>7 Tahun yang lalu…………….

dan kini……..setelah 7 tahun mengharungi hidup bersama-sama. Penuh suka dan duka……kesabaran, persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang adalah kunci pada sebuah perhubungan yang berterusan. Marah, gaduh, merajuk….adalah asam garam dalam sebuah perkahwinan. Alhamdulillah, ikatan kami masih terpelihara, kasih sayang antara kami kian mendalam.  Terima kasih ALLAH keran pelihara hati kami berdua untuk tetap teguh antara satu sama lain walaupun berjuta halangan yang tiba.