>

Serius…camne aku boleh lupa malam tadi ada ABP 2009 yerk……….tp maybe sampai rumah pun dah almost 11pm dari Tenggaroh and Batrice pun tak sihat……..so, balik tu mmg aku tak mengadap tv langsung…sian kan…..agak2 bila ler siaran ulangan ABP 2009 nie………?

Apa2 pun thank to MURAI.COM yang byk menyalurkan berita buat orang2 macam aku yang selalu ketinggalan berita2 panas nie………hu hu hu….jom share apa yang aku jumpa 

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2010: Sepanjang 15 tahun Dato Siti Nurhaliza menceburi  bidang nyanyian, beliau telah meraih Anugerah Penyanyi Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH1996-2009) selama 14 tahun berturut-turut. Dalam pada waktu yang sama,  beliau turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sebanyak 7 kali.:
Satu pencapaian yang boleh disifatkan cukup luar biasa sekali yang pernah dicapai oleh mana-mana artis atau selebriti tempatan kita. Namun, kemenangan terbaru Siti menerusi 2 kategori di ABPBH2009 dianggap cukup istimewa bagi penyanyi tersohor Malaysia ini.

Lebih-lebih lagi apabila kedua-dua dua anugerah itu mungkin adalah yang terakhir yang dipegangnya. Ini  kerana Siti sudah pun membuat keputusan mengundur diri dalam ABPBH pada tahun depan. Katanya, keputusan ini sememang sukar untuk dibuat apatah dia khuatir berita itu mungkin akan mengecewakan peminat.

“Sudah lama Siti berada dalam ABPBH. Acara ini juga yang mengajar Siti untuk menjadi artis dan mengiktiraf Siti hingga ke tahap ini. Siti bukan kata Siti nak bagi peluang kepada orang lain untuk memiliki anugerah ini, sebab ia mungkin menampakkan Siti angkuh.

“Tetapi, sudah tiba masanya yang sesuai untuk Siti berehat dalam penganjuran ini. Selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak, ada yang setuju ada yang tidak. Bagi peminat pula, mereka masih lagi boleh berhubung kerana Siti bukannya bersara dalam dunia nyanyian. Malah Siti masih lagi menerima pencalonan pada penganjuran lain.

“Siti masih lagi berada dalam dunia nyanyian dan akan menerbitkan album lagi. Ia sudah menjadi satu perniagaan yang sebati dalam hidup Siti. Siti amat menghargai pengiktirafan yang diberikan ABPBH selama ini dan berterima kasih kepada seluruh peminat Siti yang masih setia menyokong kerjaya Siti. Ia adalah pengalaman yang sangat hebat dalam hidup Siti,” katanya sewaktu ditemubual murai.com.my.

Selain Siti, pada acara kemuncak ABPBH, edisi ke-23 malam tadi, ia turut menyaksikan muka-muka lama lain yang masih bertahan seperti Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular – 9 kali) diikuti Aznil (Pengacara Lelaki Popular – 7 kali), Fara Fauzana  (Penyampai Radio Wanita Popular – 3 kali; Penyampai TV Wanita Popular – 5 kali) dan Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular – 3 kali).

Artis lain yang kekal memiliki 2 anugerah dalam kategori masing-masing pula adalah  Nabil ( Artis Komedi Lelaki Popular ), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Bagaimanapun anugerah memberi lebih makan  kepada penerima yang julung-julung kalinya naik ke pentas. Rata-ratanya berpendapat tidak menyangka dan teruja ketika menggenggam trofi tersebut.

Mereka adalah Aizat (Penyanyi Lelaki Popular), Bunkface (Artis Berkumpulan), Black (Artis Baru Lelaki Popular), Yuna (Penyanyi Baru Wanita Popular), Liyana Jasmay (Pelakon Filem Wanita Popular), Remy Ishak (Pelakon TV Wanita Popular) dan Tiz Zaqyah (Pelakon TV Wanita Popular).

Berikut Ulasan Mereka:-


Aznil – Pengacara Lelaki Popular

“Kejayaan saya pada hari ini adalah untuk arwah Din Beramboi. Kali ini saya datang bersama dengan anak sulung arwah kerana saya tahu Arwah memang teringin sangat untuk datang ke ABP. Beliau selalu cakap kalaulah saya menang, kalau boleh dia nak naik bersama saya juga. Tak pun jalan di karpet merah/

Masa pengumuman senarai top 5 pun, dia sering bercakap nak pakai baju tu la yang ni la. Dia pernah cakap nak pakai kain pelikat dan baju melayu je. Ada juga dia bagi idea nak pakai baju konvokesyen la, baju mengandung la, macam-macam lagi.

Selepas 7 kali memenangi anugerah in, cabaran saya menjadi lebih besar lagi. Usia bukan penghalang. Pastinya saya akan teruskan berkerja kuat dalam bidang ini dan kekal memberi saingan kepada pengacara lain. Saya dah nampak, ramai lagi pengacara hebat seperti Faizal, Ally Iskandar yang mempunyai peluang cerah, cuma belum rezeki mereka lagi,” katanya.

Fara Fauzana – Penyampai Radio Wanita Popular, Penyampai TV Wanita Popular
“Berbeza pada tahun-tahun sebelum ini. Pada kali ini undian dilakukan dengan menggunakan SMS, jadi debaran dia lain sikit. Apa-apapun terima kasih sangat kepada semua yang mengundi yang memilih saya. Saya tahu peminat berharap saya naik ke pentas dan alhamdullilah di atas sokongan mereka dan juga keluarga, saya berjaya juga. Bagi pengacara TV lain yang saya rasa sengit  ialah Kak Engku. Saya tak heran kalau dia menang sebab saya tahu dia memang berbakat,” katanya.

Faizal Ismail – Penyampai Radio Lelaki Popular
“Saya langsung tak jangkakan akan memegang trofi ini sebanyak 3 kali. Ramai sangat pengacara hebat di slot pagi sekarang ini. Cuma saya yang bernasib baik saja. Saya anggap anugerah ini suatu kejayaan kepada semua pengacara terutama kepada Allahyarham Din Beramboi yang tercalon buat kali pertama dan terakhir.  Tetapi saya tahu beliau adalah penyampai yang popular di hati kita semua.

“Saya sudah kenal lama dah beliau, Cuma beliau yang tak kenal saya dulu. Sya pernah kenal namanya sejak saya sekolah lagi. Dengan bakat yang sangat besar ada pada beliau, saya jadikannya sebagai inspirasi kepada kerjaya saya,” katanya.

Aizat – Penyanyi Lelaki Popular

“Saya terkejut bila dengar nama dipanggil kerana saya menjangkakan Mawi ataupun Faizal Tahir yang menang. Bagi saya menang ataupun tidak, itu bukan persoalannya kerana ia adalah adat pertandinga. Saya anggap ini adalah sebagai satu kepercayaan daripada peminat dan saya akan gunakan sebaik-baiknya.

“Ada juga orang kata saya poyo tetapi macam-macam tuduhan yang lain laigi tetapi ada juga yang minat saya. Itu memang sudah jadi satu cabaran dalam dunia hiburan ini. Apa yang penting saya akan tambahkan lagi usaha untuk menghasilkan lagu-lagu yang terbaik,” katanya.

Bunkface – Artis Berkumpulan/Duo Popular

“Memang gementar nak ambil anugerah, lebih-lebih lagi ini kali pertama. Memang sangat terkejut bila nama kami dipanggil. Pada mulanya saya ingat Hujan ataupun Meet Uncle Hussein yang menang. Kami yakin lepas ini kami akan buat lebih baik,” kata Bunkface.

Nabil – Artis Komedi Lelaki Popular

“Saya kongsi kemenangan ini kepada semua calon top 5. Malah ada diantara mereka seperti Zizan dan Afldin Shauki yang saya anggap sebagai  guru saya. Tidak ada mereka, tidak adalah saya sekarang ini. Walaupun kontroversi berlaku ke atas saya baru-baru ini, tetapi peminat masih memilih saya.

“Untuk Bintang Paling Popular pun, memang saya sedikit pun tidak rasa kecewa apabila gagal mempertahannya untuk kesekian kali. Malah saya rasa berbangga kerana orang yang saya minati, Dato Siti Nurhaliza yang menang. Saya sedikit pun tak rasa anugerah itu dirampas sebab benda ini sudah menjadi hakikat pertandingan. Ada yang menang ada yang kalah,” katanya

Noorkhiriah – Artis Komedi Wanita Popular
“Ini adalah kemenangan kedua dalam ABPBH. Saya berasa sangat bertuah dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi saya. Dengan kemengan ini juga membuatkan saya berasa yakin di masa hadapan. Bukannya senang untuk meraih anugerah ini. Selepas 10 tahun berada dunia hiburan barulah kerja saya diberi perhatian. Apatah lagi beratus-ratus lagi yang ingin tersenarai dalam Top 5,” katanya.

Black – Artis Baru Lelaki Popular

“Selepas menjuarai mentor hinggalah kepada kemenangan hari ini, saya terhutang budi kepada Mas Idayu yang banyak membantu. Kerana dialah saya berada ditahap ini. Saya tidak akan lupannya. Saya juga percaya paras rupa bukan bukan menjadi ukuran dalam mengejar impian,” katanya.

Que Haidar – Pelakon Filem Lelaki Popular

“Saya tak jangka akan menang sebab pada tahun 2009 saya kurang aktif berlakon. Mungkin ia disebabkan peminat yang sudah sedia ada. Ia memang rezeki anak saya. Pada tahun ini saya akan mula aktif semula dan tidak lama lagi tak lama saya akan mulakan penggambaran 2 buah  filem iaitu Misteri Budak Setan dan Misteri Jalan Lama,” katanya.

Liyana Jasmay – Pelakon Filem Wanita Popular
“Pada mulanya saya fikir kalau ada rezeki untuk menang, adalah. Kalau tiada pun, tidak mengapa. Sebab rezeki ada la,  ini memang adat pertandingan. Bagi saya kemenangan ini adalah penghargaan buat  peminat. Usaha saya selama ini sangat berbaloi kerana ia diberi perhatian olehmereka,” katanya.

Remy Ishak – Pelakon TV Wanita Popular
“Saya rasa kecil sangat ketika menerima anugerah ini. Ia kerana saya berhadapan dengan orang-orang yang hebat. Memang sangat gementar apabila menerima anuerah ini. Ia adalah semangat baru dalam dunia hiburan,” katanya.

Tiz Zaqyah – Pelakon TV Wanita Popular

“Saya rasa tak boleh cakap. Kemenagan ini sangat bermakna dalam hidup saya terutama dalam kerjaya dunia lakonan saya. Saya macam tak percaya saya mengatasi nama-nama besar seperti Fasha Sandha mahupun Scha Al-Yahya,” katanya.

Rabbani – Penyanyi Nasyid Popular
“Ini adalah tahun ke-9 kami meraih anugerah ini. Cuma berbeza pada kali ini kami sedih kerana ia tanpa Ustaz Asri Ibrahim. Pun begitu kami berasa sangat bertuah kerana kami masih mendapat tempat dihati peminat,” katanya.

Datuk Khadijah Ibrahim – Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat“Ini kali pertama saya menerima anugerah sepanjang 30 tahun terlibat dalam dunia nyanyian. Bukan apa, pada masa tahun 70an, mana ada penganjuran anugerah sepert ini. Tetapi kini dah macam-macam acara yang dianjurkan. Pada hari ini saya berasa sangat bertuah. Ia adalah satu penghargaan yang tinggi dan sesungguhnya saya kongsikan bersama seluruh warga dalam bidang seni tanah air.

“Saya juga sering mendoakan kepada bakat-bakat baru agar cemerlang dalam bidang ini dan sekaligus menyumbang bakti dalam industri hiburan tempatan. Yang penting jangan khayal dengan nikmat dunia, selalu beringat-ingat dan bekerja keras,” katanya.