>

Assalamualaikum and thanks coz’ singgah ke blog picisan saya untuk membaca cerita about Status KluangRailway TIDAK HALAL tu.

Saya pun bukan berniat tidak baik atau mahu memburukkan nama baik Kluang Railway …di tambah lagi saya memang pelanggan tetap Kluang Railway selama 7 tahun saya duduk di Kluang nie. And boleh di katakan every week kami akan breakfast di situ…..and boleh dikatakan tiap-tiap hari my Darling Hubby minum petang berkumpul dengan rakan-rakan kontraktor dia untuk cari job dan berbincang sesama mereka.

Saya berani published entry tersebut setelah Darling Hubby saya sendiri mengesahkan berita berkenaan. Bukan main sahkan jer yerk……….Darling Hubby saya sendiri CALLED PEJABAT AGAMA KLUANG untuk mengesahkan status berita tersebut.  Sekiranya dia menipu, maka saya pun menipu …….dan sesungguhnya takde niat saya untuk menyampaikan berita yang TIDAK BENAR.

Sebagai umat ISLAM saya sangat-sangat PEKA dengan status HALAL/HARAM sesuatu makanan.  Ia akan jadi darah daging kita sendiri. Nauzubillah.

Terpulang pada saudara/saudari ….tp seelok-eloknya bila kita rasa WAS-WAS kita jauhi tempat itu dan elakkan makan di situ sehingga PEJABAT AGAMA KLUANG mengeluarkan status sebenar Kluang Railway secara SAH.

Dan sekiranya saudara/saudari mahu cerita yang lebih sahih lagi…boleh called sendiri pegawai yang bertugas di Pejabat Agama Kluang . Nie no telefon Pejabat Agama Kluang : 

07-7771213

Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.
Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.
Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.
Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.
Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.
Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.

Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.
 SUMBER :  HAZREY