Category: Wedding Anniversary


>7 Tahun yang lalu…………….

dan kini……..setelah 7 tahun mengharungi hidup bersama-sama. Penuh suka dan duka……kesabaran, persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang adalah kunci pada sebuah perhubungan yang berterusan. Marah, gaduh, merajuk….adalah asam garam dalam sebuah perkahwinan. Alhamdulillah, ikatan kami masih terpelihara, kasih sayang antara kami kian mendalam.  Terima kasih ALLAH keran pelihara hati kami berdua untuk tetap teguh antara satu sama lain walaupun berjuta halangan yang tiba.

>6 tahun yang lalu

>

6 tahun yang lalu…di tarikh yang sama, hari yang sama dan waktu yang sama……..sahlah aku bergelar seorang ISTERI kepada suamiku HEMLIN bin MOHD. ALI dengan sekali lafaz……..berguguran lah airmata kegembiraan, kesedihan dan kesyukuran………

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN PAPA

TERIMA KASIH BUAT SEGALA-GALANYA…….KASIH SAYANG, TUNJUK AJAR dan PENGERTIAN dalam kita melayari kehidupan BERUMAH TANGGA bersama.

Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke akhir nya dan semoga Allah mengurniakan kita dengan kehadiran cahaya mata lagi.  Amin.

>

citer basi…….act nie time makan2 kengkonon sempena anniversary last thursday…….just makan2 @ pizza hut coz’ esoknyer baru makan besar ngan whole family…….double celebration……anniversary us and besday my FIL……..

Agak2 korang ler……….apa budak kecik conet tu buat erk……………?

apa lagi…….main sudu garfu ler………kalu x di bagi……..melalak cam apa…………

Tp……….meragam cam mana pun anak2 nie……….bila tengok muka innocent depa…….harus terbang melayang perasaan marah tu kan…………..

Mmg x akan sanggup nak marah punya………….itulah miracle bebudak nie………

we’ll order set pizza & pasta………….I nie dah kureng sikit ngan pizza…………tp pasta nie sgt sedap oooo……..creamy jer…………laling hubby telah di paksa oleh I utk “test”………yelah, dia tu segala mala spagetti ker pasta ker……..x kena ngan tekak dia………dah di bagi “test” yang nie…….dia plak over menceduk masuk mulut dia…………

Hu hu hu……..daku makin mengembang dengan jayanyer…………menci taaau………
balik kampung hari………..jiran2 pakat tegur……makin bulat, makin mengembang….oooo…….sgt sakit hati…..tp x leh ler nak marah kan……………nanti di cop kurang ajar plak……..tp seriously….I mmg dah bertambah2 kembang nie………..nak kata makan banyak ……..idak jugak……..rutin setiap hari esp hari bekerja……..makan pagi pukul 9.30……..tp dah ambil makanan berat lerr………sampai ler ke mlm…………kekdg malam pun x makan……..kalu makan pun ambil yg sup2 jer…………tp camno badan makin mengembang erk……………confuse nie?

Nak tambah menanah lagi hati nie ngan issue berat badan……..my boss dah siap tegur ……..hu hu hu……….act, my boss tu peka sikit ngan PA dia nie………jerawat sebijik kat pipi pun dia leh tegur……inikan plak badan PA dia dah bertambah kembang……….korang tahu tak camno dia tegur……….cara halus beb!!!!!

” zana………cuba u tengok kat cermin tu” ……….cermin sliding door kat bilik dia……
i pun tengok ler………..xde apa2 pun……..pastu i buat ler pandangan confuse ngan dia……….
dia nengok I pastu dia gelak plak………..cisss……..maksud tersirat betul ler………
bila masuk bilik I balik………baru dok terpikir………….
ooooooo……..dia suruh tengok cermin tu suruh I tengok diri I yg dah makin mengembang nie……
hu hu hu hu………….kalu leh cekik………….gue cekik2 boss gue tu………..

alert tul ler org tua tu………..

Lepas makan @ Pizza Hut tu sebenarnya we’ll gi tengok wayang plak………laa……..kata hari menyambut anniversary………harus ler berpoya2 kan…………hari tu pun I ambil 1/2 day sebenarnya………….

We’ll tengok citer “Knowing” …….best gark………..korang gi ler yerk……………cuma ending tu cam x masuk akal plak……..tp jalan citer mmg amat mendebarkan…………….

tu jer……………xde citer nak update sebenarnyer………………..not in gud mood……..bendera merah nak naik kot………tu pasai jadi camnie nie………….

opppsss……………mlm tadi anak dara tu nak kena selsema…….tido dekat pukul 12 am………main sana main sini………….agaknyer nak tido x selesa kan…….siap ckp…….”mama…….idung icha akit”….hu hu hu………lepas bagi ubat selsema yg mmg ada standby kat freezer tu……..baru ler lelap ………..sempat gark sapu vick kat idung dan dada dia……..tp bising x selesa bau vick tu…..asyik suruh mama dia lap vick tu…….camno nak baik…….malas nak layan……….bobok bobbok…..about 10 minutes later……dah wassalam……………hu hu hu……..minggu ini adalah minggu yg letih……………………….

>

**DOA ISTERI UNTUK MENYATUKAN HATI SUAMINYA DENGANNYA**

أللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُوَكَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيمِ وِجْهِكَوَعِزِّ جَلاَلِكَ اِذْ يَسَّرْتَ لِي هَذَا الزَّوْجَ, أللَّهُمَّأجْعَلْهُ قُرَّةَ عَيْنٍ لِى وَعَوْناً عَلَى طَاعَتِكَاللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ سُكْناً وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةًاللَّهُمَّ حَبِّبْنِي اِلَيْهِ وَحَبِّبْهُ اِلَيَّوارْزُقْنَا الذُّرِّيَّةَ الصَّاِلحَةَ لَّتِى بِصَلاَحِهَا صَلاَحَ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا اللَّهًمَّ اجْعَلْ مَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيْنَ عَلِيًا وَفَاطِمَةًاللَّهُمَّ ألِّفْ بَيْنَ قَلْبِي وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا ارْحَمَ الرَّاحِمِيْنَاللَّهُمَّ اسْتُرْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُرْ عَنِّي عُيُوْبَهُوأظْهَرْ لِي مَحَاسِنَهُ وارْضَنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيْهِِاللَّهُمَّ سَخِّرْ لِي زَوْجِي,اللَّهُمَّ يَسِّرْ أُمُورِي مَعَهُ وَصَرِّفْ عَنِّي شَرَّهُوَأقْنَعْنِي بِهِ وَأقْنَعْهُ بِيأللَّهُمَّ اجْعَلْنِي بِعَيْنِهِ كَبِيْرَهُ وَفِي عَيْنِي صَغِيْرَهُأللَّهُمَّ أفْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي وَأَهْلِي وَأنْتَ خَيْرَ الْفَاتِحِيْنَاللَّهُمَّ يَاجَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي عَلَى خَيْرٍاللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ كَمَا يُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي كَمَا اُحِبُّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا تُحِبُّاللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلَّقٌ بِحُبِّكَ ثُمَّ حُبِّ نَبِيِّكَ ثُمَّ حُبِّياللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ نِعْمَتِي وَيَامَلاَذِي فِي كُرْبَتِياجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىَّ بَرْداًً وَسَلاَماًً كَمَا جَعَلْتَ النَّارَ بَرْداًً وَسَلاَماً عَلَى أِبْرَاهِيْمَأللَّهُمَّ أهْدِيْهِ اِلَى مَاتُحِبُّ وَتَرْضَيأللَّهُمَّ أَيْقَنْتَ قَلْبِي بِكَ بِأَنِّي لاَ أُهْلِكَ وِانْتَ مَعِيأللَّهُمَّ آمِينأللهُمَّ آمِينأللهُمَّ آمِين

~DOA SEORANG ISTERI~

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

Tarikh 26 Mac ………… 5 tahun yang lalu………. SAH lah daku bergelar seorang ISTERI kepada suami tercinta, HEMLIN………semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan kasih sayang di antara kita semakin subur setiap hari, papa. Terima kasih kerana menerima mama dengan segala kekurangan yang ada…………LOVE U FOREVER !

Kenangan di hari terindah :-

~ Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan buat selama2nya dan Kasih Sayang antara kita kian subur dari hari ke hari ~