>Rabu – 7 Julai 2010 (admitted @ High Dependency Ward, Hospital Kluang)

Around pukul 3 am……..Batrice dah start resah gelisah…….kejap2 bangun tukar posisi tido…tp aku layan kan jer…..and sapu2 VICK kat dada and belakang dia….selalu tu, after sapu VICK dia akan OK sambung tido ngan lena…tp kali nie cam tak ok plak….time nie takde perubahan apa2 lagi or maybe mak dia melayan dia dlm mamai2 kan…so, tak perasan ke apa………..tp, around pukul 6 aku bangun nak siap pergi kerja…aku tengok lain mcm plak keadaan anak aku nie………..lembik sesangat…and then…nafas dia mcm laju bebenar……….aku target dia nak kena semput cam b4 nie lah……ingat entry NIE.  1st time dia ambil Neb kat hospital kluang………so, aku tak fikir apa2 yang serius……..lepas mandi, siap bagai…….aku buatkan susu….and ingat nak kerja and tunggu hubby aku jer hantar dia pergi hospital………..tp………..NALURI seorang IBU kan………..hati aku betul2 berat nak pergi kerja……….hati aku kuat nak hantar terus dia pergi HOSPITAL even aku pergi sendiri coz’ laling hubby aku terbongkang lagi tido coz’ melayan bola sampai ke subuh kan…………nak kejut cam tak sampai hati ler plak………….

Around pukul 7 ++ am tu, aku hantar mesej kat boss ckp aku masuk half day hantar anak gi hospital….so, aku terus drive bw Batrice ke Hospital………tp tak pergi terus ke hospital besar coz’ selalunyer hari bekerja nie…..utk pemeriksaan pesakit luar…kena pergi ke klinik kesihatan jalan mengkibol……..sampai2 sana, kerani tu ckp utk demam now, kena pergi hospital kluang terus………..si batrice mmg dah flat sungguh ler…nak berjalan pun dia dah tak larat………..so, aku terus ke hospital kluang…….ke klinik saringan demam. 

Sampai tu………..belum sempat turun kereta, Batrice muntah……….habis baju dia kotor kena muntah…….so, aku call hubby suruh datang hantar baju dia…yelah, takkan nak pergi check ngan tak berbaju plak….sian plak anak dara aku tu…………

tengok ler keadaan dia……..tak bermaya langsung…………sedih aku………….tp yang lebih buat aku sedih bila nafas dia start laju and kasar………..tp takde bunyi tau………..bila dia tak berbaju nie, baru ler nampak perut dia turun naik laju masa bernafas……OMG……….aku betul2 risau time nie…….

lepas laling hubby aku datang hantar baju………terus aku bw dia jumpa doc utk check up…………tp tu arr……….aku langsung tak terfikir nak ke Emergency Area……kalau tak kan, aku boleh skip nak menunggu nie………….bila doc check ………..takde demam ke apa……….suhu badan dia normal….aku tanya kena asthma ker…..tp doc tu ckp……..takde coz’ pernafasan dia clear takde bunyi…..tp yang menjadi masalahnyer ialah………….pergerakan dia menyedut udara tu laju sungguh….doctor pun tak sure kenapa……….so, doc decided utk hantar masuk ward for pemeriksaan lanjut.  Aku dah redha jer time nie……….demi anak kan…..biar lah masuk ward……..biar lah aku berkampung kat ward…janji aku tahu punca kenapa anak aku jadi camtu…………ikut kan hati, mmg aku malas nak berkampung dlm ward tu…….

After daftar sumer………..and masuk ward kanak2 hospital kluang…………kebetulan, time Batrice admitted tu, doktor pakar tengah buat pemeriksaan………so, mmg sangat2 beruntung ler tak payah nak tunggu lelama kan……..doktor Mohamad terus jer check Batrice bersama2 ngan Doktor Lim & Doktor Frankey.  Tiga2 doktor buat muka serius……..mcm2 dia soal aku………and at the end, Doktor Mohamad cakap kena masuk ICU……….wahhh…………….luluh jantung aku dengar perkataan ICU tu……….yelah, Batrice mana lah pernah kena sakit teruk2 kan………takat demam, selsema and batuk tu….biasalah bebudak…………tp kali nie, terus kena masuk ICU……………

Doktor Frankey terangkan pada aku yang Batrice kena serangan asthma di tahap yang kritikal and ada jangkitan kuman di paru2 dia…..atau nama lain dia…….BroncoPneumonia OMG……….nak menitik air mata aku….tp aku tahan coz’ aku tak mahu Batrice tengok mama dia nangis……..aku tak nak nampak lemah di depan anak aku….aku kena kuat demi dia…..bila aku kuat…..aku harap, dia pun akan jadi kuat……………

for 1st day jer…………4 kali dia kena cucuk……..sian dengar dia meraung kesakitan…padahal b42 nie…..Batrice tak pernah menangis pun time kena injection………..even masa dia umur setahun lebih ……masuk hospital and admitted for 3 day ………..dia tak nangis langsung time cucuk utk masukkan jarum tu….siap dia tengok lagi nurse tu cucuk tangan dia………tapi this time………luruh hati aku dengar dia nangis mendayu2………..kalau sekali jer kena cucuk tu ok ler jugak…ini 4 kali tau………1 utk masukkan jarum utk masuk air & ubat another 3 kali tu utk ambil darah dia………..sekali kat tangan tp tak clear plak line dia…..2 and 3 kat ibu jari kaki dia………..sedih ok…………anak yang aku tahu seorang yang kuat tetiba jadi selemah itu…..aku tahan air mata aku …………..aku hanya mampu menangis dalam hati dengar raungan kesakitan dia……poor my lil angel

Sedih sangat2 tengok keadaan dia………….lemah tak bermaya langsung…….tp dlm sakit2 dia pun…….dia still lemparkan senyuman buat mama dia………mungkin dia nak tunjukkan bahawa dia kuat..and mahu aku jadi sekuat dia…………Allah, peliharalah anak ini……..sesungguhnya dia adalah ANUGERAH terindah buat kami ya Allah…………

Alhamdulillah…………berada di ward ICU adalah yang terbaik buat Batrice…….penjagaan yang rapi, layanan staff nurse yang terbaik………..di sini, 1 pesakit akan di handle oleh 1 staff nurse…….sgt memuaskan hati…..and keadaan dlm ward ICU nie sangat2 lah tenteram…………lagipun, at that time……cuma ada 3 pesakit saja termasuk Batrice…….seorang pakcik cina yang tak sedarkan diri and sorang melayu umur around 30-an masuk coz’ sakit jantung…………so, Batrice dpt rehat dgn sangat2 aman……….yang kedengaran hanya bunyi mesin2 perubatan……….
 Keadaan Batrice for 1st nite di ward ICU……..tido dgn sangat nyenyak…….