>

Last 2 week punya aktiviti………….maaf lah yerk…tuan rumah nie di serang penyakit M yang kemain lagi nie…..cari ubat pun tak jumpa2…nasib baik….penyakit M tu dah makin berkurang laaa nie……he he he..
So, apa aktiviti kami? pergi ronda taman2 perumahan yang baru  nak naik kat Kluang nie….pergi masuk rumah contoh diaorang….kengkonon nak cedok idea ler kan…he he he………
Btw…ini rumah Contoh Taman Kluang Indah. Projek under syarikat Thong Thor.  
Rumah teres 2 tingkat…….harga dalam RM200K lebih…….aku suka masuk rumah contoh sini…coz’ dia nyer salesman takde…or maybe coz’ time tu hari ahad….so, pengunjung bebas keluar masuk tengok rumah nie…yang ada pun mak guard jer kat luar……..suka pasal apa?
1st – coz’ rumah nie cantik…
2nd – coz’ takde orang nak marah aku snap-snap gambar…
ha ha ha ha ha……keji kan….ada tu…sibuk kita tengok rumah contoh…sibuk ler salesman dia ngikut kira ke hulu ke hilir dari atas ke bawah…..takut kita snap2 gambar kat situ……apadaaaaaaa!

Komen aku about rumah contoh nie! ……..sangat moden…and i likeeeeeee 1000x arrrrr

Master Bedroom…………….moden and romantik jer kan….aku suka idea pencahayaan dia tu…….dia buat lampu di balik dinding tu………..and lampu tu boleh adjust tahap pencahayaan dia…ko nak terang…ko adjust kasi terang..nak ala2 suram…ko adjust bagi dia suram….kalau ko nak gelap gulita…sila tutup suiz dia ok.

sudut dalam master bedroom tu…kat tepi tingkap….so…ala2 boleh lepak laki bini tengok pemandangan kat luar…or intai sapa yang datang….ha ha ha..

Sila abaikan model yang keterujaan tu yerk..siap buat lompat katak atas katil tu.

Wardrobe dalam master bedroom………..again! aku suka juta-juta leman arrr….sebab apa!….keluar dari toilet……….terus masuk area wardrobe nie……kira built in ler nie….and sangat besarrr….then ada cermin besar bertentangan dengan wardrobe nie……bestkan…..lepas mandi…….terus cari2 baju area sini…..no need nak 2 pcs lari2 dlm bilik…ha ha ha ha…boleh di guna pakai idea nie……..

see…jgn kan Batrice….aku pun boleh main nyorok2 kat dalam nie…..tu pun kalau nak adventure sikit ler kan…ha ha ha..

Family hall – tingkat atas

Sangat simple idea dia……dia buat ala2 untuk mini office ler……letak komputer…letak buku2……so, leh lepak2 kat sini……………

2nd bedroom –  ala2 bilik untuk anak2….nice concept kan…simple jer…letak divan or tilam jer pun…pastu katil tu hand made….

Puas dia lonjak2 kat situ…tetiba dia cakap

“mama….echa nak bilik macam nie!”

3rd room – ala2 bilik untuk tetamu……cun erkk…nie kalau tetamu datang bermalam nie…harus dia check in seminggu lagi…ha ha ha……kemas kan……penggunaan perabot pun adalah minima…….senang nak kemas…nie tak…selagi ada ruang…selagi tu ler selit perabot2…..adeh!…

Dining Hall……
amacam……nampak mewah kan……….suka plak aku concept kaler coklat nie……rumah nampak kemas, moden and mewah….padahal..perabot biasa2 jer pun……

Living Hall – giler cunnn……………….

and yang paling menarik adalah ini.

see…kreatif kan…….almari biasa tp atasnya dia letak cermin then masukkan  lighting kat dalam tu…susun ler apa2 benda comel dlm tu………naik seri sudut nie……..padahal…almari nie almari kasut jer pun…tp coz’ dia ada idea mcm nie……tak nampak pun cam almari kasut……sumer built in punya…kalau ada jual kat kedai…sanggup aku cari ko

the laman – nie kalau rumah tepi arr kan…tanah besar sikit…so, boleh ler buat camnie….kalau rumah tengah…..adeh! kena cari idea lain utk jadikan taman mini kat area porch.

Suka anak dara aku…….boleh gark buat mini playground untuk anak2 kat kat area nie…..so, takde ler depa hari2 memekak nak main kat playground….terjamin sikit keselematan…yang penting pagar di kunci arrrrrr

yang nier plak…we’ll masuk rumah contoh yang kosong…..nampak sangat luas kan…bestnya .

Btw……ada gark gambar area dapur dia…tp gambar kat handphone ler plak….terlupa nak transfer…….aku suka giler ngan idea dapur dia….siap buat sliding door (bukan cermin ler kan) antara dining hall dengan kitchen…so, if tak nak nampak kitchen tu…boleh tarik sliding door kasi tutup pemandangan. Menarik kan….