>e-penyata gaji

thanks LIEYA for this info. Hurrmm….for me, no comment lah….aku lagi prefer pay slip tiap2 bulan tu…..nampak and baru lerrr puas hati…kalau e-penyata nie…gamaknyer….ntah sempat ntah tak nak buka. Apa2 pun ada pro and cons jugak lah kan dalam setiap keputusan yang dah di buat tu……and….setiap pembaharuan tu sure memerlukan masa untuk di serasikan dgn kehidupan hari2an.

So….aku dah sign up pun….jom check step by step k :

1. Masuk laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia

2. click pada e-penyata gaji dan laporan. Click aksess sistem

3. click pada Pertama Kali Mendaftar bagi yang 1st time masuk.  Kalau dah pernah masuk, just masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan. Bab nie sure korang pun terror kot.!

4. macam biasa, isi ler detail yang dia minta tu.
5) Bila sumer detail dah di isi kat borang tu …maka korang click OK tu yerk…nanti dia keluar ler box yang mcm di bawah nie.  Mean, pendaftaran korang sudah berjaya.
6) then, Click Daftar Masuk.  masukkan no. kad pengenalan korang and kata laluan korang tadi.
7) kat form tu akan keluar macam yang kat bawah tu…..ada no. kad pengenalan, nama and no gaji yang korang dah masukkan tadi. Untuk check penyata gaji korang tu, under folder Penyata Gaji ada kolum sendirikan…hah, click yang tu…..

8) bila korang click kat kolum Sendiri tu, dia akan keluar ler yg macam kat bawah nie. Then, kat kolum bulan tu…korang click ler korang nak tengok penyata bulan berapa pun.  Sure keluar. 

9) Penyata gaji korang tu akan keluar dlm bentuk PDF macam kat bawah nie.

Sekian, terima kasih.