yang merupakan duta S2Slimming sempat menghadiri perasmian Amber & Xavier PR Consultancy di Skewers Subang Avenue kelmarin.
“Bagaimanapun, dia mula mengalami simptom mahu bersalin pada pagi Selasa lalu dan dimasukkan ke wad hospital. Saya melawatnya pada 2 petang ini sebelum Amber bersalin tiga jam kemudian,” katanya.

~Stella, Amber and baby boy~

>Pic Credit to : Beautifulnara.com

Wallawei…cun nyer Abg Jimmy serba hijau.  Cun kaler hijau dia kan….kan kan kan….jarang2 pengantin ambil kaler nie kan….udah ler Abg Jimmy and Suhaila tu putih melepak…mmg masuk kaler tu dgn diaorg.  Naik sungguh serinya…

Kereta apa nie erk? Lamborgini erkk……fuh!

>

Sana sini tak habis lagi kan citer pasal Wedding of The Year Datuk Angkasawan ngan Dr. Harlina tu.  So….aku nak tepek plak picture2 majlis akad nikah Datuk Sani dan pasangan nya Datin Fatimah Dalilah Omar.

Majlis pernikahan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah telah diadakan di Masjid Kristal, Terengganu. Kalau tak silap kami wang hantarannya ialah RM100,000 dan pengantin perempuan menerima sebuah kereta mewah (macam dalam gambar) yang berharga lebih kurang RM400,000. Bertuah badan si pengantin perempuan dapat suami yang berkemampuan

Sumber gambar dari : JoePhoto