>

Salam hari pertama di bulan JUN….wah, kejap jer dah masuk pertengahan tahun….cepat betul masa berlalu erkkk………

So, ok kengkawan…let’s continue ngan citer xtvt sebelum majlis perkahwinan adik2 aku.  Macam biasa lah kan….bila hidup dalam masyarakat yang kaya dengan muafakat………..maka kerja susah pun jadi mudah….kerja berat pun jadi ringan.  Begitu lah kami yang hidup di kampung nie…..tenggaroh pun boleh di kategori kan as kampung yerk……so, my mum  mmg tak perlu risau ler takut xde orang yang nak menolong kan….ahli2 blok awal2 pagi lagi dah datang berkampung kat rumah aku….start dari hari jumaat….tp coz’ tak byk kerja…so, jumaat tu takde lah ramai sangat…….tp hari Sabtu…mmg meriah lah…..byk kerja nak buat kan…….

Dari kupas bawang…potong bawang, potong daging….prepared ayam and others work memang ahli blok akan gotong royong……..tuan rumah  just sediakan kerja and bahan2 jer…yang lain insya allah di usahakan bersama2 ahli blok dan sedara mara.  Maufakat membawa Berkat…tak gitewwww….

Periuk nak masak pun dah tersedia tertenggek atas dapur…..tp masak takde lah hari sabtu tu kan…….selalunya….start awal pagi around pukul 4 – 5 pagi…tukang masak baru lah start  memasak nasik, lauk untuk majlis……..kali nie, tukang masak kami…..cik Sukarno…..bapa sedara aku…..dulu time aku, arwah atok aku yang masak……..this time turn my bapak sedara plak….bab masak2 untuk kenduri kendara nie dalam family aku bukan menjadi masalah coz’ ramai tukang masak tak bertauliah tp gred lebih kurang cam chef hotel…..silap2 chef hotel pun kalah….

Lunch tengahari Sabtu tu pun depa gotong royong masak…mcm2 ada….siap ada ulam and sambal belacan..also my feveret keladi asam rebus…walllah……..Selera tengok lauk2 kampung tu kan…tp bila dah penat nie…..mmg takde “mood” nak makan ler……

Tapi adik2 ipar aku nie kemain menceduk makan….almaklum…..ibu2 mengandung mmg perlu makan lebih2 kan….

Batrice? ha ha ha….usah di tanya….mmg seminggu kat kampung aku lepas tangan jerrr……tak risau pun kalau dia main jauh2….yelah…kampung tak macam bandar…so, dia memang bebas giler kat sana…nak2 ramai plak tu yang rajin nak melayan dia……….seronok ler dia….

Siap buat mesyuarat tingkap lagi ko…….korang tengok ler kengkawan dia…..sumer budak dah sekolah punya….dia yang paling kecik…tp rela hati jer kakak2 tu melayan kerenah Batrice……tp yang peliknyer even dia yang paling kecik….tp dia yang jadi ketua kat kakak2 tu….apa dia suruh…kakak2 tu buat jer…..

Ada 1 part yang kelakar tapi aku tak sempat nak rakam…..dia dok buat konsert dalam rumah sambil pegang microfon, joget2…..yang lelain dok berkerumun kat pintu umah mak aku tu….siap tepuk tangan lagi……he he he he ……aku rasa lah kan…..kalau aku biar si Batrice nie duduk ngan mak aku kat kampung……harus bertukar kaler kulit dia 100%….seminggu duduk kampung……naik legam kulit anak aku….mana tak nyer…tak reti panas kalau dah main tu kan…..siap golek2 lagi ko atas rumput bawah pokok rumah jiran aku…….

Nak marah……mcm tak patut plak……balik tenggaroh jer lah dia boleh enjoyed explore benda2 yang dia tak dapat nak explore kalau kat kluang kan…….balik tenggaroh ler dia reti jadi budak kampung….main pasir, main golek2 atas rumput…..petik daun2 pokok….main lari marathon dari rumah  mak aku ke rumah jiran aku yang jauhnyer mau 4 – 5 buah……he he he…biarkan aje kan…….biar dia happy…biar dia enjoyed and biar dia rasa apa yang mama dia pernah main dulu………..xde ler jadi cucu felda yang jakun nanti…hik hik hik

Advertisements