>

11 Jan 2011 : Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Berikut adalah kenyataan penuh mengenai peristiwa tersebut :
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan penuh dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semasa hujan lebat malam semalam.

Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan.


Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan para penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat. Kesemua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar kemudian. Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah

AK6036 (ke Kota Kinabalu – 6.10 pagi),
AK5203 (ke Kuala Lumpur – 6.15 pagi),
AK6562 (ke Bintulu – 6.20 pagi),
AK6526 (ke Bintulu – 8.35 pagi)
AK5201 (ke Kuala Lumpur – 9.35 pagi).

Penerbangan lain yang terjejas adalah

AK6673 (ke Singapura – 9.50 pagi),
AK5843 (ke Johor Baharu – 10.30 pagi),
AK6546 (ke Miri – 11.10 pagi),
AK5205 (ke Kuala Lumpur – 11.55 pagi),
AK6505 (ke Pulau Pinang – 12.20 tengah hari)
AK5207 (ke Kuala Lumpur – 1.55 petang).

Para penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang ekoran insiden itu dinasihatkan menghubungi talian dengan kata laluan 1231 10111. Demikian lapor Bernama.

Sementara itu, menurut laporan akhbar TheStar Latangan Terbang ANtarabangsa Kuching telah dibuka semula jam 9 malam tadi.

Kapalterbang pertama mendarat selepas ia dibuka semula ialah penerbangan MASwings Flight 3807 dari Bintulu, yang tiba jam 9.45 malam.

Kapalterbang kedua ialah MASwings Flight 3155 dari Kota Kinabalu/Sibu, jam 10.10pm.

Penerbangan pertama meninggalkan landasan ialah AirAsia AK6540 ke Miri, yang berlepas jam 10pm.