>Wallawei………pagi nie buka email, ada orang offer aku 40% dari 1.3 juta dollar weiiiiiiiiii

tak jelas…? meh aku copy paste apa yang dia tulis.

Assalamualaikum
Nama saya Puan Nur Marina Binti Muhammad, saya seorang warga Malaysia yang bekerja sebagai (General Manager Internal Audit) HSBC Bank United Kingdom. Dengan segala hormatnya saya meminta anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.
Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan yakin anda terdorong untuk membantu. Saya tahu anda pasti akan tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris yang berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.
Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan keluarga saya dan kami akan menggunakannya untuk pelaburan, dan 10% untuk sebarang kos yang telah dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Walaupun jumlahnya agak kecil dan tidak seberapa, anda harus faham dan menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun adalah seorang usahawan berbangsa Iraq dan tidak mempunyai waris. Saya mendapat tahu mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana dia tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara.
Saya akan memberikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlukan untuk urusan ini setelah saya melihat anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini akan terjaga rapi. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (nurmarinamuhammad@yahoo.com) Sangat penting dan saya akan berikan maklumat lanjut untuk urusan ini.
Yang Ikhlas,
PUAN NUR MARINA BINTI MUHAMMAD

fuh!
1.3 juta dolar.
if di bahagi 40/50 – means yang 40 tu bersamaan dgn 520,000.00 kan…….tu dalam dolar….kalau dalam RM…kali berapa erkk? lu kira ler sendiri………makcik kayo makcik kayoooooooo

tapi…..memang mangkuk arr kalau leh terpedaya ngan email spam cam nie….banyak dalam inbox aku tu….tu belum lagi email aku menang loteri lagi tu….lagi ler berlambak-lambak…larat tak larat ler nak delete sumer spam tu………….

So, kot sapa2 yang berminat nak dptkan 520K dolar tu…sila ler email kat alamat email yang tertera di atas yerk……….apa-apa risiko korang tanggung ler sendiri…….cik tipah tak nak terjebak…ha ha ha ha ha ha……