>

wah..nampannyer….cuti sekolah kali nie mmg meriah ngan berita orang kawen kan..bukan takat sedara mara aku jer…..artis pun tak ketinggalan.  Semalam aku dah buat review pasal majlis pertunangan si kacak jimmy shanley kan..now, aku nak review plak citer pernikahan Harith Iskandar bersama pasangan nya Jezamine Lim

Walaupun dihalang keluarga pihak perempuan kisah percintaan Harith Iskander 44 dan Jazemine Lim 27 akhirnya dengan pernikahan setelah Jazemine Lim yang merupakan seorang doktor pelatih dan model sambilan tetap dengan keputusanya untuk mengahwini pelawak ternama negara Harith Iskander.

Dengan sekali lafaz Harith selamat menjadi suami kepada Jazemine Lim dengan mas kahwin RM300.Mereka dinikahkan dirumah pengurus Harith,Sue Hussian di Kota Damansara.Jazemine juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM 50,000.

Di khabarkan bahawa keluarga Jezamine tidak merestui perkahwinan mereka.  Apa2 pun moga pernikahan mereka di berkati dan berkekalan hendaknyer hingga ke akhir hayat.  Harith Iskandar juga di khabarkan sedang berusahan untuk merapatkan hubungan dia ngan keluarga Jezamine.  Semoga usaha Harith di berkati.