>Sehingga semalam……32 kematian di laporkan……..takutkan……….makin merebak plak virus nie…..berita terbaru pagi nie…..Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah and 5 anakanda baginda di jangkiti H1N1……..mmmm tak kira pangkat, x kira keturunan kan…………

So, langkah berjaga2……….pakai ler mask kat mana pun esp kat tempat crowded. @ shopping mall ker, pasar malam ker………..jgn ler lupa pakai mask………biar nampak pelik……….apa yg penting ……PAKAI MASK!

Soalan Lazim H1N1 –

1) Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
– sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada pencampuran genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

2) Bagaimana kita di jangkiti?
– virus ini berjangkit apabila pesakit batuk @ bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan @ tersebar ke udara. Seseorang boleh di jangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

3) Berapa lamakah orang yang di jangkiti boleh menyebarkan virus ini?
– selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami tanda terutamanya ketika demam. Kanak-kana boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lama.

4) Adakah vaksin khusus untuk melindungi diri?
– Sehingga kini belum ada vaksin khusus namun usaha penghasilannya sedang di jalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan H1N1.

5) Bolehkan antiviral mencegah jangkitan?
– TIDAK. Orang ramai di nasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat ini. Akhirnya mengakibatkan ubat ini tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

6) Golongan berisiko tinggi?
– Kanak-kanak berusia kurang lima tahun
– individu berusia 65 tahun ke atas
– ibu mengandung
– pengidap athma @ semput