Category: Info


>PB or Treadmill yerk!

>

Tengok orang lain cantik-cantik…badan cutting ala model….dari gemuk leh jadi kurus…..teringin gark aku.  Tapi bila memikirkan harganya tu…..adeh!….fikir 44x pun rasa cam…fuh! tak mampu…..melainkan bayar ansuran….eceh….! still berangan2 aku nie.

Btw….almost terbeli dah before pergi Bandung dulu. Tp ntah camne time tu…..kabar2 angin yang tak menjadi…so, aku cancel ambil dengan my BFF……dlm pada tu……hati nie dok bolak balik gark lagi  nak beli ke tak nak ke tak…..

Makin hari tengok testimoni dari pengguna…..promosi dari pengedar…..fuh!….tak tertahan rasanya hati nie…..and almost nekad before raya aku nak gark beli PB nie…..nak tengok hasilnya mana tahu leh kurus cam dulu and yang penting….ada testimoni dari pengguna lepas pakai PB boleh mengandung…almaklum ler…..aku memang tertunggu2 rezeki yang 1 tu…tp sampai ke sudah nie ler….tak sampai2 lagi rezeki tu…takpe…kita tunggu dan terus menunggu sambil berusaha keras dan berserah padaNYA k.

But………bila tadi jejalan kat blog kengkawan yang lain. Aku jumpa link about citer pasal PB nie……Adeh! punah harapan aku……….

Nak tahu citer lanjut pasal PB nie boleh ler melancong ke blog Aidid nie yerk.  Walaupun bahasa yang di gunakan tu….ada agak tak lunak di baca….tp apa yang di sampaikan beserta bukti dan fakta……So lepas nie………tepuk dada, tanya selera. 

*** takpelah….kita kumpul duit beli mesin treadmill jer lah kalau camtu…….kurus secara sihat yerk!

>Trisya Homestay

>

3 malam kami stay at Trisya Homestay. Homestay nie terletak di area Losong. Berdekatan dengan pasar Cabang Tiga.  Tak silap ada 14 bilik semuanya.  Banglo dua tingkat…..para lelaki sumer bilik atas. 5 bilik semuanya…….then kontinjen perempuan kat bilik bawah…. 1 rumah 1 bilik..coz’ dlm rumah tu ada 3 bilik…tp kami guna 1 bilik jer….total utk 6 bilik nie RM1000. Murah kan….bukan RM1000 utk 1 malam yerk….tp rm1000 tu untuk 3 malam tersebut.

 

Setiap rumah…complete dengan tv. Astro ok…free Wifi. Mesin basuh, peti sejuk, rice cooker and cerek untuk masak air….complete lerrrr.

and…..setiap bilik ada aircond yerk.  1 bilik 1 katil queen….tp ada additional tilam queen size.  So…kami berlima stay 1 bilik…and coz’ sepanjang 3 hari tu kami jer yang duduk rumah tu…….so, ada gark ler yang tido kat hall….coz’ tak kongsi ngan orang luar yang lain kan…….

Bilik a bit kecik…..tp cukup selesa.

Nie area dapur k.  Complete…….sepanjang 3 malam 3 hari tu….hari2 kami basuh baju ko….ha ha ha ha…..so, takde baju kotor yang terkumpul…kejap2 basuh, kejap2 basuh…..pepagi breakfast manggi and roti bakar….coz’ malas nak keluar awal2 cari breakfast.

So,kot2 ada yang cari percutian budget…boleh ler contact no yang ada kat signboard tu yerk….rasanya 1 mlam harga 1 bilik nie around rm70 kot.  ada gark yang besar sikit…around rm90.  Just buat pilihan jer…..

Dekat ngan maidin, pasar payang, pasar cabang tiga…..pastu perkampungan losong adalah tempat keropok lekor yang terkenal….chewaaahhhh

>Kesan Minum Ais

>Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ….

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malahakan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.  Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada padaserangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup…

>Cikgu Shida

>Kamu mmg kelakar ler cikgu shidah oooittttttttttt

Video Kalau Berpacaran by Cikgu Shida

>Tazkirah Jumaat Buat Sang Suami.

>

 Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

>Infant Massage

>Moms, do more with your loving touch.
The loving connection between mother and child is truly magical. It’s a bond that can be enhanced through the sense of touch, that’s something your baby will thrive on – studies have found that infant massage enhances the immune system, increases a baby’s bone mass by 15%* and increases weight gain by 47% so baby grows strong and healthy. This is why we believe infant massage to be the perfect bonding activity for you and your precious one.

Infant massage brings your baby many other benefits, like motor skill development when you massage their arms and legs. Through infants’ interactions with you during massage, your baby will also grow emotionally, and learn to feel more secure, confident and independent. Massaging your baby also has the added benefit of calming them down, which in turn can improve their sleep patterns and aid with their digestion.The gentlest way to give your baby a massage is with JOHNSON’S® baby Oil. With its clinically proven pure and mild formula, it will also moisturise his delicate skin.

In collaboration with , we’re pleased to announce the
JOHNSON’S® baby Touch Infant Massage Workshop is back!

Registration is only RM20.

To register, click REGISTER

 Head and Face
 Chest
 Arm
 Leg
Tummy
Back

>Naik Lagi!

>naik laggggiiii……….berkuatkuasa mulai hari ini ( 2 April 2011) RON97 naik lagi 20 sen. Means..harga terbaru adalah RM2.70….pengsan!

cepat betul naiknya…..baru 2 bulan lepas naik….nie naik laggiiiiiiii…….

Menurut sumber, kenaikan harga minyak RON 97 ini di sebabkan kenaikan harga minyak mentah kepada US$ 114 dari US$105 akibat situasi yang tidak menentu di Asia Barat.

lepas nie pakat pergi kerja tolak kereta jerrrr…………………hu hu hu hu

RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)
PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen – menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

sumer : MStar Online

>

Aku tertarik dengan entry Ayu a.k.a IbuDamia berkenaan issue pemakaian legging nie. Yelah…..aku pun kadang2 kat rumah or perg pantai tu pakai gark legging……..tp dengan tshirt labuh paras peha lah…menutup miss von kan……..
So, aku search berkenaan tajuk tersebut thru google…..ilmu di dada nie bukan ler setinggi langit…..malah….kalau nak di banding kan dengan bintang di langit pun belum tentu dapat menandinginya…..tp, rasanya tak salah if kita berusaha untuk belajar berkenaan agama ini selagi nyawa di kandung badan kan.
Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.
Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.
Lalu bertanya seorang lelaki :
“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.
Baginda menjawab :
“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.
Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.
Menurut Tafsir Jalalain’, “Libaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.
Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :
“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang
Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.
Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”
Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)
Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :
“Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari)
Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah katanya :
“Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa
Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.
Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.
Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :
“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.
Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.
Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
 Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai 
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
*** pada fahaman zana, asalnya pemakaian legging di pakai bersama-sama dengan kain sarung (kain baju kurung/kain skirt). Sesetengah kita kan ada yang naik motor kan…so, untuk mengelakkan aurat/betis mereka ternampak….so, mereka pakai legging nie……maka, if terselak kain time naik motor tu, takde ler ternampak aurat kita kan.

>Samak akan dilakukan Ketua Bahagian Penyelidikan Jaij, Ustaz Yosree Ihsan dan ia akan bermula jam 9 pagi Khamis ini di premis Kluang Railway di Jalan Tasik, Kluang disusuli Jalan Station dan premis pertamanya di Stesen Keretapi Kluang.

Jumaat pula, sebuah lagi premisnya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru akan turut disamak.

Terdapat persoalan kini, premis mereka disamak, apa pula status kopi yang didapati mengandungi gelatin babi serta madu yang mempunyai kandungan alkohol?

Apapun, usaha segera pengusaha bukan Islam ini harus dipuji kerana ia menghormati tuntutan agama kita dalam penyediaan makanan dan minuman.

Kita nak lihat apa tindakan selanjutnya pengusaha dalam menyakinkan pelanggan beragama Islam.

*** for me, dah terlambat kot untuk di samak. Even dia samak semua kedai pun….ada ker lagi umat ISLAM yang nak makan kat situ? Sedangkan dah terbukti serbuk kopi yang mereka gunakan terBUKTI mengandungi GELATIN haiwan yang di haramkan dalam ISLAM tu. Lagipun…if dia samak sumer barang-barang dalam kedai, samak kedai dia……if dia still guna serbuk kopi yang sama….NO POINT lah kan….melainkan dia guna serbuk kopi dari supplier baru dan diSAHKAN HALAL serbuk kopi tu.

For me….hurm, rasanya tak kot nak makan-makan /ngeteh2 kat situ even kopi dia dah HALAL and kedai tu dah samak.

>So…tepuk dada tanya IMAN. JANGAN tepuk dada tanya SELERA. Lain jawab nya…

*** apa perkembangan terbaru agaknya selepas owner Kluang RailCoffe berjumpa dengan Pegawai Pejabat Agama Islam Kluang yerk?
*** tadi ronda-ronda bandar Kluang, masih ada lagi MELAYU yang menjamu selera di situ.  Tak baca surat khabar ker?