>fuhhh……….cepatnyer kan masa berlalu…..pejam celik pejam celik, sedar tak sedar 2010 akan meninggalkan kita and kita plak menyambut kehadiran 2011.  Maka umurpun bertambah……harap2 dengan bertambahnya umur kita….kita semakin matang….semakin kukuh memegang tanggungjawab.

jom review peristiwa2 penting dlm LittleStoryFromLittleFamily sepanjang tahun 2010. Harap maaf yerk coz’ entry mmg sure panjang berjela coz’ aku review balik entry2 penting sepanjang tahun nie.

JANUARI

2.01.2010 – arwah MAK NGAH pegi meninggalkan kami di sebabkan Cancer Darah.
3.01.2010 – selang sehari pemergian MAK NGAH, adik no. 2 aku selamat di tunangkan ngan Adibah.  Alhamdulillah…..bertambah lagi ahli keluarga kecik kami.
18.01.2010 – rombongan cik kiah ke Kota Kinabalu, Sabah. Holiday yg sangat2 best. and akan returned kembali on 2011…he he he….sebab tak puas jalan2 ke KK. ooo……KK, nantikan kedatangan kami kembali.
Cerita penuh pasal holiday kami di KK boleh rujuk link nie
1st day di KK

– 2nd day – Trip to Kundasang & Poring Hot Spring Water

  

– 3rd day di KK – trip to Sapi Island I and Sapi Island II. Part paling best buat laling hubby aku coz’ dia dpt pergi DIVE.  Mmg hantu air betul…..mlmnya kami dinner di anjung selera.  Shedappp coz’ seafood yg fresh2  and yang penting, MURAH.

– 4th day was our last day at KK. hu hu hu…sedih nak tinggalkan bumi di bawah bayu nie. Cerita Ceriti di Pagi Terakhir di KK, Lawatan sambil belajar ke KK and Last day di KK

23.01.2010 – alhamdulillah……genap 3 tahun usia puteri kecil kami.  Just small celebration di Secret Recipe ngan 1 slice Black Forest Choco Cake share 3 org.  Then, beli sebiji kek utk potong2 kat rumah nenek plak. Separuh tinggal rumah nenek kluang then separuh lagi bawa balik rumah mak tok di Tenggaroh.

27.01.2010 – My laling hubby birthday yang ke 3* tahun.

31.01.2010 – adik lelaki bongsu aku selamat bergelar SUAMI kepada AYU ZURINA.  Selamat sudah yang sorang nie.  Tunggu turn lagi sorang plak.

FEBRUARI

1.02.2010 – lawatan sambil belajar ke Masjid Pulau Melaka.Cantikkkkkk

14.02.2010 – my sepupu belah my mum bernikah Selamat buat Iwan & Zila

MAC

6.03.2010 – sorang lagi adik aku selamat bergelar suami. This time…my adik no. 2 punya turn plak. Purple kaler untuk malam berinai and Pink kaler utk majlis bersanding besar.

23.03.2010 – menuju ke puncak. He he he…ala2 hadiah utk our wedding anniversary. Tp percutian yg tak menjadi…hu hu hu. Sempat tido kat hotel jer (redeem voucher yg beli ngan amy) and tak dan nak main2 kat dlm tu pun coz’, mr laling hubbyku keracunan makan.

26.03.2010 – our 6th anniversary. Moga bahagia dan berkekalan selamanya.

APRIL
16.04.2010 – join gathering Gatsby Deodorant Street Fair @ Time Square….besti gila ngan kak mimi, sham and nurul.

MEI

23.05.2010 – Majlis Persandingan adik2 aku Iwan & Sanie.  Tema : Orange + Black for pelamin while pengantin plak Orange + White.

27.05.2010 – My lovely mother birthday.  Small celebration after majlis persandingan adik2 aku.

JUNE

6.06.2010 – Batrice di diagnose ada astma…..cam caya tak caya jer aku and 1st time dia kena ambil gas coz’ batuk tak sudah2.

23.06.2010 – my birthday yg ke 28 tahun.

and also….secara rasminya bulan 6 adalah bulan Batrice free diapers. Alhamdulillah…..pada umur 3 tahun 5 bulan dia dah free diapers.  Walaupun takde ler membanggakan sangat kalau nak di bandingkan ngan anak org lain yg b4 masuk 2 tahun pun ada gark yg dah free diapers tp kira awal jugak ler kan buat Batrice.

JULAI
Bulan yang penuh cubaan. Sampai bila2 pun aku akan ingat pada tarikh 7.7.2010 batrice admitted kat wad ICU @ HFW Hospital Kluang due to Astma and jangkitan paru2. 3 hari jugak dia kat dlm ward ICU nie.  Sangat2 sedih ngan keadaan dia.  Tak pernah aku harap anak aku akan melalui keadaan ini…kalau boleh, biar lah sakit tu di pindahkan terus ke aku, aku lebih rela.

9.07.2010 – batrice discharge from ward ICU and transfer to wad biasa kanak2…syukur alhamdulillah….then 2 hari di wad biasa….ahad 11.7.2010 batrice dah boleh discharge dari hospital. 5 mlm 5 hari berkampung di Hospital Kluang…betul2 menduga jiwa aku sebagai seorang IBU.

OGOS

12.08.2010 – 1st appointment after Batrice keluar dari hospital.

SEPTEMBER

1.09.2010 – berkuatkuasa dari tarikh nie….aku tukar boss buat kali yg ke-2.  But this time terasa sedih coz’ almost 4 tahun gark jaga boss yang nie.  Boss yang baik dan sangat2 memahami.  Hope boss aku maju jaya di tempat baru.

18.09.2010 – Selamat hari raya aidilfitri.  Tahun nie tema adalah HIJAU . Tahun nie turn beraya di Kluang.

.
22.09.2010 – raya ke-5 rumah ku di serbu oleh tetamu2 yang di undang…keh keh keh…..seronok bila ada kengkawan yang ingat datang nak beraya dengan kami di rumah kecik kami.

25.09.2010 – ayah aku naik court coz’ kes dia accident 6 tahun yang sudah.  And kena dendan byr rm4K if tak…duduk lokap ler jawabnya….

OKTOBER.
4.10.2010 – kursus di melaka and sambung cuti2 di Melaka.  Stay at Everly Resort Hotel

Pusing2 bandaraya Melaka yang bersejarah. Kira percutian yang tak di rancang ler nie….saja2 bawa budak kecik tu jalan2 since dia sudah ngiau2 nak mandi kolam.

NOVEMBER

13.11.2010 – join Family Day KRT Taman Matahari, tama rumah MIL aku di Mersing. Macam2 acara ada…….makan2, BBQ, berkaraoke, poco2 and sukan.  Then acara mandi2 laut kat air papan plak….seronok. Yang penting, keterujaan aku 1st time Batrice join acara sukaneka.  Yelah…anak korang mana yg pergi nursery or tadika sure tiap2 tahun ada acara mcm nie kan…batrice duduk ngan nenek…so, bila dia join and sporting camnie….mmg sangat2 teruja ler.  he he he…emaknya pun tumpang sekaki join main games yang ada.

15.11.2010 – Alhamdulillah, adik ipar yg bongsu selamat melahirkan baby gurl. Name : Ayyunie Delaila Aliesya….

18.11.2010 – Raya haji 2010. 

20.11.2010 – melawat baby alieysa.

22.11.2010 – cuti2 ke melaka lagi. Since balik dari banting…terus sambung cuti2 ngan bawa Batrice jalan2 ke Zoo Melaka. Lama tak bawa dia pergi Zoo….

29.11.2010 – menghadiri majlis perkahwinan 2 org sahabat waktu sekolah menengah dulu. Azuera & Kak Ida.

 DISEMBER

4.12.2010 – balik kampung lagi. Kali nie turn hadir majlis perkahwinan si Yanie plak. Also my old buddies masa zama sekolah menengah dulu. Best coz’ dpt kumpul balik dengan 2-3 org classmate aku yg almost 10 tahun tidak ketemu.

9.12.2010 – cucu lelaki pertama dalam keluarga aku alhamdulillah selamat lahir ke dunia. Muhd. Aiman Rafiqi cahayamata adik no. 2 aku.

and
30.12.2010 – Malaysia menang Piala Suzuki dengan mengalahkan Indonesia dengan aggregat 4-2. Yeehaaa…penantian berakhirt setelah 14 tahun. Tahniah buat pasukan HARIMAU MALAYA.

DONE. Tamat sudah ceritera sepanjang 2010 yang meninggalkan seribu satu kemanisan dan kepahitan hidup di bumi Allah ini.