>saja gatal2 tangan pi check analatical kat nuff tu untuk semalam…..tu dia…….14 hit untuk carian isteri jimmy shanley…..byk yg masuk thru google mencari cerita pasal abang jimmy kita yang tabah dan wife nya norsuhaila………

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

 Sumber : GambargambarPelik

KEBIASAANNYA, isteri sering digantung tidak bertali, tetapi gelora yang berlaku dalam mahligai impian pengacara popular, Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Shuhaimy, berlainan benar ragamnya.
Mereka yang bernikah pada 1 Oktober lalu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari. Akibat berselisih pendapat dalam soal hidup berkelamin, Suhaila meninggalkan Jimmy.
Walaupun dipujuk dan dirayu oleh Jimmy, Suhaila sebaliknya masih enggan tinggal bersama Jimmy malah dia berkeras mahu menetap di rumah ibu bapanya.
Biarpun berjaya dihidu media, perkara itu hanya dibenamkan Jimmy di dasar hati.
Tiga bulan tempoh diberikan, Suhaila tidak juga lembut hati sedangkan dalam rahimnya sudah tumbuh segar benih daripada hubungan suci bersama Jimmy. Akhirnya Jimmy bersuara.
Jimmy yang selama ini cukup dikenali sebagai pengacara yang gila-gila dan bersifat remaja bertukar menjadi lelaki matang.
Dia tidak putus asa menagih kasih Suhaila yang kini hamil enam bulan.
Jimmy nekad memfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Suhaila sebelum ini meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga mertuanya pada 28 November lalu.
Dia tidak mahu memperjudikan nasib anak yang bakal lahir serta enggan melepaskan talak secara sia-sia terhadap wanita yang diangkat menjadi isteri.
Keluh resah Jimmy tidak terhingga. Jimmy, anak yatim piatu, hanya mahukan kasih sayang biarpun terpaksa berdepan spekulasi dan fitnah.
Sensasi Bintang: Suhaila kini mencabar anda?
JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka.
Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu.
Siapa yang bersalah dalam soal ini?
Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya.
Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami.
Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya?
Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya.
Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia.
Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat.
Maksudnya?
Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian.
Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila.
Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi?
Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan.
Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri?
Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa.
Sikap mertua dalam soal ini?
Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya ‘berubat,’ jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya.
Adakah Suhaila ada lelaki lain?
Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman ‘sehidup semati.’ Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya.

ENAM bulan berehat panjang, hujung bulan April nanti, Jimmy akan memulakan penggambaran sebuah program baru untuk Astro.

*** apa-apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat abg jimmy and norsuhaila….. tabah & kuatlah jimmy….insya allah…ganjaran nya besar dari NYA.