Archive for January, 2011


>2 orang budak B.O.T.A.K

>yes my dear……….presenting 2 budak botak…keh keh keh keh …budak botak yang comel lagi cute lagi cun lagi hensem…and yang penting…bulat sedap kena gomol2….ha ha ha..mak long rindu ngan bau korang2.

last week..on 30th my mum buat majlis kesyukuran and cukur rambut both my niece….Aiman & Ayyunie.
but…..malam before tu…..my mum sempat cukur kan sikit rambut bebudak domot dua orang tu……aku cam confuse…so, tanya mak kenapa nak cukurkan dulu….biar ler lepas majlis baru cukur…rupa2nya…kat kampung aku now…sistem dia dah lain…tak sama cam dulu2…kalau dulu…..nama majlis cukur rambut jer…sure, ada marhaban and rambut tu just cukur jambul sikit as syarat kan…then, baru ler mak pak or atuk nenek yang uruskan bab membotakkan rambut baby2 tersebut…cam masa batrice…but now…….time majlis tu …..di cukurkan terus rambut2….ada ler yang cukurkan while yang lelain tu teruskan bacaan marhabannya.

Ayyunie yang tak sedar apa even kena golek sana golek sini…while mak tok syok memotong and mencukurkan rambut dia…dah rupa abu bakar elah dah…ha ha hah….bab pipi tu memang tak boleh blah…cam pau terlebih yis…….

Aiman pun sama….Aiman tak kisah……lantak ler mak tok nak buat pa ngan rambut nya tu….janji perut kenyang……..tu yang syok jer tadah kepala nak kena cukur ngan mak tok tu.

So, untuk mengelakkan 2 budak comel nie menghadapi proses pencukuran yang lama pada hari majlis…..so, malam tu my mum bertungkus lumus memendekkan sikit rambut cucu2 dia…….bebudak nie plak….jenis stok rambut kemain tebal…lebat and panjang…….gigih mak tok buat sorang2 one by one…ikut turn……

and hasilnya :

Aiman….he he he……a few hour before nak kena cukur 

Ayyunie…amoi tembam pun sama..a few hour before nak kena botakkan habis rambut dia tu

So…on ahad tu…..just sikit jer lah rambut yang nak di cukurkan oleh mereka2 tu kan…….
because 2 orang baby…makanya yang tukang cukur ada 4 orang….2 utk Aiman and 2 untuk Ayyunie……

ha ha ha..amoi yang tak suka orang pegang kepala dia…….bila pegang jer dia mengamuk…..if lepas…dia terkebil2 tengok orang yang cukurkan rambut dia……sampai nenek yang cukurkan dia tu…takut ngan dia…….funny ler Ayyunie……sungguh kelam kabut nak siapkan rambut awak tu…..

but Aiman…cool jer anak bujang nie…yelah, sambil di cukur dia dapat upah dari umi…makanya…..ada Aiman kesah!…lantak ler nak buat apa pun ngan rambut tu..janji perut Aiman kenyang….ha ha ha

tp….walaupun dia yang paling senyap tak berbunyi…tp dia yang paling kesian……don’t know why……makcik yang cukurkan Aiman tu tersalah step or what…sampai tercukur kulit kepala Aiman……memula ingat just tergarit sikit jer…rupanya….besar gark kulit kepala yang luka tu……nasib ler dia tak nangis time tu…..makcik yang buat tu pun a few second lepas tu surrender…tak sanggup takut terkena lag…so, bertukar tangan…..takpelah….upah budak baik……lagipun Aiman kan boy…boy kena lah strong sikit kan.

see…anak panah merah yang aku tandakan tu….tu ler tempat luka kat kepala Aiman tu. Poor little Aiman.

tomey tak saya? he he he…..amoi jepun…udah ler mata sepet..pipi labuh…pastu kepala botak ler plak…keh keh ekeh…Ayyunie yang cute.

Alhamdulillah….almost 1 hour gark ler nak menyetelkan sumer2 tu…….akhirnya siap…….

lil Aiman yang dah botak……hensem tak saya? ohh! lainnya muka kamu bila dah botak Aiman oiitttt….

Mamalong with Ayyunie….Aiman time nie ngan Atuk Mashadi dia…….makanya ada gambar mamalong ngan Ayyunie jer…..
*** walaupun hatiku pedih masa nie……tp demi si comel2 yang berada di sekeliling ku….ku gagahkan juga senyuman di bibirku ***

yeahhh! our lil botak boy and gurl…….sama tak? ha haha…bab bulat jer yang sama……..

Ayyunie Delaila Aliesya & Muhammad Aiman Rafiqi
Moga anak2 mamalong membesar jadi anak yang sihat dan anak yang bijak.

 Mamalong with dua budak botak.  he he he…sila ler abaikan muka aku yang memang tak siap time tu…..dah nak balik…lepas kemas, lepas basuh pinggan…main sarung jer tudung tu…..then masuk kereta…..uish…cam dukung anak kembar plak yerk…..dua2 pun sama besar…..

Ikutkan hati……tak nak balik malam tu….tak puas lagi gomol2 budak domot dua orang tu….tp nak buat camner…….kerja kan…kena gark balik malam tu after sumernya siap…tp time tu…badan pun mmg dah flat gilerrr…tak larat sangat2..ngan hidung yang start sroooot sreeeet jer….sepanjang perjalanan aku  lelap mata tak boleh buka…buka pun kejap2 jer….pastu katup balik…..Batrice  pun dah kepenatan seharian main jer kerjanya…..

Advertisements

>TERKINI @ 03:53:11 PM 31-01-2011
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
January 31, 2011

JOHOR BARU, 31 Jan — Banjir yang melanda Johor meragut nyawa dua wanita — seorang di Cha’ah, Segamat dan seorang lagi di Kampung Rahmat, Kulaijaya.
Kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan masing-masing yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian malam tadi.
Di Cha’ah, Rohani Ismail, 51, lemas selepas kereta yang dipandunya dihanyutkan arus deras di KM145 Jalan Johor Baharu-Seremban, kata Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Mohd Ali.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam tadi ketika Rohani bersama empat anggota keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Keratong 5, Pahang, selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Semerah, Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abdul Majid berkata kereta yang dipandu Rohani dihanyutkan 50 meter ke dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
Beliau berkata sekumpulan penunggang motosikal yang lalu di jalan itu berjaya menyelamatkan anggota keluarga Rohani, termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, tetapi gagal menyelamatkan mangsa.
Katanya gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat Rohani dua jam kemudian.
Di Kulaijaya pula, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya, berkata mangsa yang lemas akibat banjir di Kampung Rahmat dikenali Aw Yoke Lin, 53, berasal dari Taman Pelangi di sini.
“Polis menerima maklumat sekitar 9 malam tadi mengenai kenderaan jenis Hilux yang dipandu oleh Aw yang dilaporkan dihanyutkan air deras dan masuk ke dalam sungai di kampung itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zulkefly berkata lima anggota bomba dan 12 anggota polis yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat kemudian berjaya menarik keluar kenderaan terbabit dari sungai itu pada pukul 11.50 malam.
Beliau berkata Aw, bagaimanapun, didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, untuk bedah siasat.
Sementara itu, banjir ekoran hujan lebat sejak hampir seminggu lalu memaksa lebih 8,083 penduduk daerah Kluang dipindahkan dan jumlah itu dijangka bertambah sekiranya hujan berterusan. Kluang salah satu daerah terjejas ekoran hujan lebat di Johor.
Menurut jurucakap bilik gerakan banjir daerah Kluang, penduduk yang terjejas banjir ditempatkan di 43 pusat perpindahan.
“Kita jangkakan jumlah ini akan bertambah kerana kita ada lima lagi pusat perpindahan yang belum pasti jumlah sebenarnya.
“Hampir kesemua kawasan di daerah ini ditenggelami air termasuk Paloh, Kahang, Simpang Renggam dan Kampung Gajah.
“Kita masih menjalankan kerja-kerja membawa penduduk di tempat perpindahan, jumlah yang ada ini akan bertambah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut jurucakap itu, sebanyak 1,888 keluarga berada di pusat perpindahan di daerah itu.
Laporan hari ini mengatakan hujan yang berterusan di Johor memaksa lebih 1,000 orang dipindahkan selain memutuskan hubungan ke Segamat dan mengancam beberapa bandar lain, mencetuskan kebimbangan berulangnya banjir besar empat tahun lalu yang turut mengorbankan enam orang.
Seramai 1,339 orang telah dipindahkan setakat pagi tadi dengan 16 kampung di Segamat dinaiki air setinggi satu meter.
Menurut beberapa penduduk tempatan di kawasan Segamat, situasi semakin buruk berbanding keadaan yang disaksikan di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.
Dalam pada itu, dipetik Bernama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang, Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.
Oleh itu beliau berharap agensi-agensi kerajaan akan berbincang bagi mencari kaedah memperkenalkan sistem amaran awal banjir yang lebih berkesan.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, perbincangan itu perlu diadakan antara pelbagai agensi di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sistem amaran awal banjir itu perlu bukan sahaja bagi membolehkan kita menjangkakan bencana banjir lebih cepat tetapi memastikan operasi pemindahan mangsa banjir dan penggemblengan aset menyelamat menjadi lebih berkesan,” katanya selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini.
Pusat itu menempatkan 830 orang daripada 137 keluarga, yang terjejas ababila banjir melanda beberapa kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di sekitar Labis.
Katanya, segala usaha untuk memindahkan mangsa dan memberi pelbagai bantuan kemanusiaan telah digerakkan melibatkan kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Semalam saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, dan meminta beliau melaksanakan segala usaha bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau turut meminta Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.
Beliau berkata pengalaman Johor ketika berhadapan dengan banjir besar pada 2006 apabila puluhan ribu rakyat negeri itu menjadi mangsa dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan, amat berguna dalam menghadapi bencana banjir kali ini.

>

  

>

srooottt sreetttttt…..
adoi lah…..hidung dah start tak berhenti2 membuat bunyi nya yang tersendiri nie….
penangan hujan dari sabtu petang sampai lah ke hari inie….
suara pun dah lain macam dah nie….jangan ler demam…nak jalan2 esok lusa nie…hu hu hu
dah 44x bersih tak sudah2 nie….

*** thanks for those yang tinggalkan comment pada entry aku yang sebelum nie….terharu coz’ masih ramai yang prihatin dengan aku……sayang korang sumer…

Insya Allah…aku cuba jadi seteguh tembok cina…..setiap dugaan dari Allah adalah untuk menguji hambaNYA.

>

Isnin yang sejuk…..sesejuk dan sebeku itu jugak hati aku pagi ini…..Ya Allah….KAU tingkatkan lah kesabaran hambaMU ini lagi Ya ALLAH…….semoga setiap dugaan hidup ini mampu ku lalui dengan senyuman. Amin

aku tak mampu bercerita hari ini berkenaan itu…..rasanya tak cukup kuat lagi…insya allah, bila hati ini dah redha…aku ceritakan apa yang berlaku.

apa yang mampu aku katakan…..bukan aku tak mahu, bukan aku tak berusaha…tp itu semua aturan dariNYA….kita hanya mampu, berusaha + berdoa + bertawakkal padaNYA. Sekiranya DIA mengizinkan…INSYA ALLAH rezeki itu ada buat kami…tp jangan sekali2 menuduh aku yang tak mahu.
Kesabaran aku ada tahapnya…..kalau selama ini aku mampu menganggap itu semua sebagai gurauan….tp tidak kali ini…..sepatutnya majlis itu aku bergembira…tp…ke gembiraan itu di robek di rampas….sampai hati kan…..!
Ya Allah…..berikanlah kekuatan untu hambaMU ini…….kadang kala aku rasa terlalu penat nak menghadapi semua ini.

>Contest Pic Hitam Putih Paling Cool!

>

Contest Pic Hitam Putih Paling Cool

kalau saya menang RM100 tu saya HABISKAN DUIT TU BELI BAJU2 UNTUK BUDAK COMEL KAT ATAS TU..

so, saya nak tag :
Wawit
Cik Nurul Pinky
Kak Ayu
Kak Lia
and
Kak Ida

**Jangan lupa clik2 kat banner HeartBeat I nie…..if korang nak tambah pendapat selain nuffnang.**

>Got from email :

Message: Begini ceritanya…. Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. 

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut…………..Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi “Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi” Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang 

ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut…

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur’an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye… sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila………..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia…..untuk menanti ketibaan hari kiamat……………….. 

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ….timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan…buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari….sabarlah menanti…..sekian

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)
 
Hanya berkongsi untuk kita renung-renungkan…..

**Jangan lupa clik2 kat banner HeartBeat I nie…..if korang nak tambah pendapat selain nuffnang.**

>Aksi Ke Sekolah Giveaway Contest

>

Aksi Ke Sekolah Giveaway Contest

nak join bagi kategori A : PlaySchool/Kindergarden/Taska/Taski/Tabika/Tadika

**Jangan lupa clik2 kat banner HeartBeat I nie…..if korang nak tambah pendapat selain nuffnang.**

>

 STICKY MODE UNTIL 28 JAN 2011
new entry, please scroll down

vote for

(click utk Vote)
at
Friso Flaunt Your Moment Contest

he he he….jarang2 nak meraih simpati korang untuk mengundi…tp ngan rasa malu2 kucing hari nie, nak gark minta tolong korang undi pic kami berdua di atas tu yerk…..harap2 sudi lah kiranya…..

takpe…hari2 nak undi pun tak pe……i lagi suka. Kot ada rezeki menang….boleh ler I belanja korang2 yang undi tu K.

>


~ STICKY MODE ~
NEW ENTRY PLZ SCROOL DOWN

Ingin memenangi photobook di saat menyambut tahun baru??? jom join New Year Giveaway by KedaiGambarKami.

 
who is KedaiGambarKami?

“We are inspired husband and wife photographers who truly want to capture your perfect and sweet moment for your future keepsake. Be it your wedding, engagement, family potraits or your child photos, we do it passionately to freeze your magical moments!”

the product?
jom kita buat tour k!

Variaty of Photobook  to be choosen- Abadikan setiap kenangan manis dlm hidup dlm photobook yang boleh di tempah di KedaiGambarKami.
family potrait and kenangan kelahiran si kecil
Gambar2 kenangan hari raya or Wedding Picture
also
for birhtday celebration or kenangan percutian
 

not only offered variaty of photobook, KedaiGambarKami juga superb Photographer. Tak caya….
meh usha senarai kat bawah nie.

Booking 2010 and 2011
~2010~
Wedding Suraya & Mokhtar,Mersing(5 & 6 Jun )
Wedding Yani & Halim, Mersing(5 & 6 Jun)
Sis Ita & Diaz ,Kulai(30 Oktober )-done
Cukur Jambul Hani Hafsa , Muar( 6 Nov)-done
Family Potrait Ely & Keluarga, PD(21 Nov )-done
Wedding Gee & Zam, Kluang( 28 Nov)-done
Wedding Faizul & Naqsya, Batu Pahat(4 Dis)-done
Engagement Yana & Fendy , Kota Tinggi(5 Dis )-done
Wedding Nadia & Zaki, Kluang(11 Dis )-done
Outdoor Zamzarina & Khai family ( 12 Dis)-done
Outdoor Nurul and Azham Family(26Dis)
Postwedding Gee & Zam(31 Dis)

~2011 ~
Outdoor Diya Family (2 Jan)-postphoned until updated
Outdoor Firdaus Family(8 Jan)
Wedding Hafiz, Kota Tinggi(22 & 23 Jan)
Outdoor Suraya Family(29 Jan )
Wedding Syuhada Faisal (12 Mac)
Wedding Rashid & Syakila ( 30 Apr)
fuh! penuh kan…..utk tahun 2011 jer…dah ada org booking sampai ke bulan April. Nie baru jer seminggu masuk tahun 2011…..
jom usha plak gambar2 yang KedaiGambarKami dah ambil
.Family Potrait :
Wedding:
pre-wedding:
Baby:
children:
fuh…teruja babe!…terasa ingin di potrait oleh KedaiGambarKami jugak…..
lagipun…
KedaiGambarKami nie kat Kluang jer pun….
wokeh…check budget, check calendar….
nak tempah arrr ngan KedaiGambarKami.
Phewwwitttt
sloot utk hari raya ok kot!
oppsss, not only that, for blogger……nak tempah header, blog logo 
 *** eh, seperti ku kenal gambar si comel ini. Hik hik hik….. ***
boleh go to Header Galery utk tengok contoh2 headar yg mereka telah buat.
and contoh blog logo/badge :
complete package kan…..
so, apa lagi korang!
just pilih ikut pilihan anda. Just call (0137449963 – catlina/0197433093 – Cg Fly) or email to catlina7@ yahoo.com.

It’s more than meets the eyes!