Category: Tadika Batrice


>Hasil air tangan Batrice

>

dan hasilnyaaaaaa……..
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Amacam? ada bakat tak?……….
mama dia tolong cover sikit2 tu…..
hik hik hik hik
kira ok cover sikit2 tau..
ada tu, bukan peserta yang kalerkan..
tp abang, kakak yang tolong..
mentang-mentang ler penganjur bagi kelonggaran ibu/bapa boleh tolong sekali
habis 1 gambar kakak/abang/emak/bapa yang warnakan….
peserta @ anak
pergi main…
hu hu hu hu
Complaint?
nanti orang cop aku OVER plak…
takpelah..
Batrice join pun untuk suka-suka jer pun
yang penting dia dapat pengalaman & pendedahan
and
dia BERANI.
BRAVO ler my baby princess

Advertisements

>

Ahad ………hari cuti pun kena gark bangun awal-awal. Tp demi anak……sanggup ajak.  Selain laling hubby yang ke Sabah that day………..si Batrice pun ada acara gark pagi tu.  Batrice di antara 5 orang kawan sekelasnya terpilih untuk menyertai PERTANDINGAN MEWARNA Kanak-Kanak Tabika anjuran 
 bersama pelajar UTM Skudai and KEMAS daerah Kluang.  He he he he…tetiba mama dia plak terbangga.  And antara 5 orang tu…Batrice yang paling muda coz’ dia baru 4 tahun…..kawan-kawan dia yang lain dah 5-6 tahun.  So, harus ler mak berbangga kan…!
So, seawal 7.30 pagi we’ll gerak dari rumah and sampai ke tempat pertandingan before 8 am.  Tp biasalah kan….bab2 camnie…..even ikut majlis pukul 8 am dah start…8.30 pun belum tentu lagi start.  Pertandingan start around pukul 9 gark lerrrr……sempat ler papa dia tengok sekejap anak dara dia mewarna.

Around pukul 10.30 baru settle sumer mewarna.  Lepas mewarna…ada plak jamuan ringan untuk para peserta and ibu bapa…………ala, simple2 jer pun….tempat duduk pun tak di sediakan…….so, pepandai ler memasing bawa diri kan………..

Jadi ler……..jamu perut tepi pagar sekolah…………diaorg served mee hoon goreng and air oren, sirap and laici sejuk. Nyaman……………panas2 minum ais….mmg terbaikkk lerrr…….

hu hu hu….breakfast pun tak sempat pagi tu………tu yang Batrice kemain bersungguh makan even mee tu pedas sikit…..kelaparan ler tu.  Yang sebelah tu…adalah Najwa. Kawan sekelas dia yang sama-sama masuk pertandingan tu…..Najwa umur 5 tahun….tp kalau tengok dari segi size…..Batrice besar lagi dari si Najwa nie…he he he….al-maklum, Batrice ngikut baka MAMA dia nie hah…cam gergasi.  hik hik hik

Nak tengok ke hasil air tangan batrice?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TUNGGU……………………

>Lebam.

>Ini adalah betis anak dara aku yerk….hu hu hu hu…nampak tak lebam tu…….alkisahnya…ini adalah lebam yang pertama bagi bulan April.  Kalau nak di kira since dia masuk tadika nie adalah….3-4 kali kaki dia lebam camnie………sedih ok !

Tahu pasal apa jadi lebam nie………gara2 kawan dia tolak dia time diaorg buat aktiviti gosok gigi. Biasalah kan….bebudak tadika kemas mmg akan ada xtvt gosok gigi beramai tepi longkang lepas sessi makan. So, this time budak nama R*z*k yang buat.  And setiap kali jadi camnie……Batrice akan ckp nama budak yang tolak dia……..sian anak aku.

Aku nie bukan jenis yang suka nak complaint2 sangat pun……aku anggap benda nie asam garam bebudak kat tadika tu…..dah ramai2 kan……biasalah tu….lagipun bebudak nie……bukan boleh nak di katakan pun…..ikut hati depa jer……tp yang aku jadi tak puas hati bila kejadian nie berulang-ulang dan boleh di katakan setiap bulan sure ada kejadian mcm nie……..hati mak mana yang tak sakit!…hu hu hu …..kadang2 pujuk gark hati nie….tp bila dah selalu sangat benda nie jadi kat anak aku……rasa terkilan gark…..balik2 dia jer yang kena….Batrice nampak jer aktif…garang…tp dia tak reti nak balas balik…….paling kuat pun dia ngadu or ckp kat budak yang buat dia tu “tak baik tau!”. Tu jer….kata nak balas balik ker….nak marah jer…jgn ler harap….memang we’ll ajar dia macam tu………takut dia buat benda tak baik kat kawan-kawan dia….tp bila dah macam nie……..aku rasa, perlu gark ajar dia untuk bertindak bila kawan dia buat dia macam tu…..at least, kawan dia takut nak buli dia lagi……..

So, agak2 perlu ke aku jumpa cikgu tadika dia complaint pasal perkara nie?

>A,B,C, D & E

>

Alhamdulillah…progress menulis Batrice dah semakin baik…if dulu setakat boleh sambung-sambung titik jer…and now….tanpa titik tu pun dia dah boleh buat huruf A, B, C, D, E & F. Alhamdullah….

D….even rupa bentuk tu tak cantik ler sangat kan…tp dah nampak ler itu huruf D….gitu ler kerja dia tiap2 cuti sekolah…..melayan buku latih tubi yang mmg ada 3-4 aku belikan since dia mula sekolah nie.  Kadang-kadang hari biasa pun if mood dia rajin….dia buat jugak.

E, pun dah memang nampak rupa E tu kan…bangga kejap aku di situ. Yup my dear….aku tahu, ada anak-anak korang yang seawal 3 tahun dah boleh tulis A, B, C – Z dengan jayanya…..anak aku umur 4 tahun baru ler reti nak menulis….tp as MAMA….aku tetap berbangga dengan pencapaian anak aku. 

Moga anak mama terus rajin-rajin belajar k.

>jom makan kongsi2 dalam dulang.

>

Sabtu yang sudah….ada sambutan kecil-kecilan sempena Maulidur Rasul kat sekolah tadika Batrice……supposed berkumpul pukul 9.30 tp….we’ll sampai dah pukul 10 dah…tak sempat nak tengok bebudak beratur sambil berselawat……….sampai2 jer terus masuk kat balai raya…dengar ceramah pendek oleh ustaz jemputan.

Sambil2 tu aku menolong apa yang patut…coz’ nampak cam sibuk jer memasing nak sediakan juadah untuk jemputan nanti…….

si Batrice plak….merengek2 nak  kan bungkusan jajan yang bebudak lain dapat….padahal bungkusan jajan tu untuk budak2 kelas depan…..dia kelas belakang…so, mmg sumer geng2 dia tak dapat…tp bebudak kan..mana leh budak lain ada dia takde…….so, ngan muka tak malu…..pergi ler minta ngan cikgu leha…cikgu kelas depan……..nasib baik ler cikgu leha tu kenal baik ngan nenek awak Batrice…dpt ler seplastik…

yang nie Rehan….sama kelas ngan Batrice…tp tua dia setahun dari Batrice kalau tak silap aku ler….nampak Batrice pegang jajan sebungkus ………terus berkepit ngan Batrice…Batrice plak bab makan nie kalau ngan kawan yang dia kenal…mmg tak kedekut…sanggup share bersama-sama….tp yang aku tak berkenan ngan si Rehan nie…udah ler menumpang makan jajan2 tu ngan Batrice…dia buat cam hak milik mutlak dia plak…geram jer aku….

ko tengok……air kotak pun sanggup share berdua….tp lepas tu, tukang habiskan si Rehan nie…

Antara ibu bapa yang hadir…………..so, lepas ceramah ringkas….ramai2 selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad…………..siap ada bunga telur lagi tu…………………then ada persembahan Nasyid dari kanak2 tabika kelas depan……..kelas Batrice tak terlibat pun.

oppss………yang nie a’im……..comel jer…padahal sebaya ngan Batrice……..yang nie ok ler kalau di buat kawan pun…tp biasalah…bebudak kan……..nakal jer sama jer ngan anak dara aku tu…..

Nie ler kumpulan Nasyid kelas depan………comel jer aku nengok depa menggayakan sambil nyanyi Nasyid.

Batrice sibuk nak merakam….si a’im plak sibuk nak pegang sama…..

Lepas nasyid baru ler acara makan beramai-ramai share dalam dulang……….lama dah tak merasa aktiviti2 macam nie…………..seronok Batrice makan. Berselera sungguh..

Korang tengok…….si Rehan still nak menyempit sama-sama ngan Batrice……….padahal mak pak dia ada kat belakang nun makan berdua……….ha ha ha…tak kisah ler..janji depa main takde gaduh-gaduh.

*** tengah-tengah syok mak dia menyuap nasi dalam mulut……tetiba Batrice cakap :

“mama…nak berak. tak tahan nie”

adeh….potong stim betul ler kamu nie kan……

>macam-macam lagu Batrice belajar kat school dia..tiap2 hari balik…….dok mengulang ler lagu apa yang dia belajar kat sekolah…

jom layan lagu baru dia belajar last week…….

tak tahan ok tengok….siap buat gaya ular cam ikan dah…ha ha ha…..ada ker baju cekak musang corak ular sawa erk? …ganas sungguh…

*** bab menghafal lagu, dia laju jerrrr………cepat jer tangkap.

>hasil tangan keras Batrice……he he he…yang aku confuse tu….apsal ler meja tu hitam legam di kalerkan ngan kaler hitam…bukan patut kaler coklat ker………..adoi ler……

Bag – pink (sangat sesuai ler…coz’ beg dia pun memang kaler pink )
telur  – putih dan kuning….wah…bijak2…
kerusi – hijau (stool dia kat rumah nie memang kaler hijau)
apron – ngikut kata mama dia ler tu…tu yg jadi kaler biru campur merah campur pink….

nak tengok ker cara dia mengaler…………………?
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok lagi kan…even terteleng2 kepala tu nak mengaler kan poket kat apron tu ngan kaler merah…tp bunga kaler purple…..
.

steady lagi……apron dah bertukar jadi kaler biru dah tu….

hamik ko….time nak kaler renda2 kat apron tu…..berpusing2 hah dia mengerjakan….bukan buku yang berpusing….dia yang berpusing…..tersenget2…….

ha haha…gitew ler gamaknyer…kalau mak ko dulu….buku yang berpusing2….360 darjah dian punya pusingan tu……nie turun kat anak…anak nyer plak yang berpusing…..

alhamdulillah…even tak kemas mana tak cantik mana…..bab mengaler dia ok..keluar sikit2 tu…adat ler yerk …budak umur baru 4 tahun..mak ko dulu….umur 4 tahun tak reti apa2 lagi…ko dah siap boleh mengaler dah…

bab menulis dia ada payah sikit…byk main……kalau ikut dot2 tu ok lagi…..tp bila dot2 dah habis….ntah apa2 dia buat…..ayat feveret dia : mama ler ajarkan….ngan kata lain…dia suruh kita pegang tangan dia…..tulis huruf apa yang nak kena tulis tu….payah2…..takpelah hai anak…slow2 k….mak ko dulu pun…bukan pandai terus…..

>

 Aku memang SALUTE ler kat cikgu2 tadika nie…..lebih dari cikgu2 sekolah rendah or sekolah menengah coz’ cabaran cikgu2 sekolah tadika nie lagi hebat kalau nak di bandingkan ngan cikgu2 yang lain…..dia yang mengajar bebudak tu mengenal huruf…mengenal nombor…..belajar menulis, belajar melukis, belajar mewarna…belajar menyanyi dan belajar berdikari. Dan mereka adalah orang-orang yang di kurnikan tahap KESABARAN yang cukup tinggi……..kalau tak..camne diaorg nak handle bebudak yang umur baru nak masuk 4, 5 dan 6 tahun tu…kalau takde KESABARAN yang tinggi..silap2 anak korang sehari jer lah pergi school…coz’ takut ngan cikgu….

Aku mmg takde talent nak jadi cikgu tadika nie……..

anak dah sekolah….so, excited ler aku bila balik2 check buku dia ada teacher dia bagi homework…bukan apa pun…suruh buat huruf ‘A’ besar and ‘a’ kecik jer pun.  Tapi aku punya excited cam dia bawa balik homework addmath ke apa……giler teruja kan…

Tapi korang tengok ler…….muka budak yang bawa balik homework nie….muka MALAS…geram aku! suruh buat kerja sekolah dia kemain lagi banyak benar alasan dia…

“Echa tak pandai ler mama”
“Echa penat ler mama”
“Echa ngantuk ler mama”
“Mama buatkan untuk echa jer lah”

Mamanyer plak…..bukan ler di kurniakan tahap KESABARAN tertinggi untuk layan kerenah dia tu…..maka, terjadi ler drama airmata rajuk merajuk…ha ha ha…….giler poyo…budak umur 4 tahun refused nak buat kerja sekolah, mama dia over plak emo di situ…..keh keh kehe…poyo errkk……!

Lepas berakhir drama airmata sampai Batrice termuntah2….haip! budak nie kalau nangis mmg ada side effect sikit…dia akan muntah……tapi bagus bila dia muntah..coz’ lendir2 semua keluar…. Bila dah jadi camtu….aku mandikan…aku bagi susu sebotol…ok sambung buat homework awak tu balik..Tapi befor tu…aku kasi homework special utk dia practice buat huruf A besar nie dulu.  See…mak berusaha ok nak bagi anak tu lebih cekap buat……

Setakat bagi buku…then buat A titik2 4 kali …pastu biarkan budak tulis tanpa guide…..mana nak dapat…ha ha ha ha ha..

wokeh……jom kita praktice buat……

5 minit pertama………..tekun gark ler Batrice mengadap…….masuk minit ke 6 – 7…dah start dah  nak main2…kenat tarbiah tadi pun kejap jer masuk kat otak tu…ulang balik nak main2 dia tu..

berhenti minum air…tp try tengok mata dia pandang mana? pandang tv ok………perlukah aku kuatkuasakan bahawasanya semua kerja rumah tu buat kat bilik….no tv, no radio. Perlukah…….ha ha ha….

takpe….ktia bagi chance dia main2 lagi yerk……masuk bulan ke-2 nanti…jgn harap ler nak main2…kalau tak belajar buat…camne nak pandai yerk sayang……

Cukup setengah jam dia buat latihan yang aku bagi tu…..terus ckp nak stop….ngantuk..nak masuk tido…huwaaaaa……sentap mak ko…kerja sekolah tak siap lagi tu…..

*** Sudahnya pagi tadi nak pergi kerja…..dia ckp kerja sekolah yang teacher bagi tak siap lagi…tau pun ko kan……sapa suruh masuk tido awal2 sangat…selalu tu, selagi tak pukul 11 selagi tu ler mata kemain bulat terang benderang kan…main punya pasal….bila belajar…pukul 8.30 dah ckp ngantuk. Tp as Mama, mana ler sampai hati nak biarkan kerja sekolah anak tak siap kan….gigih aku tolong dia buat….bukan aku buat yerk…aku TOLONG dia buat……siap jugak..tp kesannya…..aku punch card pukul 8.10 pagi….huwaaaaaa..nasib baik boss takde.

>Malam Jumaat Yang Sejuk

>sejukkkkkk………………..rasa cam malas nak bangun jer pagi nie….nak2 malam tadi marathon 23cm kan…keh keh keh…haip!…suka korang erk.

jumaat dah yerk!
cepat tul….nak2 aku cuti 2 hari minggu nie…so, lagi ler terasa cepatnyer dah sampai hari jumaat
tp takpe….aku suka…sebab! Batrice cuti…aku pun cuti…so, boleh bangun lewat sikittttttttt….hu hu hu hu

Pagi tadi sedikit terkocoh2 coz’ menyiapkan dua princess nie ke sekolah.  Yaya mimpi apa ntah, nak ikut balik rumah sekali……nasib baik, pagi tadi dia ok bangun pagi……kalau tak..lagi ler mak long ko nie panic takut lambat.

>2nd day punya cerita

>

2nd day at school…..kemain rancak dia……sampai2 pagi tu….salam2 ngan mama dia..masuk kelas tanpa banyak kerenah…..ohhh lupa plak…..setiap hari selasa & khamis bebudak nie kena pakai tracksuit and tshirt putih……hari isnin, rabu and jumaat jer pakai uniform baju kurung…tp hari jumaat bebudak perempuan wajib pakai tudung…bagus kan….tp kalau tak suruh pun, mmg aku nak pakaikan dia tudung tetiap hari jumaat……

11.45 am aku dah terpacak lagi kat luar bangunan kelas dia….ngendap apa yg dia buat…wahhh…syoknyer dia..dok gelak2 time cikgu ngajar kat depan……cikgu dok suruh sorang2 ke depan belajar ABC…dia ngan Yaya dok bergelak ketawa bertepuk tampar kat belakang…..agaknyer dia dah kena ke depan kot…tu yg dia boo layan cikgu ngajar kengkawan dia kat depan…adoi lerrrrrr!

Balik rumah….1st thing yg aku check…barang2 stationary dia….adoi ler…baru hari ke-2, colour pensil dah berkurang 3 batang…baru 2 hari tu…..cukup setahun…silap2 ngan kotak2 sekali tak nampak bayang….tp takpelah…..dia share kaler tu ngan kengkawan kot…..ada ler tu yang tersalah masuk kot……aku siap tanda lagi setiap batang pensil colour dia tu…NBQ = Nur Batrisya Qistina…ha ha ha ha……yes! setiap barang dia aku letak nama dia….pencil case, pensil dia tiap2 batang…aku bekalkan 2 batang jeer pun, pembaris, pemadam, pengorek, kasut pun tak terkecuali…..

masuk kereta….aku hulur roti sosej kat dia…..wah..kemain laju dia makan…mcm lapar bebenar…padahal kat sekolah tadi, cikgu dia cerita…2 mangkuk mee dia makan……….seketul roti pun tak cukup rupanya….siap order nak lagi…tp nak buat camner…tinggal seketul jer pun..lagi seketul mama dia dah baham……..

Baguss….lately aku tengok selera Batrice dah ok balik.  paling suprise masa pergi majlis kawen pak cik aku sabtu lepas……….2 kali bertambah……and balik sekolah semalam pun……aku dah siap masak, makan jugak kat rumah…nak2 ada kerang favourite dia tu……suka aku!