>Salam pagi jumaat
penghulu segala hari……
tak sempat nak buat autopublished malam tadi
so..pagi nie zana share ilmu sikit k

Kegunaan jari – 10 helah solekan

Gunakan jari telunjukmu untuk :

  • menghasilkan sapuan pengilat bibir yang lebih rata dan tepat.
    • calitkan sedikit pengilat bibir daripada tiub @ bekas pada jari telunjuk dan sapukan terus pada bibir.
  • menghasilkan efec smokey eye.
    • palitkan penggaris mata yang telah siap disapu tebal kesekitar kelopak mata.

Gunakan jari manismu untuk:

  • menyapu penyamar noda (concealer) pada bahagian kulit yang bermasalah jerawat @ berparut. Jari manis mampu memberikan sentuhan paling lembut berbanding jari-jari yang lain
  • menyembunyikan kesan sembab @ gelung hitam di bawah mata menggunakan penyamar noda jenis cecari.
Gunakan jari kelingkingmu untuk :
  • menghasilkan kesan segar pada solekan mata dengan sapuan highlight.  – sapu highlight pada sudut dalam mata.
  • menyapu highlight di bawah lengkung kening untuk efek instant lift.

Gunakan ibu jarimu untuk :

  • menyingkirkan lebihan gincu yang telah disapu – tekap bibir dan kemudian sapukan lebihan gincu menggunakan ibu jari.

Guna jarikan tengahmu untuk :

  • meratakan pembayang mata tidak kiralah dalam bentuk krim ataupun bedak. Hasilnya sapuan lebih rata dengan adunan yang kemas.
  • meratakan dan mengadunkan bedak asa sekitar garis rahang dan leher.