>

Kenal bebudak comel nie….Mia & Mija.  He he he….raya ke-2 kami gerak balik ke kampung aku @ Felda Bukit Batu, Kulai.  Before tu, sempat gark ler singgah rumah mak Lieya.  Makanya sempat ler jugak budak2 nie bermain…mak2 bergossipan, papa2 citer apa2 yang patut.  Kat rumah lieya, we’ll di jamu ngan nasi, ayam masak kari, sambal petai and rendang daging.  He he he…tak dpt nak makan byk pun….coz’ b4 singgah rumah lieya, we’ll sempat makan KFC kat Simpang Renggam……selepas di paksa oleh lieya…baru ler aku makan..tu pun gigih nak menghabiskan nasi…laling hubby aku tak makan…..

Sweet jer nengok bebudak nie dah pandai main bersama2.  Last year datang…….Batrice malu2 kucing tak pandai berkawan lagi…la nie, dah pandai kawan…buat rumah orang cam rumah dia.

Dari rumah lieya…terus ke rumah arwah atuk belah my mum. Makcik2 dah ada berkumpul kat sana.  My mum pun sebelum raya lagi dah berkampung kat rumah arwah atuk.  Malamnyer kami gerak ke Kulai plak…rumah Cik Ana….mcm2 ada…sambal udang, sate goreng, ayam goreng……rezeki yang ada di kongsi ramai2…meriah…makan rebut2…….he he he…tu yang meriahnya bila kumpul belah my mum…..ramai orang..happening……and pot pet pot pet selagi tak tido…ada jer citer..sikit2 gelak…

tp kat belah my mum nie…..kawan2 Batrice ramai yang lelaki ler…sepupu2 aku yang kecik2 ramai yang lelaki…anak2 sedara pun ramai yang lelaki…yang pompuan ada ler seketul.  tu pun belum pandai nak geng ngan batrice…makanya si abang2 nie ler tukang layan si Batrice…di paksa ok…..

meriah mm meriah………coz’ ramai…mari kita berkampung kat luar jer…bentang jer tikar…menjadi ler memasing buka cerita.

Lepas tu, sessi bergambar2….aku malas nak tepek kat sini…tepek mana yang penting je lah yerk…lagipun gambar ahli2 keluarga belah my mum……buat kenang2an di kemudian hari.

Dah kenyang…dah penat sembang, balik Bukit Batu balik.  Tido kat rumah arwah atuk aku…lama dah tak tido kat sana…bertahun rasanya…….tahun nie baru lah nampak hidup kembali rumah tinggalan arwah atuk aku tu…….insya allah, tahun depan…family my mum cadang nak sambut raya kat rumah arwah atuk jer…kumpul ramai2 adik beradik….masak ramai2 di malam raya…sure seronok kan…….