>

Dulu aku pernah try sekali buat puding caramel nie….tp time tu guna telur berbiji2 arr……..jadi mmg jadi…sedap pun….coz’ anak dara aku tu makan tak berhenti2………tp, sebab byk sangat guna telur….aku tak suka…bau telur..hanyir sikit kan…..tekak aku pun lite2 jer boleh terima……so, ingat nak buat lagi puding caramel nie…tp tak nak yang guna telur or guna sikit jer….so, jelajah punya jelajah….jumpa ler resepi nie…….

 *** puding caramel yang aku pernah buat………tp time tu guna byk telur….tak berapa nak masyuk ngan tekak aku ***

Puding Caramel tanpa telur

Bahan A
2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
1.hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak…biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..

2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.

3.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

yang nie plak resepi guna telur…tp tak byk ler…5 biji jer……….

Bahan-bahan:

1 tin evaporated milk
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula utk puding
1 cawan gula (utk karamel) + 1/4 cawan air panas (boleh kurangkan gula kalau nk kurangkan manis)

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam mangkuk, kacau gula + 5 biji telur sampai gula hancur. Then masukkan susu + esen vanila.
Ketepikan.
3. Sediakan karamel….hanguskan 1 cwn gula tadi dan bila warnanya dh jadi golden, masukkan air
panas, Kacau sampai rata..then tutup api.
4. Tuangkan karamel ke dalam bekas/mangkuk kukusan.
5. Tapiskan adunan puding ke dalam bekas yg ada karamel tadi.
6. Kukus selama 1/2 jam atau kurang.
7. Bila dh masak, sejukkan dulu puding tu sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan utk dihidang.

*** sorry lah yerk…awal2 puasa aku dah sajikan korang ngan entry makanan plak…takpe..kot2 ler korang rajin nak buat utk berbuka nanti kan……