>

petang jumaat tu….aku mengiau kat FB kata berangan2 nak buat nasi ayam hainan utk hari sabtu……sebenarnya…on cuti Thaipusam tu…..aku puas duduk rumah google resepi nasi ayam hainan. Menarik ler plak…tu yg mengiau petang jumaat nak buat untuk menu hari Sabtu.
and alhamdulillah…….jadi gark plan aku nak buat nasi ayam hainan tu on Sabtu. Cuma agak kelam kabut sikit ler hari Sabtu tu…..around pukul 10 aku kena hantar Batrice gi school music dia….then pergi bandar isi minyak, pergi bank draw duit ……patah balik school music dia…ambil dia…yelah, class music dia pun 1 jam jer…tak dan nak menyinggah pasar beli bahan2 utk buat nasi ayam.  So, after ambil dia…..singgah ke Econsave yang baru buka kat Kluang nie……….shopping bahan2 nak buat nasi ayam.  Murah gark kat Econsave nie………
Sampai rumah around pukul 12.45 gark ler…..1 jam dok melilau dalam Econsave tu bershopping ngan Batrice….umat manusia kemain ramai……tempat baru buka……….biasaler tu…memasing teruja……beratur nak menimbang bahan2 basah pun dah jadi satu hal menunggu.
Ketang ketung ketang ketung….pukul 1 lebih my mum sampai………nasi ayam tak jadi lagi nie……aku baru rebus ayam.  Key utama dia ialah rebusan ayam coz’ air dari rebusan ayam tu guna utk tanak nasi, buat sos so….kena ler tunggu air rebusan ayam tu didih dulu baru ler boleh sambung buat benda2 lain.

Ayam Rebus – kata nak buat Nasi Ayam Hainan…
so, ayam kena rebus lah kan.  Bahan2 rebusan ayam tu….halia + bawang putih + ayam + air + garam and stok ayam. Rebus ler dalam 30 – 40 minit tp jangan lama sangat coz’ ayam tak sedap kalau rebus lelama. Aku guna 2 ketul peha ayam and 2 ketul kepak ayam. Pastikan ayam tu tenggelam sepenuhnya dalam air rebusan tu k.

 Then yang nie plak sambal dia. Senang jer pun buat dia.
Bahan2nya : bawang putih + lada merah + gula + air limau. Blend bawang and lada. Then masukkan dalam periuk. Masak sekejap…..campurkan ngan gula + air limau. Agak2 ler kalau nak manis lebihkan gula…kalau tak…balance kan antara rasa gula and rasa limau tu. Opsss lupa plak…letak air rebusan ayam sikit k
Aku punya sambal nie terpekat sini…supposed dia cair sikit. Tp ok…not bad.!

bahan penting yg ke-3 ialah sos kicap. 
Bahan2 – sos tiram + kicap manis + sos tomato + sos cili. Campur sumer and masak. Masukkan air rebusan ayam sikit.
and yang paling penting. Nasi ayam. 
Bahan2 nya : Bawang putih di ketuk hancur + halia di ketuk hancur + marjerin + minyak masak sikit.
Cara2nya : Tumis bawang putih & halia dgn minyak + marjerin. Then masukkan beras. Goreng sekejap beras. Agak2 dah naik bau wangi…jgn plak sampai hangit beras tu kan….masukkan air rebusan ayam cukup2 utk tanak nasi. Then biarkan k.
Aku guna periuk letrik jer pun.
and hasilnya :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaaaaa

Amacam………menggiurkan tak? ha ha ha…….ok ler for 1st timer punya trial kan……serius. 1st time aku masak nasi ayam k. Before2 nie cam tak confident jer nak buat…rupa2nya sonang baitu!

Kat situ ada 2 jenis ayam kan……1 pinggan = ayam goreng yang aku peram ngan kicap manis + kicap soya + stok ayam. Pastu goreng cam biasa.

yang 1 lagi pinggan nie…baru ler di katakan ayam rebus yang sesuai dgn nama Nasi Ayam Hainan. Time nak makan tu………..sila letak sos kicap tu kat atas ayam tu yerk……..fuh!…..terbaiikkkk arr cam nasi ayam kat Chicken Rice Shop ler…….

So, kesimpulannya adalah = MISSION ACCOMPLISH.
wallah…next time boleh buat lagi…..improve rasa nasi tu sikit lagi…yg lelain ok dah tu….