>Bersiaran langsung dari Everly Resort Hotel, Tg. Kling Melaka.

Fuh…….letih…dari hari Khamis last week lagi aku berbengkel sampai hari jumaat malam.  Sabtu tengahari balik ke Kluang.  Then, Ahad plak bertolak ke Tg. Kling, Melaka untuk Kursus Kecemerlangan PA sehingga ler ke hari khamis.

So, today……….aku mmg minta cuti.  Kebetulan boss pun takde. Outstation ke langkawi then dia sambung cuti sampai 6hb………….makanya……….aku amik kesempatan nie merehat2kan badan….mmg penat ler….penat otak…fizikal tu takde ler sangat kan….

So…now…aku bersiaran dari Everly Hotel yang kengkonon banyak citer2 mistik kat sini.  Wallahualam……tp alhamdulillah…….mlm tadi tido kami lena tanpa gangguan……Batrice pun still bergulung dlm blanket lagi tu….

Btw, semalam hubby aku datang jemput aku. So…alang2 dah sampai ke sini and aku pun cuti hari nie………makanya sambung percutian di melaka nie.  Lagipun dah janji nak bawa budak comel tu mandi2 kat pool.  Ikutkan aku nak bawa dia ke Wet World Melaka……..tp bila di fikir2kan balik…udah ler hari jumaat……sure takde orang punya…..makanya ambil keputusan, check in ler mana2 hotel yang ada swimming pool……….biar budak tu puas hati sikit……dah berjanji dengan dia….mmg WAJIB tunaikan kalau tak nanti dia dok ckp benda yang sama sehingga ler kita tunaikan janji kita tu. Batrice nie mmg kuat ingatan sikit. Jangan ler janji yang bukan2 kat dia…….sampai dpt dia tuntut janji tu.

Cerita mmg banyak.  Tp nanti2 lah yerk…balik rumah nanti…..la nie, aku nak menikmati hari2 cuti bersama my family.

hurrm…….mana ler nak pergi lepas check out nie?