>……….andai dapat ku undur semula putaran waktu……….akan ku TEBUS setiap titik kesilapan yang telah ku lakukan…………agar dosa2 itu tidak terus mengejarku dan menghimpit perasaanku………..

DALAM HATI MANUSIA…
ada kekusutan dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

DALAM HATI MANUSIA…
ada keganasan dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.

DALAM HATI MANUSIA…
ada kesedihan dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

DALAM HATI MANUSIA…
ada kegelisahan dan tidak tenang kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa dengan Allah swt.

DALAM HATI MANUSIA…
ada penyesalan dan tidak padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Allah swt,qada’ dan qadarnya serta sabar sehingga menemuinya.

DALAM HATI MANUSIA…
ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Allah swt dan bermohon kepadanya.

Berterusan dalam berzikir kepada Allah swt adalah sebenarnya kepadanya .Andainya dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.