>Pagi tadi….topik pagi ERA….:

LAIN YANG DI SURUH, LAIN YANG DI BUAT

mengekek2 aku dlm kereta sambil drive layan citer pendengar……..ada2 jer kan….tp paling byk kes kat kedai MAMAK ler kan…lain yg di order lain yang sampai……..aku pun ada citer gark pasal topik nie…tp segan ler plak nak call..kalau call pun bukan senang nak tembus kan…so, aku share kat sini je lah yerk…

Dulu time aku tadika…..ada cikgu dari JEPUN datang tau……nama cikgu tu cikgu HIROMI….cantik manis cikgu nyer….cakap pun lembut jer….slow jer…..tak sure aku tujuan cikgu HIROMI datang ke tempat aku…tp lama jugak ler…kalau tak silap almost sebulan gark kot….so, we’ll nie…yg jakun tak pernah jumpa pelancong harus ler kemain manja lagi ngan cikgu HIROMI nie…..dia boleh cakap melayu sikit2……sepatah2 ler……tp still boleh faham apa yang dia cakap kan tu…

One day tu….kalau tak silap aku…lagi dua tiga hari kot dia nak balik JEPUN…..aku and the geng nie tengah main bawah pokok ceri sebelah rumah cik ani….jiran aku…..aku, nina, zarina, juli, adik2 aku, and ada lagi a few ler……main panjat and petik buah ceri……pastu berdozen2 dlm saku memasing……he he he…and then, tengah syok2 main…cikgu HIROMI datang kat kitaorg…..dia cakap pasal SURAT KHABAR….we’ll nie mati-mati ingat dia nak we’ll kumpulkan surat khabar bebanyak…..so, dgn cargas takde ckp apa….kitaorg nie gerak ler pusing keliling satu kampung cari surat khabar utk cikgu HIROMI….satu kampung ok we’ll pusing….dulu2 bukan sumer orang baca surat khabar kan…a few jer yang beli pun…so…tu yang satu kampung we’ll pusing semata nak kumpulkan surat khabar utk cikgu HIROMI….byk gark ler….time tu aku pergi berempat kot…aku, adik aku, zarina and juli.  Nina tak ikut coz’ mak dia tak kasi……

Bila dah dpt kumpul surat khabar….terus jer balik ke rumah cik Ani…dgn semangat berkobar2 nak serahkan sumer surat khabar tu kat cikgu HIROMI…dlm kepala otak memasing tu aku tak sure ler…tp dlm kepala otak aku nie…aku dok pikir maybe cikgu HIROMI nak bawa balik jepun kot surat2 khabar malaysia nie….he he he…pemikiran budak sekolah TADIKA ko…..rupa2nya….hu hu hu hu…sadis ok kenyataan sebenarnya…

Cikgu HIROMI nak ambil gambar we’ll utk di masukkan dlam surat khabar JEPUN bila dia balik nanti….huuwaaaaaaaa…….melepas nak feeling glamer kat negera JEPUN…..we’ll sampai rumah cik Ani, cikgu HIROMI dah balik rumah dia…..Nina senyum gedik2 info kat kitaorg apa yang cikgu HIROMI nak sebenarnya…..huwaaaaaa…kalau tak sure muka aku terpampang kat surat khabar jepun ko……….