>

ada yang menanya resepi kek coklat ku hari tu…alahai dik…akak pun ambil thru internet gark…tp takpe….coz’ dah ada yang bertanya..makanya akak tepek ler yerk resepi kek coklat tu kat sini….

KEK COKLAT LEMBAB
Bahan-bahan :
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko (aku guna koko vanhouten)
1 cwn susu cair (aku guna susu segar coklat HL)
1 cwn minyak masak/butter cair (aku guna butter)
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 tsb baking powder
1 tsb soda bicarbonate
3 biji telur
Cara-cara :
1) campurkan serbuk koko, susu coklat cair, susu manis dan butter/minyak dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil hingga sumer bahan2 tu larut. Tutup api and biarkan adunan suap.
2) Ayak tepung gandum, baking powder & soda bicarbonate. 
3) Pukul telur hingga kembang then campurkan dlm adunan no. 1 tadi. Gaul rata. Masukkan campuran no. 2 tu and kacau sebati. 
4) sapukan loyang ngan marjerin. Tuang adunan dalam loyang.  Tp jangan sampai penuh. Zana tuang 1/2 jer coz’ nanti adunan tu naik. Tutup loyang ngan aluminium foil supaya wap tak masuk.
5) Kukus selama 45 minit – 1 jam baru angkat dan sejukkan.

TOPPING COKLAT
Bahan- bahan :
250 gm coklat masakan. Patah2 kan
1 sudu besar butter yang dah di cairkan (x carikan pun tak pe)
gula/susu pekat supaya topping tu tak pahit sangat
Cara-cara:
1) Cairkan coklat secara double-boiler. Masukkan butter and susu pekat. Kacau sebati.
2) Curah atas kek and ratakan
3) untuk hiasan…tabur ler coklat rice or what so ever yang berkenan di hati yerk.