Category: nuffnang


>Awek Kaki Gebu

>uish……….gebu ker? ha ha ha….ada2 jer korang nie kan…..

sapa ler yang search AWEK KAKI GEBU nie yerk……sampai boleh masuk kat blog aku.  hurm…ada ke entry aku yg berkaitan ngan kaki? confuse di situ.

ha ha ha….lantak korang lah kan……..hari tu mak mertuaku gatal..nie awek kaki gebu plak……..mcm2 hal.

lepas nie try search AWEK MATA STIM plak yerk…kot2 keluar muka awek mcm kat atas nie kan.

>iPhone4

>ait….sejak 2-3 hari nie…..iklan iphone 4 nie dok menari2 kat headear aku tu….cam ada apa2 jer……nak kasi iphone 4 tu secara percuma ker apa? he he he he….

register line orang kuning ler camnie……..leh gark pakai iphone 4 nie…..

why iphone 4? ……..korang bc ler detail kat bawah nie yerk

tp………rasanya tak berbaloi kot kalau aku pakai! hu hu hu….takat pakai henfon utk call and send mesej jer….tak yah ler pakai yg mahal2kan…he he he……
dapat NOKIA X5 or N63 pun kira ok lerrrr…….

>Cash Out Sudah

>merajuk punya pasal.terus cash out earning yang tak seberapa dengan harapan nuffnang bersimpati tengok account aku yang dah ZERO tu…mana tahu kan……..he he he he

and alhamdulillah…….sejak mendaftar dgn nuffnang…3x dah cash out…and total sumer baru RM416.76. Jadi ler kan…dari tak dpt apa2……….orang lain ribu riban dapat….aku dpt RM400 nie pun dah cukup syukur.  Bukan buat apa pun…nama pun suka2 jer berblogging nie…

tp kalau nuffnang baik hati nak bagi lebih2 pun takpe……..aku terima dgn REDHA.  Orang kata REZEKI JANGAN DI TOLAK, MUSUH JANGAN DI CARI.  betul tak?

*** jgn jeles……JOHOR cuti lagi hari nie. Sempena Keputeraan Sultan.

>Merajuk ngan Nuffnang….

>hu hu hu…..apa lah salahku kan….sampai hati nuffnang tak nak bagi BE kat aku…….sedih sedih……..

last week punya UV = 8++ ……..still tak memenuhi syarat ker utk dptkan BE……..yelah, blog picisan jer kan…..sampai hati nuffnang….sedih sedih sedih.!

>World Working Day

>

The World Walking Day is an event to celebrate that simple form of motion we do everyday. Walking burns calories, tones muscles, shapes your body and helps de-stress your mind. There are so many benefits you could enjoy from walking

Where:
Kuala Lumpur: Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa
Penang: Polo Ground, Jalan Sepoy Line
Kuantan: Padang MPK 1
Johor Bahru: Taman Sri Stulang
Penampang: Sports Complex Stadium
Kuching: Waterfront

Same date. Same time.

 
Join us on World Walking Day. But don’t come alone – the more friends and family you bring along, the more fun you’ll have. See you all there!
 
*** Lepas makan ketupat rendang masa Hari Raya Haji tu nanti…..boleh ler kita bakar kalori ramai. JOM

>The White Mission Contest

>yes…iklan DARLIE all shiny white from my nuffnang…..

syok plak melayan game nie….he he he he

and my score……

pakai DARLIE…gigi seputih gigi saya.

he he he he h……..

>Nesvita CalciPlus

>

hari Sabtu..iklan Nesvita Calciplus nie dok menari2 kat ruangan nuffnang aku……ank bagi BE ke apa…..? tp kejap ada kejap takde ler….

and kebetulan……..pagi tu, Batrice breakfast minum nesvita aku.  Beria2 dia nak minum susu mama dia nie…buatkan ler secawan…..habis ko…..sedapa katanya.  Nampaknyer..nak kena beli xtra ler lepas nie…..aku punya utk stok kat office and dia punya utk stok kat rumah.

sedappp………nesvita utk kuatkan tulang.

pagi2 b/fast ngan nesvita nie pun cukup.  Dah mengeyangkan….aku suka original punya….yg lain2 tu tak berapa nak serasi ngan tekak aku.

>3 -3 pun ada

>hebatttt………..3-3 iklan nuffnang aku berfungsi ngan baik sekali…ngeh ngeh ngeh…

and sapa perasan? takde sapa kottt………………iklan kat header tu dah almost sebulan gark ler dia duduk situ diam2 tak bergerak………MUFOR..  nie namanay BE erk..? aku nie bukan nyer faham sangat pun pasal iklan2 nuffnang nie.  Yang aku tahu…bila tiap kali check nuff punya account….insya allah, byk tu takde ler..tp at least ada gark penambahan.  

Macam nak cash out utk kali ke-3 jer …tp tunggu ler sikit lagi….

>How Many Wiggies?

>

berapa erk? 
my answer : 220 pcs
Project Alpha Season 2
is presented by
Adidas Action 3
supported by
P1 and MAS

>Glamer @ Harian Metro plak

>

va va va…mak bangga lagi…muka aku keluar papers….kali nie edisi HARIAN METRO plak.  Tp online x nampak ler plak gambarnyer…tengok HARIAN METRO real…..jelas sejelasnyer muka aku terpampang ko…..glamer jap aku…sambil bc paper tu sambilaku jeling2 hubby kesayangan aku…kot2 ler dia tak perasan kan…..he he he h…tp hubby aku buat dono jerrrr………..ceh…nyampah tau…..jeles ler tu, muka wife dia yang comel nie interframe kat surat kabar…..

So, pada sesapa yang join GATSBY STREET FAIR – 17 April lepas…..sila ler kelebek-kelebek HARIAN METRO semalam yerk…..kot2 ler muka korang pun terpampang sama….tp yang pasti…muka aku ler kemain comel di situ…wah gitew…tak lupa Pak Radie lakinyer Pn Filla pun ikut interframe sekali….Pn Filla tak kelihatan plak…ke aku yang rabun tak perasan pn Filla dok tertenggek sebelah Pak Radie tu……he he he

500 blogger berhimpun

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/05/12
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DUNIA siber semakin berkembang menyebabkan lahirlah ramai blogger yang aktif dalam pelbagai bentuk penulisan. Namun, apa yang sering digalakkan adalah penulisan yang sihat dan mampu menjana minda masyarakat yang mengikuti blog berkenaan.
Baru-baru ini, lebih 500 blogger dari seluruh Malaysia berjaya mencipta satu sejarah baru apabila menjayakan Temasya Jalanan Deodoran Gatsby.
Ia berupa perhimpunan blogger terbesar di Malaysia, justeru berjaya melorek acara yang unik itu ke dalam Malaysia Book of Records.
Blogger dari Nuffnang Malaysia, komuniti blog pengiklanan terulung di Asia Pasifik turut hadir beramai-ramai pada temasya itu yang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik. Karnival itu berlangsung di Berjaya Times Square Boulevard, Kuala Lumpur baru-baru ini, dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Temasya Jalanan ini anjuran Gatsby jenama kosmetik lelaki tersohor di Jepun, dengan sokongan Nuffnang Malaysia.
Acara itu juga sebahagian kempen mempromosikan jenama baru Kawalan Berganda Siri Deodoran (Double Protection Deodorant Series) dan untuk memupuk budaya blogging secara sihat dan kecenderungan untuk berekreasi kepada rakyat Malaysia.
Antara aktivitinya, bloggers blogging serentak secara beramai-ramai. Permainan lain termasuk Snake & Ladder, Rocky Mountain, F1 Kraze, Krazy Beans, Can Smash, Balingan Bola dan Electrifying Maze.
Peserta dari pelbagai lapisan umur dilihat menikmati keseronokan dan keceriaan dengan mencuba kemahiran mereka di lebih 40 gedung permainan yang disediakan penganjur. Masing-masing ceria kerana pulang dengan hadiah menarik dari Gatsby.
Deodoran terbaru itu menawarkan beberapa variasi produk bermutu seperti Crystal Musk, Fresh Fougere, Lime Green, Ozone Blue dan Woody Fourgere. Ia boleh didapati dari jenis deodoran sapu dan siri perenjis semburan wangian. Orang ramai yang hadir pada karnival itu turut diberi peluang mencuba pelbagai deodoran itu. Karnival itu juga diserikan dengan kehadiran Pengasas PJN & Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi, Presiden Mandom (M) Sdn Bhd, Chin Choon Keng, Timbalan Presiden Mandom (M) Sdn Bhd, Kuniyuki Ota dan dan pengasas bersama Nuffnang Sdn Bhd, Timothy Tiah.