>

Nama Puteri Saya :
NUR BATRISYA QISTINA
(Batrice, Tisya, Echa)
Umur : 4 tahun 1 bulan
Maksud :
Nur – Cahaya
Batrisya – Kebijaksanaan
Qistina – Keadilan
Cahaya Kebijaksanaan dan Keadilan
Sebenarnya….macam-macam nama yang terlintas dalam otak since aku bakal bergelar seorang MAMA.  Tp yang betul2 berkenan di hati adalah nam-nama seperti QISTINA, BATRISYA, AISYA, DAMIA, ZULAIKA. dan ada 3 nama yang aku dah set awal-awal before puteri ku nie lahir.
1) Nur Ain Qistina
2) Nur Qistina Aisya
3) Nur Damia Batrisya.
tp last-last nama Nur Batrisya Qistina juga jadi pilihan.
Nama nie 100% aku yang bagikan……papa dia menyumbang anggukan sahaja……ha ha ha….
Tapi apa-apapun harapan kami sebagai MAMA & PAPA buat sang PUTERI
Moga Batrice membesar sebagai anak yang membawa CAHAYA buat kami.  Dikurniakan KEBIJAKSANAAN dalam pelajaran dan seterusnya bersikap penuh KEADILAN dalam apa jua yang dia lakukan. Sampai satu masa nanti, tanggungjawabmu adalah besar sayang.  Moga kamu berjaya memikulnya.