>

Bila ISNIN jer….mula ler xde mood……boring jer sepanjang hari aku kat office nie…udah ler x ramai orang…ngan boss plak outstation..lagi ler MOOD aku kedaung…

 Last week pergi bandar…simpang singgah POPULAR Bookstore cari novel baru………rupanyer….ada karya terbaru dari Ramlee Awang Murshid………..cerita baru kesinambungan dari kisah cinta Laksamana Sunan……tajuk baru : CINTA SUFI………..3 hari 3 mlm aku dok khatamkan novel nie…….aku nie jenis, once aku dah buka novel……..selagi tak habis selagi tu ler………..tp bila dah ada family nie…susah ler nak direct habiskan 1 novel tu dlm masa sehari….dulu2 time belajar boleh…..aku pernah bc novel karya Norhayati Ibrahim…lupa plak tajuk dia…tp mmg tebal giler ler…..3 kali ganda tebal dari novel CINTA SUFI nie….aku start baca pukul 9 malam…….sampai ke pukul 4 pagi baru mata aku boleh lelap….sayang nak STOP coz’ citer dia BEST gilerrrr…………sampai aku pun jadi Giler satu malam tak tido…tp itu dulu..now, kalau aku buat….mau laki aku plak giler………….

Aku tak pernah tertinggal beli hasil karya RAMLEE AWANG MURSHID nie……sumer citer-citer dia best….thriller ker, romance ker sumer aku beli………….penulisan dia ada ilmu……ada isu keagamaan, isu sejarah dan yang paling penting Ramlee Awang Murshid memartabakan BANGSA MELAYU dan AGAMA ISLAM di mata dunia………..kalau tak caya………..korang baca novel2 tulisan dia…….serius….takde ler kosong sangat kan…………

Dulu time muda mudi, aku suka baca novel tulisan Ahadia Akasha…tp bila dah meningkat usia nie….aku rasa penulisan dia kosong….sumer cerita pasal cinta monyet….dan selalu mengambarkan watak utama itu berlebih-lebihan….kalau kaya….KAYA yang melampau…kalau miskin, MISKIN yang melampau, kalau cantik plak …mmg takde mahkluk lain ler yang TERCANTIK kalau nak di bandingkan ngan watak utama dia…pastu, bila watak hero….sure hero tu KAYA, KACAK, PANDAI otak bergeliga..Kerja baik2 punya…aku rasa mcm tak realistik dengan kehidupan kita….tp tu sumer pandangan peribadi aku je lah kan…..tepuk dada tanya selera……

Nie antara novel karya Ramlee Awang Murshid yang aku dah baca…tu pun ada lagi yang tertinggal kat rumah mak aku…tak pun SIL aku pinjam…tak dpt nak jejak balik ….he he he…aku nie mmg hantu novel……
CINTA SUFI adalah Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta),
Sinopsis : 

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

 
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan…banyak lagilah.
So, if nak tahu kesudahannya…..jangan lupa dapatkan CINTA SUFI by RAMLEE AWANG MURSHID