Latest Entries »

>Hujan di tengahari

>Aku nak citer pasal HUJAN sebenarnya tadi……tu yang kengkonon nak publish entry…sekali blogger buat suspen ler plak….terkejut den!

Fuh….syukur. Bumi Allah nie akhinya sejuk gark coz’ hujan turun dgn mencurah2 nya saat aku menaip entry ini.  Di sertai dengan dentuman guruh lagi..cuma petir jer takde……syukur sangat2. dah beberapa hari nie hari kemain panas membahang.

>Fuh…….terkejut den. Buka blog…then nak sign in kenkonon nak update…sekali tekan kuar benda alah nie…

mengelupur kejap……..
huwaaaaaa……….kecoh2 jap kat FB…..ingatkan aku sorang yang kena
rupanya ada kawan seangkatan yang kena gark….adeh…

suspen- suspen…
nasib baik lepas tu besan ku CIKLINN yang comel tu try balik then kata dah boleh..
lega mak..
terima kasih ler besan yerk……kalau tak, tak senang nak duduk aku nie hah!

>Meh sambung citer2 time ke Terengganu hari tu.

Nie hari pertandingan. 1st pertandingan berlangsung…so, pepagi tu mmg memasing semangat lah yerk……around pukul 7.30 we’ll dah keluar dari homestay. Dalam perjalanan sempat breakfast sekejap…isi perut memasing….yang atlet wanita dah isi perut siap2 kat bilik…..makan roti bakar ngan jem kaya…..shedapp…buat air milo lagi tu…and siap ada masak maggi lagi buat penambah menu breakfast…eceh!…….so, atlet lelaki jer yang turun makan…

Lupa lark nak story erkk….apa games yang we’ll sertai or PSR hantar kontinjen…ada 3 games jer sebenarnya. Dart, Karom and Chess.  So, only games Dart hantar penyertaan wanita.  Tu pun main tangkap muat jer………dah berlatih almost 2 bulan takkan nak kena tinggal plak kan..mana aci…so, menang tak menang, lain citer…yang penting ada penyertaan dan semangat kesukanan…..chewaaah!

Batrice ngan pakwe baru dia……amboi anak dara aku…….kemain lagi dia ngan Abang Sayuti dia. Siap cakap tu pakwe Echa tu……….dia suka ngan abang yang size comel2 jer…size ala2 gergasi tu mmg dia tak minat…..ha ha ha ha …sepatah kata kak baayah…sama ler ngan mama dia…Wakakahwakkahahhh….tak arrr…i suka yang tinggi, badan sasa, kulit tanned….tp dah jodohnya ngan yang comel2….nak kata apa kan………ha ha ha ha ha………murah rezeki orang kata kalau hubby kita nie comel dari kita……

Pagi we’ll ada 1 game jer…….lawan ngan Penjara Johor. Result….bungkus!…….dari single, double and trisome….sumer bungkus….diaorg terror arr ambil mata MateHouse…….

Batrice? Don’t worry……..dia sangat ler memberikan kerjasama ngan mama dia.  Yang penting…..dia jumpa geng. Makanya…pandai ler dia membawa diri……….datang cari mama dia pun kalau nak kencing or nak susu or nak pow mama dia ajak beli jajan. Tu jer…..so, dapat ler mama dia bersukan dengan tenang.

Petang we’ll ada 2 game.  Lawan ngan Penjara Penor and Kajang.  Memula pengurus pasukan kata tak balik homestay…..tu yang pergi lepak2 kat area swimming pool sambil Batrice melayan susu dia….syok jer duduk situ ngan angin2 yang sepoi2 bahasa…..baru nak lelapkan mata…..tetiba geng2 lain kata balik homestay….lega!…aku dah berlengas cam apa dah……dah ler stadium tu takde aircond….mengharap kipas semata…..bayangkan ler betapa panasnye we’ll kat dalam tu…ngan baju yang tak serap peluh tu…seksaaa ler wei!

Pergh……hari pertama nie mmg sangat2 ler mencabar……………dah ler ngan stadium yang tak beraircond. Panas…..then…acara dari pagi sampai ke pagi esoknya…..Acara berpasukan/berkumpulan di jalankan sampai petang around pukul 7 pm…then untuk acara terbuka/single…di teruskan malam. Yang kesiannya pada yang masuk acara terbuka nie ler….dari pagi sampai ke malam…………balik Tengahari pun sempat solat and mandi jer..coz’ memasing tak tahan kepanasan. Petang sambung ke malam tak balik.  Then…..supposed acara start pukul 8.30…tp akhirnya pengurusan start acara around pukul 9 lebih..kesian kan…kalau bagi tahu awal2 pada peserta…at least sempat ler diaorg balik mandi, solat….and makan…nie nak kejarkan acara yang konon2nya start pukul 8.30 diaorg sanggup menunggu kat situ…..

Kak Raden & Kak Farid masuk acara terbuka untuk Dart Wanita.  So, aku, Batrice and Kak Bayah petang tu terus balik homestay ler kan…dah takde acara apa2 lagi..apa kes nak tunggu kat tempat panas2 tu..balik rumah, mandi rehat2 makan…lagi syok………tp mmg kesian ler…..dah almost pukul 12 am pun kak raden and kak farid tak sampai2 bilik lagi…..tak larat dah nak bercerita…tak larat nak menunggu dah….last2 pukul 1 am lebih gark diaorg baru sampai….kesian kan.  Esok nyer kena bangun pepagi lagi….

Tp nasib baik ler hari ke-2 we’ll takde games apa coz’ dah kalah kan…so, xde ler yang masuk suku akhir utk atlet wanita nie…atlet lelaki jer lah yang pergi….kitaorg decided pergi after 10…..at least boleh rileks jap…then kemas2 barang coz’ mmg nak kena keluar dari bilik. Sewa sampai 30hb tu jer….patut nya sambung lagi…tp coz’ 30hb tu dah ada penyewa lain yang dah sewa…terpaksa ler keluar gark.

Around pukul 10.30am pemandu datang ambil.  Then kitaorg masuk stadium bagi semangat kat pasukan Dart lelaki yang masuk suku akhir………sikit lagi nak masuk separuh akhir……..That day sampai tengahari jer….coz’ memasing byk yang habis awal kan…..mana yang dapat masuk separuh akhir tu..kena ler tunggu sampai petang plak.

So, lepas tu kami kemana?
nanti aku sambung erkkk

>Ewahhh…………1Malaysia gitew.

Last 2 week balik kampung. Mana lagi…Tenggaroh lah yerkk…..tengok kat depan rumah Mak Tok dah ada arca 1Malaysia nie. Siap dah di cat bagai lagi…apa lagi…anak dara nie meroyan ler nak posing-posing kat situ……..layan kan jer lahhhhhh……..

Amacam…model kita yan bersemangat patriotisme nie? ada bakat tak….he he he he he
Baju dia tu…Mak Tok yang jahitkan last year…..dah nak singkat dah tu……cun tak?
This year…boleh buat sepasang lagi fesyen cam nie…..

>Lama tak join contest kan…so, terbuka ler plak hati nak join contest nie…….menarik coz’ memang aku ngan Batrice nie pantang duduk dalam kereta…sure nak bercamwhore berdua. Biar papa drive ngan tenang…chewaaahhhh.

Nak Join? Click jer LINK kat atas tu.

1st pic :
 

 “Mama & Batrice control cun!”

and
2nd pic

  “Budak bertanduk yang comel banget!”

Nama Mama : Zana Nordin
Nama Anak Dara :  Nur Batrisya Qistina (Batrice)
Umur Anak Dara : 4 Tahun
D.O.B Anak Dara : 23 Januari 2007
Email : zana.nordin82@yahoo.com

aku nak tag : kak Ida. Phewittt kak.apa lagi….join arrr and pada sapa2 yang nak join.

>Merong Mahawangsa & Senjakala

>

Boring punya pasal ahad lepasss………tak pasal memasal aku tekan 480 @ Astrofirst. Dan tak pasal-pasal aku melanggan 2 cerita……adeh!….RM30. Beli cd cetak rompak dah boleh dapat 6 citer tu….tp takpe arrr…..sesekali boleh ler layan astrofirst nie……..

Memula aku click citer HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA nie.

Komen : Best citer nie………giler arr tengok adegan gaduh2 dia tu. Fuh……tergoda tengok badan stephen Rahman tu……sasa nyer lah kamu……

Pastu dah habis tengok citer Merong nie……aku gatal tangan plak click citer SENJAKALA.

pun best citer nie…..Zahiril Adzhim yang jadi hero tu pun best watak dia…memula aku ingat dia tu pegang watak jahat. Rupa-rupanya dia tu kira penyelamat. And cam biasalah si Liyana Jasmay tu mmg cute…bawak watak apa pun menjadi……….Cuma yang aku tak faham, perluker kawan si Karlisa tu pakai seksi-seksi masuk kampung kat dalam hutan sampai nampak pusat…..adeh! rosak imej orang bandar camnie kalau asyik2 nak gambarkan orang bandar pakai baju seksi-seksi camtu.

Citer nie pasal SAKA. So….mana2 yang tak tengok lagi…sila ler tengok errrkkk……BEST citer nyer.

>Trisya Homestay

>

3 malam kami stay at Trisya Homestay. Homestay nie terletak di area Losong. Berdekatan dengan pasar Cabang Tiga.  Tak silap ada 14 bilik semuanya.  Banglo dua tingkat…..para lelaki sumer bilik atas. 5 bilik semuanya…….then kontinjen perempuan kat bilik bawah…. 1 rumah 1 bilik..coz’ dlm rumah tu ada 3 bilik…tp kami guna 1 bilik jer….total utk 6 bilik nie RM1000. Murah kan….bukan RM1000 utk 1 malam yerk….tp rm1000 tu untuk 3 malam tersebut.

 

Setiap rumah…complete dengan tv. Astro ok…free Wifi. Mesin basuh, peti sejuk, rice cooker and cerek untuk masak air….complete lerrrr.

and…..setiap bilik ada aircond yerk.  1 bilik 1 katil queen….tp ada additional tilam queen size.  So…kami berlima stay 1 bilik…and coz’ sepanjang 3 hari tu kami jer yang duduk rumah tu…….so, ada gark ler yang tido kat hall….coz’ tak kongsi ngan orang luar yang lain kan…….

Bilik a bit kecik…..tp cukup selesa.

Nie area dapur k.  Complete…….sepanjang 3 malam 3 hari tu….hari2 kami basuh baju ko….ha ha ha ha…..so, takde baju kotor yang terkumpul…kejap2 basuh, kejap2 basuh…..pepagi breakfast manggi and roti bakar….coz’ malas nak keluar awal2 cari breakfast.

So,kot2 ada yang cari percutian budget…boleh ler contact no yang ada kat signboard tu yerk….rasanya 1 mlam harga 1 bilik nie around rm70 kot.  ada gark yang besar sikit…around rm90.  Just buat pilihan jer…..

Dekat ngan maidin, pasar payang, pasar cabang tiga…..pastu perkampungan losong adalah tempat keropok lekor yang terkenal….chewaaahhhh

>

So
apa  tunggu lagi…
Giveaway berlangsung sehingga
16 Mei jer nie…
moh kita join reramai..
lagi ramai yang join lagi bagus
nanti sis nor up hadiah kepada 2 pemenang..
chewah..
So, 
me nak tag Wawit, Nana and MrSFiza

>

Ini ler jawapan kenapa almost seminggu blog aku tak berupdate. Aku ke Terengganu as peserta sukan Indoor Game Jabatan Penjara Malaysia.  This year Penjara Marang as tuan rumah.  Last minit, ikut kan team Dart wanita tak pergi….tp lepas a few perbincangan…..dapat gark kami pergi.  He he he…aku pun pada awalnya just mencukupkan courum jer……..yelah ko! Dart tu bukan menan biasa……yang tertentu2 jer main kan…..jangan kata main, tengok pun aku tak pernah sebelum2 nie…..tp demi semangat kesukanan yang dah lama pudar…and kembali hidup semula…aku sahut gark ler cabaran tu yerk…chewaaahhh…ayat poyo…padahal…..main pun tak berapa nak reti sangat…berlatih baru sebulan….camno nak terror yerk tak.  Setakat nak dapatkan point tu..ok ler…tp bab nak matikan mata tu yang susah…hu hu hu..takpe, lepas nie kita ada 2 tahun untuk jalani latihan intensif plak yerk…..so, tunggu 2 tahun akan datang …chewah.
So, seramai 23 orang ahli kontinjen bergerak dari Penjara Simpang Renggam. oppsss..tambah sorang lagi atlet cilik….ha ha ha….ngan Batrice aku usung…..nenek dia nak ke Langkawi that week…pastu papa dia plak ada kursus sehari kat johor…so, takkan aku nak biarkan dia tinggal ngan makcik dia yang still dalam pantang tu kan……..We’ll gerak on pagi 27hb tu…sadis ok..naik bas takde aircond…..takpe..janji selamat………and yang penting selesa even takde air cond……..angin kiri kanan masuk…lagi best.!

4 orang jer pun wanita yang ada dalam kontinjen kami nie…sumer pemain2 dart.

Perjalanan almost 10 jam…..pukul 10 pagi gerak…….8 malam sampai ke Kuala Terengganu.

So, budak kecik nie….bangun tido bangun tido siap buat kerja sekolah lagi..tak gark sampai2………yang kelakar tu……..time nak kencing…ha ha ha……bila time dia nak kencing tu…..pastu stesen minyak plak takde…mcm2 alasan aku suruh dia tahan…tunggu pokok besar ler……tunggu itu ler…tunggu ini ler…keh keh kehe…….kelakarrrr jer….tp alhamdulillah….Batrice ok sepanjang perjalanan.

Baru sampai area Segamat aku dah di pow beli senapang besar nie…..eceh!……tak sampai Terengganu lagi duit dah habis…camno!…

Pukul 8 pm kami selamat sampai ke homestay kami.

Trisya Homestay……ala2 cam nama BaTRISYA jer kan……..cam tahu2 jer…ha ha ha….so, later aku citer pasal homestay nie yerk.

So, lepas dpt kunci bilik memasing…..terus memasing masuk bilik, mandi bagai………….penat weeiiii………

>bakal Masterchief Malaysia……

wah gitewwww…….tangan mungil sapa ler yerk..?
sure korang boleh teka punya.

Hah! kan kan kan…korang boleh teka kan…..kemain busy lagi cik adik manis nie menolong orang kat dapur…..tolong kupas kentang lagi tu…..

bakal menantu terbaikkkk ok…hik hik hik hik.

Kejadian : kat rumah mak tok dia. Sibuk semua orang nak prepared untuk lunch…dia pun sibuk gark nak menolong. Tak bagi dia merajuk…pastu gigih cari kerusi nak panjat kabinet tu……tak nak hampakan dia…bagi gark ler dia kupas kulit kentang tu….takkan nak bagi dia kupas kulit bawang plak kan…jadi citer lain plak nanti.

So, menu utk hari tu ialah……….sambal goreng jawa…………tempe yang di requested oleh anak dara tu sendiri.