>

 Aku memang SALUTE ler kat cikgu2 tadika nie…..lebih dari cikgu2 sekolah rendah or sekolah menengah coz’ cabaran cikgu2 sekolah tadika nie lagi hebat kalau nak di bandingkan ngan cikgu2 yang lain…..dia yang mengajar bebudak tu mengenal huruf…mengenal nombor…..belajar menulis, belajar melukis, belajar mewarna…belajar menyanyi dan belajar berdikari. Dan mereka adalah orang-orang yang di kurnikan tahap KESABARAN yang cukup tinggi……..kalau tak..camne diaorg nak handle bebudak yang umur baru nak masuk 4, 5 dan 6 tahun tu…kalau takde KESABARAN yang tinggi..silap2 anak korang sehari jer lah pergi school…coz’ takut ngan cikgu….

Aku mmg takde talent nak jadi cikgu tadika nie……..

anak dah sekolah….so, excited ler aku bila balik2 check buku dia ada teacher dia bagi homework…bukan apa pun…suruh buat huruf ‘A’ besar and ‘a’ kecik jer pun.  Tapi aku punya excited cam dia bawa balik homework addmath ke apa……giler teruja kan…

Tapi korang tengok ler…….muka budak yang bawa balik homework nie….muka MALAS…geram aku! suruh buat kerja sekolah dia kemain lagi banyak benar alasan dia…

“Echa tak pandai ler mama”
“Echa penat ler mama”
“Echa ngantuk ler mama”
“Mama buatkan untuk echa jer lah”

Mamanyer plak…..bukan ler di kurniakan tahap KESABARAN tertinggi untuk layan kerenah dia tu…..maka, terjadi ler drama airmata rajuk merajuk…ha ha ha…….giler poyo…budak umur 4 tahun refused nak buat kerja sekolah, mama dia over plak emo di situ…..keh keh kehe…poyo errkk……!

Lepas berakhir drama airmata sampai Batrice termuntah2….haip! budak nie kalau nangis mmg ada side effect sikit…dia akan muntah……tapi bagus bila dia muntah..coz’ lendir2 semua keluar…. Bila dah jadi camtu….aku mandikan…aku bagi susu sebotol…ok sambung buat homework awak tu balik..Tapi befor tu…aku kasi homework special utk dia practice buat huruf A besar nie dulu.  See…mak berusaha ok nak bagi anak tu lebih cekap buat……

Setakat bagi buku…then buat A titik2 4 kali …pastu biarkan budak tulis tanpa guide…..mana nak dapat…ha ha ha ha ha..

wokeh……jom kita praktice buat……

5 minit pertama………..tekun gark ler Batrice mengadap…….masuk minit ke 6 – 7…dah start dah  nak main2…kenat tarbiah tadi pun kejap jer masuk kat otak tu…ulang balik nak main2 dia tu..

berhenti minum air…tp try tengok mata dia pandang mana? pandang tv ok………perlukah aku kuatkuasakan bahawasanya semua kerja rumah tu buat kat bilik….no tv, no radio. Perlukah…….ha ha ha….

takpe….ktia bagi chance dia main2 lagi yerk……masuk bulan ke-2 nanti…jgn harap ler nak main2…kalau tak belajar buat…camne nak pandai yerk sayang……

Cukup setengah jam dia buat latihan yang aku bagi tu…..terus ckp nak stop….ngantuk..nak masuk tido…huwaaaaa……sentap mak ko…kerja sekolah tak siap lagi tu…..

*** Sudahnya pagi tadi nak pergi kerja…..dia ckp kerja sekolah yang teacher bagi tak siap lagi…tau pun ko kan……sapa suruh masuk tido awal2 sangat…selalu tu, selagi tak pukul 11 selagi tu ler mata kemain bulat terang benderang kan…main punya pasal….bila belajar…pukul 8.30 dah ckp ngantuk. Tp as Mama, mana ler sampai hati nak biarkan kerja sekolah anak tak siap kan….gigih aku tolong dia buat….bukan aku buat yerk…aku TOLONG dia buat……siap jugak..tp kesannya…..aku punch card pukul 8.10 pagi….huwaaaaaa..nasib baik boss takde.