>Samak akan dilakukan Ketua Bahagian Penyelidikan Jaij, Ustaz Yosree Ihsan dan ia akan bermula jam 9 pagi Khamis ini di premis Kluang Railway di Jalan Tasik, Kluang disusuli Jalan Station dan premis pertamanya di Stesen Keretapi Kluang.

Jumaat pula, sebuah lagi premisnya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru akan turut disamak.

Terdapat persoalan kini, premis mereka disamak, apa pula status kopi yang didapati mengandungi gelatin babi serta madu yang mempunyai kandungan alkohol?

Apapun, usaha segera pengusaha bukan Islam ini harus dipuji kerana ia menghormati tuntutan agama kita dalam penyediaan makanan dan minuman.

Kita nak lihat apa tindakan selanjutnya pengusaha dalam menyakinkan pelanggan beragama Islam.

*** for me, dah terlambat kot untuk di samak. Even dia samak semua kedai pun….ada ker lagi umat ISLAM yang nak makan kat situ? Sedangkan dah terbukti serbuk kopi yang mereka gunakan terBUKTI mengandungi GELATIN haiwan yang di haramkan dalam ISLAM tu. Lagipun…if dia samak sumer barang-barang dalam kedai, samak kedai dia……if dia still guna serbuk kopi yang sama….NO POINT lah kan….melainkan dia guna serbuk kopi dari supplier baru dan diSAHKAN HALAL serbuk kopi tu.

For me….hurm, rasanya tak kot nak makan-makan /ngeteh2 kat situ even kopi dia dah HALAL and kedai tu dah samak.