>

va va va…mak bangga lagi…muka aku keluar papers….kali nie edisi HARIAN METRO plak.  Tp online x nampak ler plak gambarnyer…tengok HARIAN METRO real…..jelas sejelasnyer muka aku terpampang ko…..glamer jap aku…sambil bc paper tu sambilaku jeling2 hubby kesayangan aku…kot2 ler dia tak perasan kan…..he he he h…tp hubby aku buat dono jerrrr………..ceh…nyampah tau…..jeles ler tu, muka wife dia yang comel nie interframe kat surat kabar…..

So, pada sesapa yang join GATSBY STREET FAIR – 17 April lepas…..sila ler kelebek-kelebek HARIAN METRO semalam yerk…..kot2 ler muka korang pun terpampang sama….tp yang pasti…muka aku ler kemain comel di situ…wah gitew…tak lupa Pak Radie lakinyer Pn Filla pun ikut interframe sekali….Pn Filla tak kelihatan plak…ke aku yang rabun tak perasan pn Filla dok tertenggek sebelah Pak Radie tu……he he he

500 blogger berhimpun

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/05/12
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DUNIA siber semakin berkembang menyebabkan lahirlah ramai blogger yang aktif dalam pelbagai bentuk penulisan. Namun, apa yang sering digalakkan adalah penulisan yang sihat dan mampu menjana minda masyarakat yang mengikuti blog berkenaan.
Baru-baru ini, lebih 500 blogger dari seluruh Malaysia berjaya mencipta satu sejarah baru apabila menjayakan Temasya Jalanan Deodoran Gatsby.
Ia berupa perhimpunan blogger terbesar di Malaysia, justeru berjaya melorek acara yang unik itu ke dalam Malaysia Book of Records.
Blogger dari Nuffnang Malaysia, komuniti blog pengiklanan terulung di Asia Pasifik turut hadir beramai-ramai pada temasya itu yang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik. Karnival itu berlangsung di Berjaya Times Square Boulevard, Kuala Lumpur baru-baru ini, dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Temasya Jalanan ini anjuran Gatsby jenama kosmetik lelaki tersohor di Jepun, dengan sokongan Nuffnang Malaysia.
Acara itu juga sebahagian kempen mempromosikan jenama baru Kawalan Berganda Siri Deodoran (Double Protection Deodorant Series) dan untuk memupuk budaya blogging secara sihat dan kecenderungan untuk berekreasi kepada rakyat Malaysia.
Antara aktivitinya, bloggers blogging serentak secara beramai-ramai. Permainan lain termasuk Snake & Ladder, Rocky Mountain, F1 Kraze, Krazy Beans, Can Smash, Balingan Bola dan Electrifying Maze.
Peserta dari pelbagai lapisan umur dilihat menikmati keseronokan dan keceriaan dengan mencuba kemahiran mereka di lebih 40 gedung permainan yang disediakan penganjur. Masing-masing ceria kerana pulang dengan hadiah menarik dari Gatsby.
Deodoran terbaru itu menawarkan beberapa variasi produk bermutu seperti Crystal Musk, Fresh Fougere, Lime Green, Ozone Blue dan Woody Fourgere. Ia boleh didapati dari jenis deodoran sapu dan siri perenjis semburan wangian. Orang ramai yang hadir pada karnival itu turut diberi peluang mencuba pelbagai deodoran itu. Karnival itu juga diserikan dengan kehadiran Pengasas PJN & Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi, Presiden Mandom (M) Sdn Bhd, Chin Choon Keng, Timbalan Presiden Mandom (M) Sdn Bhd, Kuniyuki Ota dan dan pengasas bersama Nuffnang Sdn Bhd, Timothy Tiah.