>

Ini bukan apa yang aku cakap or tulis.  Aku anak jati Felda…di lahirkan di Felda Bukit Batu and family aku berhijrah ke TENGGAROH since umur aku 4 tahun lagi.  Dan bila ada mangkuk hayun mana ntah yg tulis bukan2 pasal tempat aku di besarkan, tempat aku belajar erti hidup, tempat keluarga aku membina keluarga…….makanya aku sangat2 marah dan rasa si mangkuk hayun nie takde hak nak kata bukan2 pasal tempat aku…..kampung aku…..tempat di mana aku bersekolah…tempat aku menuntut ilmu.  Apa hak dia nak menuduh orang-orang TENGGAROH macam tu…….duduk kat TENGGAROH pun cuma 3 tahun dan bukan2 nak hina orang.  Tempat dia dan keluarga dia cari rezeki plak tu.  Memang dasar tak sedar diri betullah. Aku akui tak semua penduduk TENGGAROH nie SEMPURNA tp jangan kerana segelintir pihak habis satu TENGGAROH ko nak canang as orang kampung yang jahil. 

*** inilah orang nya yang tulis statement di bawah di FB dia.  AMJAD ALI ***
Sebut saje maner2 kawasan di tenggaroh,seseorg itu akan memikirkan ia adalah tempat dipenuhi ladang kelapa sawit dan tanah lapang.Di minda mereka akan terpapar keingingan utk menetap di situ dan memulakan hidup baru.Namun setelah menetap di situ,ternyata mereka akan merasa terkejut dan hairan kenapakah mereka berada di situ.

Nota saya pada kali ini ialah mengenai pengalaman saya sepanjang berhijrah dari Singapura ke Tenggaroh 2 Jemaluang Mersing.Ape yg saya akan kongsi ini bukanlah rekaan semata2 dan bukanlah utk menjatuhkan atau menghina sape2.

Kawasan Tenggaroh merangkumi dari Tenggaroh 1 hingga Tenggaroh 7 termasuk Tenggaroh Timur.Kawasan Tenggaroh penuh dgn kelapa sawit dan bukit bukau.Saya sekeluarga berhijrah ke Tenggaroh pada awal 25 February 2007.Kami ke sana kerana menerima tawaran dari pengusaha stesen minyak kuala lumpur utk beroperasi sebagai operator minyak.Pada mulanya saya juga mempunyai andaian seperti org lain iaitu jikalau ke sana,kami hendak mencari rezeki halal dan hidup aman damai.Kami hanya memikirkan bahawa akan ke tempat baru dalam keadaan lebih selesa dan selamat.Ternyata segala andaian kami salah dan menjadi sebaliknya.

Pelbagai peristiwa yang hendak dikongsi kepada rakan2 sume.Oleh itu adalah lebih baik utk saya menulis mengikut butiran supaya kemas dan teratur.Peristiwa2 yg akan dikongsi ini akan diperlihatkan kepada kite sume betape Tenggaroh di mana hampir seluruh penduduknya berbangsa melayu dan islam mempunyai tabiat2 buruk yg tersendiri yg boleh menjejaskan imej kite sebagai umat islam dan secara keseluruhan rakyat malaysia.

Boleh dikatakan ramai org2 yg duduk di Tenggaroh Jakon, Pendek Akal, Dajal, Tidak Befikiran Waras, Tamak Haloba, Tidak Bersyukur, Melampaui Ajaran Islam,R ampas hak Milik Org lain, Memfitnah, Mencerca, Malas Dan Sebagainya. Berikut adalah antara butiran2 yg saya boleh kongsi kepada anda sume mengikut pengalaman,benda yang sudah berlaku dan juga dari kajian lebih lanjut.

 (1)Org tua mencarut dan bercakap kotor2 pagi2 – Lazimnya kite bangun pagi2 utk memulakan mencari rezeki pada pagi yang indah lagi suci.Tetapi saya rasa heran dgn perangai org2 kat sini.Dahlah tua nak mampus tambah pula dia mencarut pagi2.Pantang tengok pekerja2 perempuan bekerja pagi2 mulalah mereka mencarut.Amat memilukan juga melihat org2 tua ini mencemarkan peniagaan kami dgn melakukan hobby2 mereka yg tidak faedah lagi kotor.Ada jugak berape kali ayah saya menasihati mereka supaya menghormati tempat kami beniaga namun damai yang kami pinta muka merah padam dan kemarahan utk bergaduh yang kami terima.

(2)berjalan seperti jakon dan sering membuka dada – Tidak dinafikan bagi mereka yang duduk terpendak di dalam kelape sawit,minda mereka tidaklah sehebat mane oleh kerana mereka tidak didedah kepada dunia luar.Selama saya ada di sini,memang amat mudah utk kenal org2 sebegini dgn cara mereka berjalan dan bertutur.Terlalu jauh dari arus kemodenan hidup.Salah satu contoh ialah mat rempit mereka.Amat melucukan melihat budak2 muda di sini beriya2 hendak menjadi mat rempit dgn gaya mereka tersendiri.Namun di sebaliknya,budak2 ini lupa bahawanya mereka bukanlah mat rempit yang hardcore dan daring seperti mana adanya mat rempit di kuala lumpur dan kelantan yang ganas2 dan mempunyai class yang tersendiri.

(3)mengumpat – Tak boleh dikatakan walaupun di mana jua kite ada,mengumpat mesti ada dalam masyarakat kite.Di sini pula bermacam2 karenah manusia saya dah lihat.

Karenah 1-Di depan kite dia kata minyak yang kite jual bersih dan berquality namun di belakang dia hebohkan kepada org kampung minyak kite campur air tanpa bahan bukti atau saksi.Apabila ditanya depan dia mengapa dia buat begitu,dia hanya mendiam diri dan senyum.

Karenah 2-Dia merayu kepada saya utk meminjam duit.Saya kasi.Namun 1 ketika biler saya tk meminjam duit kepada dia kerana dia kerap meminjam duit,dia mengumpat tentang saya menipu beliau,memungkir janji dan sebagainya.

(4)PHD(PENGAMPU HASAD DENGKI) – Di Tenggaroh terdapat org2 dari pelbagai bangsa contoh boyan,jawa dan banjar dan juga dari merata negeri di malaysia.Mereka ni tidak bersatu hati dan sering melumba2 mencari kemewahan antara mereka.Jikalau mereka tidak puas hati,Ilmu Hitamlah cara utk mereka mengatasi masalah.Bom sana dan bom sini tidak peduli tuntutan agama asalkan mereka puas hati.Mereka juga berpuak2 dgn pahaman ideologi sempit mereka.Kata org memang org jenis merekani tidak boleh melihat org lain senang sikit.Asal tidak bepuas hati atau sakit hati,cara kotorlah yang mereka sudahi dahulu.Dengan kami sebagai operator minyak jugak tidak lepas dari cengkaman iblis2 ini.Mereka memikirkan bahawa kiteni kaya dan mempunyai banyak duit dan harta namun mereka tidak tahu betape payahnya kami merantau ke negeri org dgn harapan besar mencari rezeki.

Ramai yang sakit hati melihat kami membuka stesen minyak di situ.Tambah pula kami ni org luar datang ke sini beniaga dan rezeki mencurah2 tidak berenti.Pelbagai gangguan telah kami sekeluarga alami semenjak duduk di sini.Telah banyak tempat kami berubat dan jawapannya adalah sama.Ada pihak di sini ingin keluarkan kite dari sini dan mereka sendiri hendak stesen minyak itu namun mereka tidak mempunyai cukup modal dan duit.Antara gangguan2 yg kami alami adalah seperti berikut..

A.Sering bergaduh anak beranak.
B.Tidak boleh tidur
C.Sentiasa rasa marah.
D.Tidak lalu makan.
E.Berat badan bekurangan dan tk bermaya. (kalau tengok gambar sihat wal’afiat jer)
F.Malas utk bersembahyang. (malas sembahyang pun nak salahkan orang lain ker? Pucuk pangkal keimanan kita pada Allah yang satu)
G.Sering kecewa dan kecik hati.
H.Masalah kecik boleh menjadi besar.
I.Mane2 anggota badan akan sakit dan lemah

 Boleh dikatakan hampir setiap hari, kite bukannya bertarung dengan tugas seharian kami tapi jugak dengan gangguan ilmu hitam pihak2 tertentu yang penakut dan banyak melakukan perkara mungkar.Memang sudah menjadi adat budaya di Tenggaroh jika anda seorang yang senang dan sihat walfiat,ader sajer orang yang hendak jatuhkan anda. Memang org yang buat ilmu hitam kat kite sekeluarga amat terkenal di kampung dengan kekayaan dan keangkuhan beliau.Beliau memang tidak boleh melihat orang lain leboh dari beliau.Sesiapa saja yang  lebih dari beliau atau engkar kata beliau akan dibom bertalu2 tanpa belas kasihan.Namun diani org yang takut mampus dan takut keluar rumah.Walaupun kite tahu ini sume adelah keje beliau,kite redah saja pada ape yang berlaku dan serah sume kepada yang Maha Esa.

(5)Mengambil barang org tanpa minta kebenaran-Perkara ini pernah berlaku di sini.Ada segelintir org yang tidak beradat membuat perkarani…

Contoh 1-Ayah baru beli kereta Myv berwarna Hitam.Hari pertama letak kereta di luar ofis ada seorang pekerja anak Tenggaroh tanya kepada ayah..”Bos mintak kunci saya nak test bawak kereta bos”.Alangkah terkejutnya kami apabila mendengar kata2 budak tersebut.

Contoh 2-Saya sedang duduk rehat di luar ofis.Hp saya berada di atas meja.Salah sorang pekerja saya datang lalu mengambil hp saya dan membuat seperti hpnya sendiri.Saya hanya mendiam diiri kerana saya tau minda mereka di sini terlalu sempit sehinggakan mengambil barang org pun di buat tk sapekan kite.Kalo hp saya yang mahal itu rosak habislah saya.

Contoh 3-Sorang pekerja meminjam radio saya.Memnjam selama 3 minggu tapi dia berjanji akan p ulangkan kepada saya esok..Berulang kali bertanya pada beliau di mana radio saya.Alasan yang diberi ialah dia lupa untuk membawanya.Hari yang dia membawa radio itu,saya mendapati kaset player radio sayatidak berfungsi lagi.Saya mintak ganti rugi kepada dia namun selepas itu dia menghilangkan diri.Dengar khabar beliau telah lari ke johor bharu.

(6)Tidak mempunyai belas kasihan,pedoman dan kesabaran.-Saya boleh mengatakan betapa hebatnya dugaan Allah kepada kami..Berape insiden dibawahni adalah detik2 cemas kepada kami sekeluarga..Tidak dapat dibayangkan kepada sape kite hendak mengadu kecuali kepada Allah kerana Pihak Polis dan Pihak Penguasa di bawah tangan mereka.

Insiden 1-

Sorang budak latar belakang penagih dadah tegar datang ke stesen utk beli biskut.Kebetulan di tempat biskut ada dua bahagian di atas dan di bawah,Di atas adalah biskut yang belum tamat tempoh dan di bawah yang sudah tamat tempoh.Mak Si budak otat sesot ni pegi ambil biskut yang diletak di bawah.Mak saya beritahu beliau bahawa biskut itu dah tamat tempoh namun beliau berdiam lalu terus bayuar dan keluar.Berape minit lepas itu beliau kembali dan campak biskut tersebut Beloau ke muka mak sambil mengata “Oh kau nak kasi aku mampus ye kasi biskut yang tamat tempoh.Aki nak duit aku balik!”Mak saya menyuruh tenangkan beliau namun beliau kembali semula ke motor dan mengeluarkan sebilah parang.Beliau masuk ofis lalu menghayung ke kanankiri ke arah mak saya.Waktu itu mak saya sorang. Ayah sedang rehat di kerusi dan saya di kl.Ayah tedengar mak menjerit lalu terlena dari tidur.Barang dalam ofis selerak.Budak itu terus beredar.Laporan polis dibuat namun polis tidak mengambil ape2 tindakan.Yang peliknya ada sorang kutu polis memberitahu kepada budak itu bahawa kite membuat laporan polis.Berape hari lepas itu budak itu datang ketawa sambil mengatakan polis senang utk dibeli dan tiada ape2 yang boleh kiter buat..Heran….

Insiden 2-

Sekumpulan budak  datang ke stesen mengamuk dengan saya dan ayah mengenai minyak campur air.Emak berada di rumah dan insiden ini berlaku semasa bulan puasa.Mereka datang memintak ganti rugi.Tapi yang mengherankan tiada bukti yang dibawa contoh bil membaiki kerosakan atau sampel minyak.Yang pelik jikalau benar ada masalah kenape harus datang dengan geng2 sambil memaki hamun kami.Ini bukanlah dinamakan hero tapi pengecut.Memang benar jika berlaku pergaduhan di tenggaroh,saya tk pernah lihat 1 lawan 1 tapi ramai2 lawan 1. Amat memalukan melihat mereka ni..Dalam bulan Ramadan yang mulia mereka datang memaki2 pelbagai ayat2 yg mengecikan hati kami.Di sebelah pihak kami jugak kami telah mrmbuat macam2 demi menjaga minyak yang kite jual tidak mencampuri air.Kita telah check secara keseluruhan namun tiada air. Menteri Perdagangan telah beberape kali check namun tiada air.Yang sebenar kami dapat tahu mereka ini telah diupah pihak tertentu utk membuat kecoh dgn kami jadi kami akan rasa takut dan akan keluar dari kampung Tenggaroh ini.Laporan polis telah dibuat namun tiada tindakan diambil kerana individu terbabit yang mengupah budak2ni telah bekerjasama dgn polis dan polis telah menutup mata sebelah.

Sebenarnya banyak lagi yang saya hendak kongsi tapi waktu tidak menizinkan.Bagi mereka yang membaca nota yang tidak seberape ini,harap2lah jangan meniru perangai org2 Tenggaroh yang sedemikian rupa. Bagi yang menetap di Tenggaroh atau kawasan sekeliling ambillah iktibar dari sini dan jika boleh berubahlah..Jangan menzalimi org lain. Jangan ambil kesempatan dari kesenangan anda untuk melakukan perkara yang bertentangan dgn agama dan bangsa….


FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA. SUBHANA ALLAH.

*** si AMJAD ALI nie dah blok plak FB dia.  Baru nak kasi link kat korang.