>Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini (4/1/2011), mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.(bukan ker RON95 = RM1.90 sekarang nie?)

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

*** nasib baik i guna RON95 jer pun…tu pun semput2 nak isi minyak kereta untuk gi office.  Purata seminggu minyak kereta pergi balik sahaja mencecah RM60. Tu baru kos seminggu.  Kalau sebulan…sila ler darab ngan 4 minggu yerk…..belum campur duit makan lagi…alahai, minyak naik, gula naik…gaji bila nak naik daaaaa!