Category: Renungan Bersama


>Jalan-Jalan Syurga

>

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nakmenyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Firman Allah swt :
“Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah ISLAM”

Advertisements

>

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.
“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.
Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.
“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.
“Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.
Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis

Ya Allah……..apa nak jadi dgn dunia hari nie……..bayi di buang macam xde nilainya………Ya Allah!

Menitik air mata aku setiap kali lihat gambar2 bayi2 comel yang jadi mangsa kerakusan ibu sendiri.  Menangis aku setiap kali baca kisah anak-anak comel yang tak berdosa di nafikan hak nya untuk hidup di bumi Allah ini……

Jangan lah di tambah dosa kalian lagi…….cukup sekali kalian tersilap langkah…jangan di tambah lagi dengan membuang nyawa-nyawa yang telah Allah utuskan untuk kalian bertanggungjawab……….sekiranya tak mampu untuk bertanggungjawab dan pelihara anak – anak tersebut……TOLONG lah…beri pada yang memerlukan dan sanggup untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak itu………….kalau di berikan pada aku pun aku sanggup terima……ANAK itu tak bersalah…..ANAK itu suci bersih…….yang bersalah adalah tindakan kalian yang mengikut hawa nafsu……..TOLONG lah….

Sungguh……..kalau ada yang nak beri aku pada aku anak-anak ISTIMEWA ini………akan aku pelihara sebaik mungkin….akan aku berikan kasih sayang yang tak bertepi………akan aku didik hingga jadi orang berguna….mereka berhak untuk di sayangi, dipelihara, di didik dan di manja seperti anak-anak yang lain….
dan pada mereka yang beranggapan ANAK-ANAK itu adalah ANAK HARAM…..plz……fikir-fikirkan lah….mereka yang HARAM ataupun tindakan ibu bapa mereka…MEREKA adalah SUCI BERSIH…tanpa segaris DOSA pun……..
BATRICE, mama sayang BATRICE hingga ke hujung nyawa MAMA!

>PERCEPTION

>

Salam pagi jumaat semua….just nak share something yang aku rasa berguna buat kita.  Got from my email.
LUCU
tapi kadang-kadang inilah yang selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita.
PERCEPTION


di suatu petang yg nyaman….sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..


kendian, benda tu bergerak ke badan


rasa cam kena patuk kat perut….. takkan kutu kot?


bila toleh…. rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm


saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia….lagipun saya ngantuk giler ni


tapi dia xmau, and masih patuk2 saya


pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.


tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak… rupanye mengerjakan hp tuan saya


saya pun jerit “Oi!rosak nanti, tuan marah lah”.


dia melawan lak tu


masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak


akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri


oh…. di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~

 


>Cinta Seorang Suami

>Sharing is caring.  Got from my email yang di hantar oleh seorang kawan.

*** Cinta Hati Hamba ***

CINTA SEORANG SUAMI…

 (Based on True Story)

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah  senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua.
Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun  Mereka dikurniakan 4 orang anak ….disinilah awal cubaan datang,
setelah isterinya melahirkan anak ke empat ….. tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran,  menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.  Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV  supaya isterinya tidak berasa kesunyian.walau isterinya tidak dapat bercakap,  tapi dia selalu melihat  isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas Maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil
bercerita apa sahaja yang dia alami seharian..

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka. Sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari, ke empat anak Pak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya…

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :
“Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu..”.
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya …..

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini? kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,”
ujar anaknya yang sulung merayu.

 Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
 “Anak-anakku. …. jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu  kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian…”
 
 Sejenak kerongkongannya tersekat…  
“Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini ??? 
Kalian menginginkan bapak bahagia ….  Apakah batin bapak dapat   bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….. bagaimana dengan ibumu yg masih sakit??”

Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno… Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu Pak Suyatno pun menangis….. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan rasa terharu… Disitulah Pak Suyatno bercerita…

Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur… Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …. Sewaktu
dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… mencintai saya dengan  sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata. ..  dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…  Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu
merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. ..  apalagi dia sakit! Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu  kepada Allah di atas sajadah
supaya meringankan penderitaan isteri saya.   Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan   segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .  Amin…

 Kisah yang wajar kita teladani
  

>

Get this email from my friend………Thanks As. Just want to share !
THIS IS PRETTY GUT WRENCHING I CAN’T BELIEVE SOMEONE COULD DO THESE THINGS
This is so terrible,I won’t tell you what I would do to parent like this!!
Let’s Help Stop This !!
Please be AWARE that there are some UPSETTING PICTURES in this email.
My name is Sarah I am three, my eyes are swollen I cannot see .

I must be stupid, I must be bad, what else could have made my daddy so mad?
I wish I were better, I wish I weren’t ugly, then maybe my Mommy would still want to hug me.
I can’t speak at all, I can’t do a wrong or else I’m locked up all the day long.
When I awake I’m all alone the house is dark my folks aren’t home.
When my Mommy does come I’ll try and be nice, so maybe I’ll get just one whipping tonight. Don’t make a sound! I just heard a car my daddy is back from Charlie’s Bar.
I hear him curse my name he calls I press myself against the wall.
I try and hide from his evil eyes I’m so afraid now I’m starting to cry.
He finds me weeping he shouts ugly words, he says its my fault that he suffers at work.
He slaps me and hits me and yells at me more, I finally get free and I run for the door.
He’s already locked it and I start to bawl, he takes me and throws me against the hard wall.
I fall to the floor with my bones nearly broken, and my daddy continues with more bad words spoken.
‘I’m sorry!’
I scream but its now much too late his face has been twisted into unimaginable hate. The hurt and the pain again and again oh please God, have mercy! oh please let it end!
And he finally stops and heads for the door, while I lay there motionless sprawled on the floor.

My name is Sarah and I am three, but tonight my daddy murdered me.

There are thousands of kids out there just like Sarah. And you can help.
It sickens me to my soul, and if you just read this and don’t pass it on I pray for your forgiveness, because you would have to be one heartless person to not be affected by this email. And because you are affected, do something about it!! So all I am asking you to do is take some time to send this on and acknowledge that this stuff does happen, and that people like her dad do live in our society , and pray for child abuse to wither out and die, but also pray for the safety of our youth.
Please pass this poem on as a Blue Ribbon Against Child Abuse because, as crazy as it might sound, it might just.

Nauzubillah, semoga kita semua di jauhkan dari kekhilafan seperti ini. Anak2 adalah amanah paling berharga pada kedua ibu bapa.

>Salam Jumaat

>Assalamulaikum………….and salam jumaat……..

Pepagi lagi…….dah ambil berkat jumaat…………mmg every jumaat, office zana nie buat kelas membaca Al-Quran………my boss ckp…….. xyah guna perkataan “membudayakan” coz membaca al-quran tu bukan satu budaya…….tp kewajiban……….

Mari kita berkongsi sedikit ilmu di hari jumaat ini………semoga sama2 kita mendapat berkatnyer…amin……..

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.

Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.

Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dengan Zulaiha, Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib, Rasulullah saw dengan Khadijah, Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad. (I also bernikah pada hari jumaat – 26 Mac 2004. Ambil berkat orang kata)

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. ” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.”

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda:

“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:

“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

>I’M IN THE 93% – YOU?

>

Forwarded by email …

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practised in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.

As he was walking back he saw Grandma’s pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching!

Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, ‘ Fatima , let’s wash the dishes.’ But Fatima said, ‘Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.’ Then she whispered to him, ‘Remember the duck?’ So Ahmed did the dishes.

Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, ‘I’m sorry but I need Fatima to help make supper.’ Fatima just smiled and said, ‘Well, that’s all right because Ahmed told me he wanted to help.’ She whispered again, ‘Remember the duck?’ So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.

After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima ‘s, he finally couldn’t stand it any longer.

He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, ‘Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let Fatima make a slave of you.’

Thought for the day and every day thereafter?

Whatever is in your past, whatever you have done… and the devil keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)…whatever it is…You need to know that Allah was standing at the window and He saw the whole thing. He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven.

He’s just wondering how long you will let the devil make a slave of you.

The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not only forgives you, but He loves you. It is by Allah’s grace and mercy that we are saved.

Go ahead and make a difference in someone’s life today. Share this with a friend and always remember: Allah is at the window!

If you are one of the 93% who will stand up for Him, forward this with the title ‘I’m in the 93%’.

Would you believe 7% of people won’t forward this?

SUBHANALLAH.

Make a difference??

>63 PETUA BAHAGIA

>Just nak share sedikit info yg zana ambil dari berita Harian Metro – 20 Nov 2008 (khamis)

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaa, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.

Dalam melayari rumahtangga berdua, pasti byk onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi & keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga :

1) doa yg berterusan
2) patuh ajaran agama
3) murah dgn pujian
4) murah dgn khidmat
5) murah dengan belaian kasih sayang
6) murah dengan sentuhan
7) mencari kebaikan pasangan
8) cari masa berkomunikasi, berbual @ bergurau senda
9) cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
10) menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
11) menilai diri daripada perspektif pasangan
12) berfikiran terbuka – boleh tegur menegur
13) berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara
14) menilai & memberi keutamaan dalam kehidupan
15) tolak ansur
16) menghormati dan mengambil kira “gerak batin” (intuition) perempuan
17) tidak mengejar kebendaan semata-mata
18) sedar bahawa perselisihan faham kadangkala tidak boleh dielakkan
19) mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
20) sanggup berkorban buat pasangan
21) menghormati pasangan
22) berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yg ada
23) perhubungan seksual yang sihat dan diredhai
24) menghormati perbezaan dalam diri pasangan
25) sentiasa bermaafan sebelum tidur
26) sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
27) meletakkan hak kepada pasangan
28) tidak menjadi hamba kepada pasangan
29) berubah secara kecil-kecilan utk meningkatkan kebahagiaan
30) mengawal marah. Buat perjanjian
31) mencari penyelesaian dalam situasi “menang-menang’
32) muhasabah hubugnan untuk mencari punca masalah
33) menghormati sifat semula jadi pasangan
34) memahami peranan “pasangan”
35) hubungan perasaan sesama pasangan
36) jangan simpan ketidakpuasan hati, sedih, marah atau benci dalam hati
37) bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yg tahu
38) sengaja merancang utnuk membaiki hubungan suami isteri
39) tujuk kali puji dan satu teguran
40) sebut I LOVE U sepanjang masa
41) banyakkan bergurau dan bermesra
42) sentiasa berterus terang
43) beri masa untuk perubahan berlaku – sabar
44) elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
45) elakkan salah pasangan
46) cari titik pertemuan
47) selesaikan masalah hari ini pada hari ini jugak – tidak bertangguh
48) lebih banyak memberi daripada menerima
49) minta nasihat, pandangan atau maklumbalas daripada pasangan
50) sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja & sebagainyer
51) seimbangkan hubungan dari segi :-
a) mental, pendidikan & ilmu
b) emosi
c) fizikal & ekonomi
d) sosial
e) spiritual
52) jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
53) tidak terlalu mengongkong
54) tidak bertindak bersendirian
55) memberi peluang untuk berbeza :
a) pendapat @ pandangan
b) hobi
c) kegemaran
d) makanan
e) cita rasa
f) warna pilihan dan pelbagai
56) humor atau lawak dari semasa ke semasa
57) minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
58) berwawasan dan berpandangan ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
59) tidak meminta yg bukan-bukan
60) bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumahtangan
61) mencari kelainan dan perubahan positif
62) elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun
63) redha, syukur dan tawakal kepada ALLAH s.w.t